Seminar Kombo - PERCUMA!!

Leave a Comment
  

Ini adalah lagi satu acara yang dianjurkan oleh Richworks International dari siri Klinik Usahawan Dr. Azizan

Bulan lepas Abang Long ada pergi seminar percuma satu hari dari Dr. Azizan di Ampang mengenai bisnes dan pemasaran (Seminar Berani Berniaga). Memang banyak yang Abang Long dapat belajar dari antara salah satu pakar pemasaran di Malaysia ini. Orang yang datang sama pun masya-Allah memang cukup ramai.

Kali ini,  Seminar Kombo ini akan menggabungkan 2 topik/bahagian - dan sebab itulah ia dinamakan "Kombo". Dua topik seminar itu adalah "Revolusi Fesbuk Power" dan "Wang Power" yang akan disampaikan oleh 2 orang pakarnya - Bryan Gan dan Abang Abu.



Abang Long ni memang tak boleh dengan perkataan "Percuma" (terbukti memang choice word paling berkesan dalam marketing kan). Jadi dengan pantas Abang Long mendaftar dua tempat untuk Abang Long dan isteri. Entahlah isteri dapat pergi atau tak, sebab dia pun baru beberapa hari lepas pantang bersalin. Harap-harap tak ada halangan lain untuk Abang Long pergi seminar pula.

Untuk siapa yang pernah daftar untuk seminar Berani Berniaga hari tu, Abang Long pasti anda semua akan dapat email dari "Dr Azizan". Selain maklumat tentang tips pemasaran dan nasihat berguna tentang bisnes, ada satu email yang menarik perhatian Abang Long adalah mengenai 11 manifesto untuk seminar kombo ini.

Bunyi macam janji pilihanraya-lah pula, tapi sebenarnya ini macam janji berkenaan apa yang anda akan dapat dari seminar satu hari itu. Berikut adalah manifestonya: 

4 Manifesto Bryan Gan (Fesbuk Power)
  • Memasarkan produk atau servis di "Facebook" dengan lebih efektif. 
  • Membina jualan yang tinggi dengan kos serendah RM0.00. 
  • Memberikan impak dalam perniagaan menerusi ruangan media sosial. 
  • Membina jenama yang kukuh di Facebook.

7 Manifesto Abang Abu (Wang Power)
  • Bagaimana urus, simpan dan labur (USL) wang bermula dengan tanpa wang atau sedikit wang. 
  • Bagaimana elakkan diri daripada menghadapi masalah wang susut. 
  • Bagaimana mengelakkan simptom masalah kebocoran wang. 
  • Bagaimana kenal pasti & elak ditipu oleh skim-skim "cepat miskin" yang ada di pasaran. 
  • Bagaimana tingkatkan tahap pemilikan wang seseorang supaya lebih kaya & berjaya. 
  • Bagaimana aktifkan kuasa "magnet wang".
  • Bagaimana hasilkan pendapatan minimum RM1 juta (Ya, RM1,000,000) atau lebih dalam masa 12 bulan.

Menarik kan??? 

OK, kalau nak daftar boleh klik LINK ini.

Agak lewat sikit sebenarnya, ada 3 kali seminar saja lagi. Siapa cepat dialah yang dapat pergi.
Semoga kita sama-sama dapat belajar dari seminar kombo ini, dan akan terus bertambah kaya dan berjaya.





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com