Peraduan teka baris pertama lagu di Sinar FM

Leave a Comment
  
As-Salam & selamat pagi Isnin,

Seperti biasa “monday blues” melanda lagi, lagi parah selepas 3 hari cuti. Jadi meh kita mulakan hari dan minggu yang ceria ini dengan berita baik-baik saja.

Terlebih dahulu, kepada sesiapa yang nak menang duit mudah, dari sekarang kenalah dengar siaran radio Sinar FM dari hari ini. Kalau nasib anda baik dan anda pakar tentang lagu-lagu melayu malar segar, mungkin anda berpeluang menang sedikit wang tunai dari jumlah besar RM70,000.


Mulai hari ini sehingga 28 September, Sinar FM sekali lagi mengadakan peraduan teka lagu. Untuk pendengar tegar radio Sinar, mereka ini pasti dah biasa dengan peraduan macam ini. Cuma yang berubah adalah formatnya sahaja. Kali ini, pendengar bertuah dapat tembusi panggilan, kena teka baris pertama lagu yang didengarkan (sekurang-kurangya 3 patah perkataan).

Setakat tengahari ini, takda lagi orang yang berjaya jawab, wang terkumpul dah berjumlah RM600. Macam selalu juga, ada waktu bonus, dengan extra RM1,000 dan tiket Konsert Retro Sinar boleh dimenangi.
Memang best macam selalu!! JOM KITA CUBA!!!

Untuk lebih lanjut lawat laman rasmi Sinar FM.
  

p/s: tips yang mungkin orang dah tau – biasanya isyarat memanggil diorang siarkan selepas pukul x.40 keatas. “x” tu adalah waktu jam host sinar cakap akan ada isyarat memanggil. 
  

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com