BPL GW26 Fantasy Football Tips Dan Review

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Apa khabar semua! 

Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pengunjung blog saya yang berbangsa Cina. Semoga anda terus bahagia dan mendapat kesenangan di sepanjang tahun ini. 

Minggu ini saingan EPL bersambung kembali selepas berehat untuk beri peluang kepada pasukan yang beraksi di dalam Piala FA Inggeris. Jadi ada beberapa pasukan yang berehat 2 minggu untuk persiapan untuk perlawanan minggu ini. Oh ya, jangan lupa juga dengan 4 pasukan EPL yang bersaingan di midweek untuk saingan Piala Juara-Juara Eropah dan Piala Europa. 

Tinggal lagi 13 minggu saja lagi untuk tamat musim ini, saya sebenarnya bermain untuk seronok-seronok sahaja buat masa sekarang. Nak menang apa-apa hadiah mungkin susah dan peluangnya tipis. Kalau ada pun hanya untuk hadiah bulanan sahaja. 

Apapun, saya akan teruskan untuk memberi tips dan buat preview untuk setiap minggu hinggalah sampai GW38. Lepas itu kita sama-sama berehat sekejap atau tengok aksi liga Malaysia pula.  

Jom kita tengok senarai perlawanan untuk GW26 (termasuk info kedudukan, rekod semasa pasukan dan masa perlawanan):

Jumaat (20 Februari) 
Serie A: [1] Juventus (16-6-1) vs [17] Atalanta (5-8-10) 3.45am
Bundesliga: [18] VfB Stuggart (4-6-11) vs [12] B. Dortmund (6-4-11) 3.45am

 Sabtu (21 Februari) 
[18] Aston Villa (5-7-13) vs [10] Stoke City (9-6-10) 11.00pm
[1] Chelsea (18-5-2) vs [19] Burnley (4-9-12) 11.00pm
[13] Crystal Palace (6-9-10) vs [5] Arsenal (13-6-6) 11.00pm
[16] Hull City (5-8-12) vs [17] QPR (6-4-15) 11.00pm
[15] Sunderland (4-12-9) vs [14] WBA (6-8-11) 11.00pm
[9] Swansea City (5-4-14) vs [3] Manchester United (13-8-4) 11.00pm
[2] Manchester City (15-7-3) vs [11] Newcastle (8-8-9) 1.30am
Bundesliga: [13] Paderborn (5-8-8) vs [1] Bayern Munich (16-4-1) 10.30pm
La Liga: [2] Barcelona (18-2-3) vs [7] Malaga (10-5-8) 11.00pm 
La Liga: [3] Atletico Madrid (16-2-5) vs [16] Almeria (6-5-12) 3.00am

Ahad (22 Februari) 
[6] Tottenham (13-4-8) vs [8] West Ham (10-8-7) 8.00pm
[12] Everton (6-9-10) vs [20] Leicester City (4-5-16) 10.05pm
[4] Southampton (14-4-7) vs [7] Liverpool (12-6-7) 12.15am 
La Liga: [17] Elche (6-5-12) vs [1] Real Madrid (19-0-4) 4.00am  

Isnin (23 Februari)  
Serie A: [3] Napoli (12-6-5) vs [12] Sassoulo (6-11-6) 2.00am
 
 
Tips for GW26:

Pemain On Form ketika ini:
Harry Kane, Tottenham (8 gol dan 2 assist dalam 6 perlawanan terakhir)
Danny Ings, Burnley (5 gol dan dalam 6 perlawanan terakhir)
Sergio Aguero, Man City (2 gol dalam perlawanan terakhir)  
Theo Walcott, Arsenal (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)  
Mesut Ozil, Arsenal (2 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir)  
Robin van Persie, Man Utd (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Peter Crouch, Stoke (2 gol dalam 2 perlawanan terahir)
Brown Ideye, West Brom (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir) 
James Milner, Man City (2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Fraser Forster, Southampton (2 cleansheet dalam 2 perlawanan terakhir)

Awas, untuk perhatian:

Wayne Rooney, Man United (Tidak menjaringkan gol dalam 7 perlawanan terakhir liga, diharap dapat akhiri kemarau minggu ini bila menentang Burnley)

Christian Benteke, Aston Villa (Hilang sengat dalam 8 perlawanan terakhir, namun kehadiran jurulatih baru mungkin boleh ubah nasib Benteke)

Graziano Pelle, Southampton (Berada dalam kemarau gol dan assist dalam 8 perlawanan terakhir)
 
Chelsea dan Tottenham (Sila ambil perhatian!! kedua pasukan ini akan terlibat dalam final Piala Liga minggu depan, menjadikan perlawanan kedua pasukan ini di GW27 dengan QPR dan Leicester ditunda di tarikh lain)
 
Mereka kembali semula minggu ini !!!
Diego Costa, Chelsea (tamat pergantungan 3 perlawanan)
Gylfi Sigurdsson, Swansea (tamat pergantungan 3 perlawanan)
Yaya Toure, Man City (pulang dari ANC di Afrika)
Wilfred Bony, Man City (pulang dari ANC di Afrika)


Pasukan pilihan untuk GW26 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Tim Howard (Alan Mcgregor)
Pertahanan: Branislav Ivanovic, Pablo Zabaleta, Leighton Baines (Patrick van Aanholt).
Midfield: Eden Hazard, Harry Kane, Mezut Ozil, David Silva (Carles Gil).
Penyerang: Sergio Aguero, Diego Costa, Romelu Lukaku (Dame N'Doye).
Kapten disyorkan: Eden Hazard, Mezut Ozil, Harry Kane, Olivier Giroud, Santi Cazorla, David Silva, Sergio Aguero.

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!! 
 
**Jika ada sebarang pendapat dan pandangan, jangan segan dan malu untuk tulis di bahagian komen.


P/S: Bonus transfer code untuk GW26 adalah BENZEMA919 dan Euro code C4RV4J4L.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com