Sebenarnya tak ada apa sangat nak tulis, rasa macam sedikit malas nak menulis beberapa minggu ni. Ada banyak perkara yang perlu kena uruskan macam biasa. Namun begitu, mood MERDEKA abang long tetap ada.
Malang sikitlah sebab road-tax kereta dah mati dan tak sempat nak re-new sebelum hari merdeka, tak dapatlah nak pergi mana. Kepingin juga rasa hati nak pergi Putrajaya nak tengok bunga api (rasanya ada kot kat pusat maritim tu).
Berkenaan dengan bulan merdeka, pada hari-hari biasa selain pada hari perarakan, suasananya tak nampak sangat. Apa orang Malaysia buat untuk tunjuk bulan Ogos special dari bulan-bulan yang lain. Ye-lah, macam kita sambut hari raya ke, krismas ke, tahun baru, macam-macam orang buat. Tapi untuk hari merdeka, apa yang kita nampak?
Kerajaan setiap tahun ada syor dan galakkan orang Malaysia kibarkan Jalur Gemilang (iaitu bendera Malaysia, bagi siapa yang tak tau lagi), berapa kerat sangat yang buat. Tak kisahlah kat mana nak letak, paling kurang ada satu bendera dikibarkan.
Ada yang komplain yang bendera Malaysia susah nak dapat kat kedai. Dari pemerhatian Abang long, ada benarnya juga. Boleh diperhatikan tak banyak kedai yang jual bendera, tapi sangkaan baik abang long mungkin stok dah habis. Kalau betul macam itulah sebabnya, tahun depan abang long boleh buat bisnes bendera Malaysia, borong banyak-banyak dan jual masa dekat dengan hari merdeka. Pasti ramai yang nak beli, betul tak?
Apa yang abang long harapkan adalah rakyat Malaysia terus bersatu dan menaikkan semangat cintakan negara. Biar berbeza pendapat, tapi satu hati pertahankan negara tercinta ini. Sepertimana tema Hati Merdeka tahun ini: Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56!!!
0 comments:
Post a Comment