EPL 2014/15: Manchester City VS Liverpool Preview

Leave a Comment

Manchester City vs. Liverpool. Etihad Stadium, 
Selasa 26 August, 3 pagi (waktu MY)

Tak dinafikan perlawanan ini datang awal dari sepatutnya. Musim lepas, 2 pasukan teratas liga EPL ini bertemu pertama kali pada "Boxing Day" (25 Dis) dan yang kedua pada perlawanan ke-4 terakhir liga. Ruginya kali ini, kedua-dua pasukan masih lagi belum 100% mencapai tahap persediaan yang dikehendaki.

Namun begitu, ini tak akan menghalang kita untuk lihat satu perlawanan yang menarik. Saya jangka hampir kesemua pemain utama kedua pasukan sudah hampir ke tahap stamina yang tertinggi dan sedia diturunkan dalam perlawanan ini. Pemain-pemain Man City yang beraksi hingga pusingan akhir Piala Dunia juga telah kembali berlatih dan bersedia beraksi. Tengok saja Sergio Aguero minggu lepas, dia perlukan 8 minit saja untuk jaringkan satu gol.

Liverpool dan Mancheter City telah memulakan cabaran liga minggu lepas dengan kemenangan. Namun aksi keseluruhan pasukan masih jauh dari tahap terbaik, off course-lah baru perlawanan pertama. Bagi Liverpool, dua perlawanan berikutnya adalah paling sukar dan menguji sejauh manakah cabaran Liverpool untuk musim ini. Bertemu City & Tothenham di tempat lawan, 2 lawan antara 6 pasukan terbaik liga.

Keputusan 2014/15: Manchester City 2 Liverpool 1


Liverpool Team News
  • Moreno dalam skuad, bakal 'debut'
  • Balotelli tak sempat lengkapkan perpindahan
  • Markovic juga dalam skuad tapi mungkin sebagai simpanan
  • Allen atau Can untuk ganti Lucas?
Pemain kontroversi, Mario Balotelli tak akan beraksi dalam perlawanan ini, kerana perpindahannya masih belum selesai. Saya jangka beberapa pemain yang baru dibeli musim ini bakal turun untuk pertama kali dalam perlawanan ini. Alberto Moreno, pemain bek kiri yang dibeli minggu lepas, dan juga Lazar Markovic serta Emre Can pasti akan pertama kali merasakan aksi liga EPL malam ini.

Persoalan kini adalah sama ada Brendan Rodgers akan meletakkan ketiga pemain ini di kesebelasan utama atau menggunakan mereka sebagai pemain gantian. Moreno adalah paling kemungkinan besar bakal diturunkan menggantikan tempat Glen Johnson. Rodgers mungkin tidak mahu mengganggu formasi terbaik barisan penyerang (Sterling - Coutinho - Sturrigde) untuk menentang City, jangkakan Markovic sebagai 'impact subs' kali ini.

Satu persoalan besar adalah siapakah yang akan menggantikan tempat Lucas. Walaupun ada kemungkinan Lucas bakal mengekalkan tempatnya dalam perlawanan ini, namun berdasarkan aksi Lucas minggu lepas, adalah wajar pemain lain mengisi tempatnya untuk menahan asakan City. Joe Allen, yang menggantinya dalam perlawanan lepas adalah favorite untuk diturunkan, tapi jangkakan elemen kejutan Rodgers, yang mungkin meletakkan Emre Can.

Beberapa pemain pula bakal terlepas perlawanan dengan City malam ini kerana belum pulih dari kecederaan, antaranya Adam Lallana, Daniel Agger, Fabio Borini dan Jose Enrique.

Barisan kemungkinan: Mignolet; Manquillo, Lovren, Skrtle, Moreno; Gerrard, Can, Henderson; Coutinho, Sterling, Sturrigde. Subs: Jones, Johnson, Sakho, Lucas, Allen, Markovic, Lambert.



Manchester City Team News

Sudah pasti pengurus City, Manuel Pellegrini, inginkan kemenangan dalam perlawanan ini, sebagai faktor penyumbang keyakinan kepada skuadnya dalam cabaran musim ini. Kemenangan juga bakal memberi amaran kepada pasukan lain untuk terus menggeruni City ketika bertemu nanti.

Pemain pertahanan tengah terbaru City, Ellaquim Mangala, diberitahu oleh Pellegrini 'belum bersedia sepenuhnya' untuk diturunkan. Jadi jangkakan dia akan terlepas perlawanan kali ini.

Persoalan utama kesebelasan adalah adakah Sergio Aguero akan bermula atau sebagai pemain gantian. Seminggu latihan mungkin memberi persediaan yan secukupnya untuk Aguero, walaupun mungkin bukan untuk 90 minit. Saya jangkakan dia akan diturunkan di kesebelasan utama malam ini.

Selain itu, bek kanan Pablo Zabaleta juga bakal diturunkan, di mana City perlukan pengalamannya bagi mengekang Sterling. Bagi posisi lain, dijangka tiada perubahan dari perlawanan menentang Newcastle minggu lepas. Pemain tunggal yang bakal terlepas aksi akibat kecederaan adalah Alvaro Negredo.

Barisan kemungkinan: Hart; Clichy, Kompany, Demichelis, Zabaleta; Fernando, Toure, Silva, Nasri, Dzeko, Aguero. Subs: Caballero, Kolarov, Nastasic, Fernandinho, Milner, Navas, Jovetic.


Predictions: Manchester City 2 Liverpool 2.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com