Preview FA Cup Final : Liverpool vs Chelsea

Leave a Comment

Hari ini (jam 12.15 pagi Ahad, waktu Malaysia) tibalah masanya yang ditunggu oleh peminat-peminat pasukan Liverpool dan Chelsea. Perlawanan akhir Piala FA Inggeris, menemukan kedua-dua pasukan ini di Stadium Wembley. Sudah pasti penyokong kedua pasukan ini ingin melupakan seketika kekecewaan mereka dengan prestasi pasukan masing-masing dalam cabaran EPL. Yang pasti, perlawanan ini akan pengubat kekecewaan dan seterusnya boleh dijadikan sesuatu yang dapat kenangan dalam kempen musim 2011/2012 ini.

Salah satu persamaan antara prestasi kedua pasukan dalam kempen musim ini adalah aksi cemerlang dalam pertandingan kalah mati. Liverpool dapat berbangga dengan League Cup yang telah dimenangi bulan Februari lalu dan sekarang berpeluang mencipta “double” dengan memenangi Piala FA pula. Chelsea pula belum memenangi sebarang piala lagi setakat ini, tapi boleh mencipta “double” tersendiri dengan memenangi Piala FA (dengan mengalahkan Liverpool.. ohh, tidak…) dan Piala Eropah (bakal menentang Bayern Munich).

Kejayaan Chelsea melangkah ke Final Piala Eropah boleh dijadikan pembakar semangat bagi mereka (cemerlang menewaskan pasukan pilihan Barcelona), selain memberi keyakinan yang lebih kepada pemain-pemain. Beberapa pemain yang menunjukkan persembahan hambar ketika bermain di bawah pengurus terdahulu, Andre Villas-Boas, telah menemui sentuhan dan prestasi terbaik mereka, dengan tunjuk ajar pengurus sementara, Roberto Di Matteo. Antaranya adalah Fernando Torres (ex-Liverpool), Frank Lampard, Raul Meireles (seorang lagi ex-Liverpool) dan Solomon Kalou, kini Chelsea mula menjadi pasukan yang digeruni semula.

Faktor itu bakal merisaukan Liverpool yang bergelut dengan masalah prestasi tidak menentu. Selain daripada tonggak dalam kesebelasan utama, Liverpool sukar mencari pemain gantian yang dapat menukar keputusan perlawanan jika diperlukan di Final nanti. Dalam aksi terakhir menentang Fulham, di mana Liverpool tewas 0-1, telah menggambarkan betapa prestasi pemain simpanan Liverpool belum mencapai tahap yang memuaskan. Tapi dengan aura perlawanan akhir, ianya dijangka dapat menaikkan semangat pemain dan diharap mereka akan bermain bermati-matian untuk kemenangan.

Saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro SuperSport (saluran 813).

Barisan Kemungkinan LIVERPOOL FC : Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Gerrard, Henderson, Downing, Bellamy, Suarez, Carroll. Sub: Doni, Spearing, Shelvey, Maxi, Kelly, Carragher, Kuyt.
Barisan Kemungkinan CHELSEA FC : Cech, Ivanovic, Terry, Cahill, Cole, Essien, Lampard, Ramires, Mata, Drogba, Torres. Sub: Hilario, Bosingwa, Bertrand, Meireles, Malouda, Kalou, Mikel.

My Prediction: Liverpool 3 Chelsea 1
  
Untuk ESPN preview boleh klik di sini.



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com