EPL – Game week 23
Liverpool FC mencapai keputusan terbaik dalam musim ini
dengan membelasah Norwich City 5-0. Ini juga merupakan persembahan terbaik dari
kesebelasan utama Liverpool setakat musim ini.
Yang paling memberansangkan adalah apabila menyaksikan
keserasian yang ditunjukkan oleh pasangan penyerang Luis Suarez dan Daniel
Sturridge. Masing-masing berjaya menjaring satu gol sementara 3 lagi gol
dijaringkan oleh Steven Gerrard, Jordan Herdersen dan gol sendiri pemain
Norwich.
Walaupun nampak hanya menang dengan pasukan yang dianggap
lemah dan berada di kelompok bawahan liga, tapi apa yang penting pasukan
Liverpool dapat bermain dengan baik dan berjaya menjaring gol untuk memenangi
perlawanan.
Kalau pemain yang diturunkan tak main dengan baik dan
merendahkan kemampuan lawan, mungkin Liverpool pula yang malu besar. Betul tak?
FA Cup 2012/2013 – 4th Round
Liverpool FC telah tersingkir awal tahun ini dan dimalukan oleh
pasukan League 1 Oldham Athletic dengan keputusan 3-2 pada hari Ahad lalu.
Brendan Rodgers dalam perlawanan ini mengambil keputusan
menurunkan pemain muda dan merehatkan beberapa pemain utama. Namun begitu
gandingan sepasukan agak goyah pada separuh masa pertama dan Oldham berjaya
mengambil kesempatan dengan menjaringkan gol yang mudah.
Rodgers juga mengkritik persembahan pemain-pemain muda dan
juga pemain yang jarang diturunkan. Mereka dikritik gagal mengambil peluang
bermain dan juga tidak menunjukkan semangat dan mentaliti yang sepatutnya untuk
memenangi perlawanan itu.
Sepatutnya Liverpool memang boleh menang dengan Oldham ini,
dengan prestasi semasa pasukan itu pun terumbang ambing (tewas dalam 7 daripada
8 perlawanan terakhir liga) dan pengurusnya pula hampir untuk dipecat.
Tapi itulah keputusannya, terpaksalah peminat tunggu tahun
depan pula, dengan harapan Liverpool mampu ke Final lagi.
EPL Prediction
Liverpool FC bakal bertemu dua lawan yang hebat dalam dua
pelawanan berikutnya – menentang Arsenal dan kemudian Manchester City di tempat lawan.
Harap-harap Liverpool dapat kaut 4 mata dari 2 perlawanan
ini. Berikut Abang Long punya jangkaan keputusan:
30 Jan 2013 (Rabu) – Arsenal vs Liverpool (Emirates Stadium)
: 1-2
[Probable lineup: Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Wisdom,
Lucas, Gerrard, Henderson, Downing, Suarez, Sturrigde)
3 Feb 2013 (Ahad) – Manchester City vs Liverpool (Etihad
Stadium) : 1-1
[Probable lineup: Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Agger,
Enrique, Lucas, Gerrard, Henderson, Downing, Suarez, Sturrigde)