Ola Bola!!
Selamat kembali para peminat bola English Premier League
(EPL)!!
Sudah lama bercuti dan recharge your battery untuk musim
baru??
Musim baru dan coverage untuk game week akan diteruskan di blog
Abang Long. Cuma mungkin dengan format yang berlainan, lebih ringkas tapi senang diikuti. Harap-harap dapat memberi sedikit info dan tips kepada peminat bola
sekalian.
Jom tengok senarai perlawanan pada minggu ini dan fakta menarik
berkenaan perlawanan itu:
Sabtu (8 Ogos 2015)
Manchester United vs Totthenham Hotspurs (7.45pm)
Perlawanan pertama musim ini, permulaan yang menarik. Harry Kane
vs Wayne Rooney, siapa yang boleh menjaringkan gol?
Prediction: Man Utd 3 Spurs 1
Fantasy team pick: Memphis Depay, Wayne Rooney, Ashley Young, Harry Kane.
Everton vs Watford (10.00pm)
Persediaan Everton agak sederhana untuk musim baru, kesebelasan hampir sama berbanding musim lepas. Watford memperkuatkan barisan utama menghadapi pasukan yang kekal di liga. Persoalan mampukah pemain baru, dan jurulatih baru, menyesuaikan diri dengan pantas.
Prediction: Everton 2 Watford 0
Fantasy team pick: Romelu Lukaku, Seamus Coleman, Leighton Baines, Ross Barkley, Troy Deeney
Bournemouth vs Aston Villa (10.00pm)
Aksi pertama untuk juara liga Championship dinantikan kerana ramai yang menjangkakan mereka antara pasukan yang mempunyai corak permainan menarik. Aston Villa kehilangan dua tonggak utama dan penggantinya kurang memberangsangkan penyokong mereka. Perlu menang untuk mengelakkan konfiden pemain dari terjejas.
Prediction: Bournemouth 1 Aston Villa 1
Fantasy team pick: Tyrone Ming, Matt Ritchie, Callum Wilson, Jordan Ayew.
Leicester City vs Sunderland (10.00pm)
Perlawanan paling kurang diberi perhatian ramai saya jangka. Kedua-dua pasukan favourite untuk relegation musim ini. Perlu dapatkan keputusan positif.
Prediction: Leicester 0 Sunderland 0
Fantasy team pick: Leonardo Ulloa, Jeffry Schlupp, Jermain Defoe, Jeremains Lens, Patrick van Aanholt.
Norwich City vs Crystal Palace (10.00pm)
Pasukan baru, dengan pengurus muda dan barisan pemain yang paling lemah dalam liga. Palace jadi lebih mantap selepas mengambil Alan Pardew sebagai pengurus. Musim ini barisan depan akan lebih kuat dengan adanya Yohan Cabaye.
Prediction: Norwich 0 Palace 2
Fantasy team pick: Nathan Redmond, Robbie Brady, Yohan Cabaye, Jason Puncheon, Yannick Bolasie, Joel Ward.
Chelsea vs Swansea City (12.30am)
Juara bertahan mulakan musim agak tempang tanpa Diego Costa. Beberapa pemain utama yang lain juga masih belum jumpa form untuk perlawanan pertama ini. Swansea tak kuatkan sangat barisan pemain musim ini, agak low profile. Sukar untuk jangkakan mereka menang perlawanan ini.
Prediction: Chelsea 1 Swansea 0
Fantasy team pick: Eden Hazard, Cesc Fabregas, Branislav Ivanovic, Thibaut Courtois, Befetembi Gomis.
Ahad (9 Ogos 2015)
Arsenal vs West Ham (8.30pm)
Arsenal dijangka berpeluang besar menang perlawanan pertama ini dengan form dan tahap konfiden pemain ketika ini. Tak ada yang menarik untuk diperkatakan untuk West Ham musim ini. Perlawanan pertama ini akan mengukur bagaimana peluang mereka untuk beberapa perlawanan akan datang.
Prediction: Arsenal 3 West Ham 0
Fantasy team pick: Aaron Ramsey, Mesut Ozil, Theo Walcott, Hector Bellerin, Peter Cech, Diafra Sakho, Dimirtri Payet, Aaron Cresswell.
Newcastle United vs Southampton (8.30pm)
Adakah jurulatih baru Newcastle, Steve McLaren mampu membawa pasukan ini beraksi lebih baik dari musim lepas? Kita tengok malam ini. Southampton seperti musim lepas, kehilangan beberapa lagi pemain utama, tapi seperti musim lepas juga, mereka menggantinya dengan pemain yang sama baik.
Prediction: Newcastle 1 Southampton 2
Fantasy team pick: Graziano Pelle
Stoke City vs Liverpool (11.00pm)
Stoke adalah salah satu pasukan bogey Liverpool. Rekod
Liverpool dengan Stoke biasanya mixed. Ironinya perlawanan pertama adalah
bersinambungan dari perlawanan terakhir musim lepas yang Liverpool kalah teruk
dan dimalukan. Liverpool “baru” ini pastinya nak balas dendam!!
Prediction: Stoke 1 Liverpool 2
Fantasy team pick: Christian Benteke
Isnin (10 Ogos 2015)
West Brom vs Manchester City (3.00am)
Dua bekas penyerang Liverpool (Sterling dan Lambert) pasti
rancang jaringkan gol dalam debut. Jangkaan peluang mereka melakukannya adalah
tinggi.
Prediction: West Brom 2 Man City 2
Fantasy team pick: Rickie Lambert, Raheem Sterling,
David Silva.
**SILA SHARE KOMEN ANDA UNTUK PERLAWANAN MINGGU INI!!