Sukan Olimpik: Tribute untuk LEE CHONG WEI

Leave a Comment

credit pic: NST Online

Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton terhebat Malaysia sepanjang masa, atas usaha keras beliau cuba merealisasikan impian emas pertama negara. Tapi apakan daya tuhan telah mentakdirkan hanya perak menjadi habuannya.

Apapun, tiada apa yang harus dikesalkan dan dimalukan di atas kekalahan ini. Tak perlu meminta maaf ke atas semua rakyat Malaysia atas kegagalan itu. Seluruh rakyat Malaysia dapat lihat dan saksikan di kaca TV serta layar besar di serata pelusuk negara, segala usaha keras yang bersungguh-sungguh dan tiada kenal erti kalah, dalam perlawanan final badminton sukan Olimpik itu.

Saya, mungkin juga seluruh rakyat Malaysia, berasa bangga dan bertuah mempunyai seorang atlit berkelas dunia seperti Chong Wei. Anda adalah antara segelintir ahli sukan yang begitu tekun dan memberi sepenuh minat terhadap bidang sukan yang diceburi. Kami harap ramai lagi atlit seperti Chong Wei akan muncul di persada sukan negara di masa hadapan.

Kepada Lee Chong Wei - Terima kasih sekali lagi, semoga anda terus perjuangan anda di gelanggang badminton ini. Kegagalan ini bukan satu sebab untuk anda berhenti berusaha untuk kejayaan.

MALAYSIA BOLEH!!!!!



P/S: Sapa mak makan nasi kandar free, boleh pergi ke restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar di SS2 PJ.. dari kul 7-10 malam aje... sempena Chong Wei ke final... great treat!!..



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com