As-salam dan selamat bertemu kembali.
Sudah genap 4 bulan saya tak menulis apa-apa di dalam blog saya ini rupanya. Alih-alih lesap tanpa update baru ek. Bagi yang tertunggu review liga fantasi tu, minta maaflah, hanya sampai ke minggu 31 saja.
Yup, buat beberapa bulan sehingga entri terakhir tu, saya hanya tertumpu untuk menulis berkenaan liga fantasi EPL. Memang tak ada post mengenai subjek atau niche yang lain. Nampak seperti dah lari dari konsep blog ini, itu pun kalau ada lah, hehehe.
Apapun, sebenarnya dari awal tahun 2015, saya mengambil langkah untuk ber-blogging di webhosting sendiri. Dah mula dan blognya memang wujud tanpa ramai sedar, tapi dek kerana kesibukan kerja dan minat yang sekejap panas sekejap sejuk, blog baru pun terbengkalai buat masa ini. Niatnya nak mula kembali pada bulan Ogos, In Sha Allah.
Oh tak lupa, saya juga akan meneruskan "perjuangan" di dalam blog ini juga. Rasanya sayang betul nak tinggal.
Untuk blog ini, saya akan cuba menjadikannya lebih bertumpu pada perkara yang paling saya minat (bolasepak dan beberapa minat/hobi lain). Oleh itu doakan saya ada kelapangan yang lebih untuk kerap menulis.
Mungkin sekarang ini saya ada motivasi dan fokus untuk apa yang saya nak, harap-harapnya lah.
OK, jumpa lagi di masa lain. Wasalam.