As-salam & selamat sejahtera untuk semua.
Abang long kembali menulis semula. Dah agak lama tak post
something baru. Kali ini saya nak sentuh bab “PEMBAZIRAN MAKANAN”.
Sempena hari Alam Sekitar dunia yang disambut pada 5 Jun
setiap tahun, jom luangkan masa sikit ambil tahu sikit fakta dan renung sejenak
tentang diri kita.
Malaysia bukan saja syurga makanan, tapi juga tong sampah makanan terbesar |
Pertama sekali, tema hari Alam Sekitar tahun ini adalah - “Think.
Eat. Save” atau saya boleh translate-kan kepada “Fikir. Makan. Jimat” (betul
kot).
Cuba bayangan: Setiap hari dianggarkan sebanyak 15,000 tan
sisa makanan telah dibuang oleh RAKYAT MALAYSIA. Jumlah ini kalau dapat
dijimatkan boleh beri makan pada lebih kurang 7.5 juta orang! (sumber dari TheStar).
Dalam 2 tahun ini, jumlah pembaziran ini meningkat dari
hanya 930 tan pada tahun 2011. Untuk tahun 2009 pula jumlahnya hanyalah separuh
dari tahun 2011.
Banyak kan?? Adakah anda jenis yang makan tak abis setiap
hari??
Jika jawapannya “YA”, anda adalah salah seorang penyumbang kepada statistik
di atas. Jangan lupa dalam Islam, pembazir adalah disamakan dengan amalan dan
sahabat kepada syaitan. Adakah anda nak tiru amalan dan nak jadi sahabat kepada
syaitan gak ke? Fikirlah sendiri.
Abang Long adalah seorang yang bila makan, akan makan sampai
licin pinggan, pantang sekali nak tinggal sisa makanan. Kecualilah yang tak
boleh makan seperti tulang ikan dan ayam, yang lain semuanya saya telan.
Paling penting bila masa makan, abang long ambil pada kadar
yang boleh habis makan. Kalaulah dah kenyang sekalipun dan ada lagi baki dalam
pinggan, saya akan usaha makan semuanya juga. Itulah sifat semulajadi atau
mungkin dari apa yang diajar oleh orang tua abang long.
Dari pemerhatian abang long, daripada orang terdekat dan
juga orang ramai disekeliling, amalan pembaziran ini diamalkan dengan meluas.
Cuba perhatikan kat meja makan rumah anda bersama famili anda atau di
kedai-kedai makan, selepas setiap yang makan tu kenyang, pasti separuh daripada
mereka ada baki makanan lagi.
Ada satu tabiat orang yang paling abang long pelik, bila
mana dah makan tu mesti tinggal baki sikit dalam pinggan. Sebabnya nak bagi
orang lain tahu kita dah kenyang katanya, tapi yang pastinya INI DAH NAMANYA
MEMBAZIR.
Ada banyak sebab pembaziran ini berlaku, salah satunya
dihuraikan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dari link ini.
Apapun, abang long nak semua orang ambil berat sikit tentang
pembaziran makanan ini. Masak ikut apa yang perlu, pastikan habis dimakan
setiap hari. Bila makan di kedai, ambil saja sikit dulu, pastu tambah bila tak
kenyag lagi.
Jika amalan ini dapat dilakukan dengan konsisten sepanjang
masa, pasti ini boleh kurangkan masalah pembaziran makanan dan dalam masa sama
menjimat pembelanjaan seharian kita. Ini adalah juga salah satu petua atau tips
pengurusan kewangan peribadi yang berhemah.
Tolong amalkan bersama ya, semoga kita jadi seorang insan
yang lebih bertakwa kepada ALLAH!! INSYAALLAH!!