Saya Menang RM800 Ribu di Money Drop!!

Leave a Comment

Betul ke ni???

Hehehehe... Sebenarnya taklah, cuma menang wang olok-olok (virtual money) di permainan Money Drop Online di website rasmi gameshow tu. Kalau menang betul-betul mesti best kan.


Bagi memberi peluang orang ramai mengetahui dan bermain permainan ini, pihak Astro telah menyediakan simulasi gameshow ini di laman rasmi RM 1,000,000 Juta Money Drop. Anda boleh melawati laman web itu di link ini.

Best juga dapat main permainan online ini, sebab dia dah reka seakan-akan permainan sebenar, hanya kurang dari segi suspen & debaran sebenar bermain di atas pentas. Bila kita bermain permainan online ni, dapatlah pelajari selok belok permainan dan serba sedikit taktik-taktik yang boleh diambil untuk sampai ke soalan terakhir: soalan ke-8, seterusnya berjaya memenagi wang yang tinggal.

Soalan-soalan yang dikemukakan juga boleh tahan susahnya, kadang-kadang tu kita tak sangka jawapannya. Di samping enjoy, kita dapat menambah pengetahuan yang sebelum kita tak ambil pusing pun nak tahu.
Online game ni juga memang bagus, sebab bila dah lama main, tambah pula selalu gagal jawab soalan, kita akan rasa ketagih pula nak terus bermain, jadi jangan bermain kat tempat kerja, takut anda tak jadi buat kerja pula.

Setakat ini, saya pernah sampai ke soalan ke-8 sebanyak 4 kali (sebab sometime main pakai hentam je.. hehehe..), dan dua kali menang. Kali kedua saya menang wang sebanyak RM 300 ribu (hmm.. banyak juga tu).



Antara kekurangan kat online game ni, bila dah banyak kali main, kita akan dapat soalan yang sama atau yang pernah kita jawab sebelumnya. Kadang-kadang tu saya dapat banyak soalan yang saya pernah jawab pada satu sesi tu.

Apapun, it's just for fun, still good game for us to enjoy. Kalau nak menang hadiah, anda kena main pada hari rancangan ini disiarkan di ASTRO Ria, iaitu hari Sabtu dan Ahad, jam 10 malam. Setiap minggu, pihak Astro akan memilih sorang pemenang, hadiahnya pun boleh ahan juga menariknya.



P/S: sebab tu la yang top ranking purata masa menjawab dia kurang dari satu saat.. hehehe...
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com