Hari ini saya baca kat surat khabar KOSMO tentang fatwa terbaru yang memutuskan urusniaga Forex di internet adalah HARAM.
Saya teringat satu masa dulu, dalam tahun 2010 rasanya, saya hampir-hampir ambil satu kursus tentang online Forex dari seorang Forex traders. Masa tu saya tengah mencari kerja-kerja yang saya boleh saya buat untuk pendapatan sampingan/part-time. Oleh kerana charge yuran kursus tu agak tinggi, jadi batalkan saja niat saya tu.
Dalam berita tu, antara yang petikan menarik:
"Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram"
"..keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan."
"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram"
Macam mana pun, kalau kita buat urusniaga kat tempat bank atau pusat "money changer", yang tu masih dikira sah dan halal kerana transaksi melibatkan perjanjian dan urusniaganya jelas, tanpa spekulasi.
Yang paling penting, dalam perniagaan, kita kena selidik dan fahami unsur perniagaan yang ingin dceburi. Takut-takut ada unsur-unsur yang bertentangan dengan agama, nanti bukan saja untung yang dapat, dosa pun sekali dapat.
Berniaga adalah amat digalakkan dalam Islam, tapi kena lakukannya dengan telus dan sah.
P/S: nak tau fatwa-fatwa lain yang telah dikeluarkan, bolehlah lawat laman portal rasmi Fatwa Kebangsaan.