Selepas kejutan dalam perlawanan pertama semalam ke atas Brazil, sehingga masa kini masih terkesan bagi kebanyakan rakyat negara tuan rumah, Belanda dan Argentina turun di stadium Arena Corinthians, Sao Paulo, bagi menentukan siapa lawan Jerman di Final Ahad ini.
Perlawanan kedua ini sedikit sebanyak dibayangi mood sedih penyokong dari rakyat Brazil yang datang menonton, tapi bagi penyokong kedua-dua negara ini, mereka tetap merasa kehangatan dan debaran aksi perlawanan ini nanti.
Belanda dan Argentina pernah bertemu 4 kali di Piala Dunia. Yang paling diingati adalah pertemuan di Final 1978, yang mana dimenangi Argentina dengan 2-1 dalam masa tambahan. Itu ialah kejuaraan pertama Argentina di Piala Dunia dari 2 kali juara. Belanda pula pernah ke Final 3 kali (1974, 1978 & 2010), tapi tewas dalam semua perlawanan. Jika layak ke Final, ini adalah kali kedua berturut-turut Belanda ke Final selepas edisi 2010 lalu.
Formasi: Belanda
Dijangkakan Belanda akan menggunakan formasi 3-4-1-2 dalam perlawanan kali ini. Walaupun begitu, jurulatihnya Luis van Gaal, gemar menukar-nukar taktik mengikut lawan yang mereka hadapi. Setakat 5 perlawanan ini, dia telah menggunakan 4 formasi berbeza. Selain itu, van Gaal juga mampu untuk menukar formasi taktikal ketika perlawanan berlangsung jika formasi awal tidak berkesan.
Dalam perlawanan ini, Belanda kehilangan Nigel de Jong akibat kecederaan. Robin van Persie pula dikatakan sedikit kurang cergas akibat masalah kesihatan.
Senarai pemain kemungkinan: Cillessen, De Vrij, Martins Indi, Vlaar, Kuyt, Blind, Wijnaldum, Sneijder, Depay, Robben, van Persie.
Formasi: Argentina
Belanda kehilangan Angel di Maria dalam perlawanan ini. Selain itu, Marcos Rojo kembali dari pergantungan dan Sergio Aguero pula semakin pulih dari kecederaan. Kedua-dua pemain ini, terutamanya Rojo, mungkin akan dipilih untuk kesebelasan utama.
Walau siapa pun dipilih, fokus dan misi utama jurulatih Alejandro Sabella adalah untuk memberi bantuan sebaik mungkin kepada Lionel Messi untuk mencari kemenangan. Tanpa sokongan semua pemain, sukar untuk Messi seorang menggalas cabaran Argentina ke Final. Formasi kemungkinan digunakan oleh jurulatih Argentina dalam perlawanan ini adalah 4-3-1-2.
Senarai pemain kemungkinan:Romero, Demichelis, Garay, Zabaleta, Rojo, Mascherano, Perez, Biglia, Messi, Higuain, Aguero.
Penentu perlawanan
1. Arjen Robben vs Lionel Messi.
Dua bintang utama dan top-performer kedua-dua pasukan setakat pusingan suku akhir. Siapakah yang akan beraksi paling baik dan menjadi penentu kemenangan. Dari segi taktikal, kedua-dua pasukan sudah pasti menugaskan seorang atau dua pemain menjadi marker untuk 2 pemain ini.
2. Serang atau bertahan.
Belanda sebelum ini berjaya dengan taktik counter-attack semasa bertemu Sepanyol, di mana mereka banyak bermain secara bertahan menunggu masa sesuai untuk menyerang balas. Dalam perlawanan ini, dijangka Belanda bakal membiarkan Argentina menguasai bola, dan menggunakan kepantasan barisan depannya untuk melakukan serangan kilat.
Argentina pula perlu menyekat pemain lipas kudung pasukan Belanda ini. Cabaran besar menunggu 2 pemain pertahanan tengah mereka, yang mana mereka ini tidak memiliki kepantasan yang setanding.
PREDICTION: ARGENTINA 3 NETHERLANDS 2 (Extra time win).
Review Video:
(kredit video: blecherreport.com)