Haha.. Lama juga tak update tentang pasukan Liverpool ni.
Buat yang belum tahu, abang long adalah penyokong tegar dan setia pasukan Liverpool. Jatuh ke, naik ke, saya akan terus menyokong pasukan ini.
Anyway, tak lama lagi musim baru 2013/2014 akan bermula. Abang long memang tak sabar-sabar lagi nak tunggu hari perlawanan pertama. Sebabnya, abang long dapat rasakan musim ini Liverpool akan memberi tandingan yang lebih baik cari beberapa tahun kebelakangan ini dan jadi 4 pasukan terbaik liga.
OK, sila set-kan 17 Ogos 2013 sebagai tarikh penting anda: perlawanan pertama Liga Perdana English (BPL). Pasukan Stoke FC, kendalian Mark Hughes, adalah lawan sulung Liverpool.
Berikut ringkasan update terkini pasukan LIVERPOOL FC setakat hari ini:
Pemain Baru
Hingga sekarang, Liverpool telah membeli 4 pemain baru untuk musim baru ini. Mereka adalah: Kolo Toure (percuma), Iago Aspas (7.7 juta pound), Luis Alberto (8 juta pound) dan Simon Mignolet (9 juga pound).
kredit pic: http:thisisanfield.com |
Pemain Dijual
Andy Carroll telah dijual kepada pasukan West Ham dengan harga 15 juta pound. Rugi banyak jugalah sebab Carroll dibeli 2 tahun lepas dengan harga 35 juta pound.
Perlawanan Persahabatan
Pada Sabtu lepas (13 Julai), Liverpool telah menewaskan pasukan Preston North End FC di Deepdale dengan kemenangan 4-0. Ini adalah perlawanan pertama dalam siri perlawanan persahabatan yang akan dilalui oleh pasukan.
Perlawanan itu juga sempena trophy Shankly Shield (bagi mengenang bekas pengurus Bill Shankly), telah menyaksikan Phillipe Coutinho, Jordon Ibe, Raheem Sterling dan Iago Aspas menjaringkan gol-gol pasukan.
Seterusnya, Liverpool akan berangkat ke Indonesia untuk memulakan siri perlawanan jelajah Asia. Liverpool akan menentang pasukan Pilihan Indonesia (20 Julai), Pilihan Thailand (24 Julai) dan Melbourne (28 Julai).