Selamat datang Ramadhan 1433

Leave a Comment


As-salam semua,

Alhamdullilah, saya rasa bersyukur kerana dapat menyambut semula bulan puasa yang amat berkat ini lagi sekali. Gembira rasanya dapat peluang serta dipanjangkan umur oleh ALLAH s.w.t untuk beribadat kepada-Nya di Ramadhan ini. Juga sangat bertuah rasanya, diberi kesempatan mengambil sebanyak mana yang mungkin syafaat dan pahala, yang berlipat ganda lebih dari bulan-bulan yang lain. 
Tahniah juga kepada anda semua kerana seperti saya berkesempatan menyambut bulan Ramadhan tahun ini.

Oleh itu, mari kita jangan lepaskan peluang nak menambah pahala dan memperbanyakkan saham kita untuk dibawa ke akhirat nanti. Ini adalah rahmat yang diberi oleh ALLAH kepada umat Islam dan hambanya untuk membuat transformasi diri kepada yang lebih baik.

Jom, saya nak berkongsi dengan semua tentang tuntutan utama dalam bulan Ramadhan ini untuk sama-sama kita amalkan, antaranya:

1) Berpuasa penuh di sepanjang bulan Ramadhan
2) Membaca Al-Quran sebanyak mungkin
3) Solat terawih berjemaah
4) Berbanyak sedekah kepada orang miskin
5) Banyakkan berzikir dan kurangkan bercakap yang tak berfaedah
6) Qiamullail di malam hari
7) Jauhkan amalan yang mencacatkan puasa
8) Bersahur sepanjang Ramadhan

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan - Selamat menyambut Ramadhan tahun 1433 Hijrah, semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH atas apa yang anda kerjakan.

AMIN!!
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com