PRU 13 - 5 Mei: Selamat Mengundi

Leave a Comment
  
credit pic: pru13.gov.my

Hari ini adalah hari penentuan bagi seluruh rakyat Malaysia untuk memilih siapakah yang akan menerajui kerajaan. Sebelum hari ini berakhir, kita akan tahu analisis dan ramalan siapakah yang tepat. 

Abang Long pasti selepas tamat waktu mengundi jam 5.00 petang nanti, ramai yang tertunggu pemenangan bagi setiap kerusi yang dipertandingkan. Setiap orang ada pihak yang mereka nak lihat menang, termasuklah Abang Long sendiri. Yang pasti, pihak mana yang menang jumlah majoriti minimum, akan membentuk kerajaan.

Siapakah yang Abang Long sokong? Tak payahlah Abang Long bagitau kat sini. 
Abang Long takut ada yang tak suka nanti. Apa yang Abang Long nampak, ada pihak yang tak dapat nak menerima kalau ada orang lain menyatakan sokongan kepada pihak yang mereka tak suka. Setiap orang ada hak membuat pilihan masing-masing, Abang Long harap mereka-mereka ini faham dan menghormati satu sama lain.

OK, minta maaflah, sedikit pandangan ikhlas Abang Long di hari bersejarah ini. Abang Long nak terus melihat negara bakal anak-anak Abang Long tinggal ini terus maju dan makmur, tak kiralah siapa yang mengetuainya. Harapan Abang Long adalah kerajaan selepas 5 Mei ini ada perancangan yang mantap dan berkesan untuk 5 tahun akan datang.

Kepada yang akan mengundi hari ini, selamat menjalankan tanggungjawab anda, semoga anda dah tahu siapa yang anda nak pilih. Ikut peraturan, pangkah elok-elok, jangan sampai undi anda rosak. Setiap undi adalah penting untuk masa depan negara Malaysia ini.

UNDI ANDA, PILIHAN ANDA!!!
  

  
p/s: tahniah pada adik abang Long dan isterinya, atas kelahiran anak ketiga mereka. Semoga berkat kelahiran hari jumaat ini membawa rahmat kepada anak mereka.
  

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com