kredit pic: bleacherreport.com |
Tamat perlawanan semalam, maka Piala Dunia 2014 dah masuk pusingan kalah mati (knock-out round). Ini juga bermakna ada cuma lagi 16 perlawanan saja lagi sebelum juara baru diketahui. Siapakah negara itu? Jawapannya akan diketahui sekitar 5.00 pagi, hari Isnin, 14 Julai, waktu Malaysia.
Selepas ini, pasukan yang masih bertanding tak perlu risau mata, seri ataupun perbezaan gol; sekarang hanya kalah atau menang yang menentukan siapa yang akan terus ke pusingan seterusnya.
Bagi yang baru tengok bola, dalam pusingan kalah mati, jika tiada pasukan yang menang dalam 90 minit permainan, perlawanan akan disambung lagi 30 minit masa tambahan. Jika itupun masih buntu, cara terakhir ialah penentuan sepakan penalti. Kalau masuk sepakan penalti memang macam loteri, siapa yang paling tough mentalnya akan menang.
Sepanjang peringkat kumpulan, kita dah tengok banyak kejutan, antaranya beberapa pasukan besar dah tersingkir (Sepanyol & Itali). Dan juga pasukan kerdil yang mengejutkan ramai layak ke pusingan seterusnya. Siapa yang jangka Costa Rica dan Algeria akan ke pusingan kedua, sila angkat tangan.
Setakat 48 perlawanan ini, kita dah tengok last minute winner, banyak upset dan keputusan mengejutkan. Kita juga dah tengok kejadian yang mengejutkan (Suarez punya hal).
Apa lagi yang bakal kita lihat selepas ini?
Saya masih menjangkakan Brazil akan ke Final, dan mungkin bertemu Argentina. Pemenang? Saya pilih BRAZIL.
Apapun, pasukan seperti Jerman dan Belanda boleh menewaskan kedua-dua pasukan ini dan jadi alternatif untuk Final. Tapi sehingga kini, rekod menunjukkan tiada pasukan dari Eropah pernah menang pertandingan di bumi Amerika Selatan. Jika antara dua pasukan ini menang (atau mana-mana pasukan Eropah lain) maka pecahlah rekod ini.
Jadi, apa pula pilihan anda untuk Juara?