World Cup 2014: Info dan Ramalan Pusingan Suku Akhir

Leave a Comment

Hanya 8 pasukan daripada 32 pasukan yang tinggal, yang boleh kita anggap 8 pasukan terbaik bagi kejohanan kali ini. Adakah anda perasan, kesemua 8 pasukan yang layak ke suku akhir adalah JUARA di peringkat kumpulan masing-masing?

Berikut adalah info dan ramalan mengenai setiap perlawanan suku akhir yang bakal berlangsung pada pagi Sabtu dan Ahad nanti.

Game 1: Jerman vs Perancis (July 4 - Rio De Janeiro)

Perlawanan yang dijangka paling menarik dan diingati dalam piala dunia kali ini (harap-haraplah), walaupun ia bergantung kepada taktik and approach dari jurulatih kedua-dua pasukan. Jika mereka main secara terbuka, maka satu perlawanan "klasik" bakal kita tonton antara dua gergasi Eropah ini. 

Sayang sekali kedua-dua pasukan ini terpaksa bertemu di peringkat suku akhir ini, sebab dari kekuatan atas kertas dan keputusan setakat ini, keduanya menunjukkan prestasi yang mantap untuk layak ke Final. Boleh dikatakan kedua-dua pasukan mampu jadi juara jika beraksi di Final nanti.

Pilihan Abang Long: Jerman (1-1, Penalti)


Game 2: Brazil vs Colombia (July 4 - Fortaleza)

Cabaran lebih besar menanti tuan rumah Brazil kali ini, selepas mengatasi cabaran paling sengit setakat ini di pusingan kedua lepas. Pasukan Chile telah menunjukkan bahawa Brazil perlu meningkatkan lagi mutu persembahan jika ingin bergelar juara di laman sendiri kali ini.

Colombia boleh dikatakan pasukan yang kedua mengejutkan ramai yang layak ke suku akhir (selepas Costa Rica). Awalnya diramal bakal hadapi laluan sukar selepas kecederaan pemain utama mereka, Radamel Falcao. Colombia mengatasi ramalan ramai dengan beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan dan mara sejauh ini. Bintang paling menyerlah dan beraksi cemerlang ialah James Rodriguez, dengan setakat ini menjaringkan 5 gol dalam 4 perlawanan (penjaring terbanyak kejohanan).

Pilihan Abang Long: Brazil (3-2).


Game 3: Argentina vs Belgium (July 5 - Brasillia)

Kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi yang hampir sama dalam 4 perlawanan sebelum ini. Atas kertas, kekuatan keseluruhan pasukan masing-masing adalah lebih kuat berbanding lawan-lawan (seperti Iran, Algeria & Ghana), tapi sebagai pilhan utama dalam kumpulan, kedua pasukan terpaksa berhempas-pulas untuk menang.

Untuk perlawanan ini, Argentina dilihat ada kelebihan berbanding Belgium untuk menang. Ini semua adalah sebab seorang pemain terbaik dunia - Lionel Messi. Messi tidak dinafikan menjadi teras utama dalam menentukan kemenangan untuk pasukan Argentina. Tanpanya Argentina sukar untuk mencipta peluang. Belgium pula walaupun memiliki pemain yang hebat (seperti Hazard contohnya), masih belum nampak serasi sepenuhnya (seperti juga Argentina) dalam persembahan berpasukan.

Jangkaan saya, pemenang perlawanan ini nanti akan ditentukan oleh pemain-pemain utama pasukan masing-masing dan juga pasukan mana yang dapat meminimakan kesilapan di barisan pertahanan.

Pilihan Abang Long: Argentina (2-1 ET).



Game 4: Belanda vs Costa Rica (July 5 - Salvador)

Pastinya Belanda adalah pilihan ramai untuk menang perlawanan ini. Ini kerana bukan sekadar mempunyai ramai pemain bertaraf dunia (Van Persie, Sneider & Robben) dan juga Jurulatih yang berpengalaman (Louis Van Gaal), prestasi semasa juga memihak untuk ramai memilih Belanda. Lawannya pula adalah pasukan kerdil yang ramai juga tak menjangkakan untuk layak sejauh ini.

Costa Rica, bukan hanya sekadar mengejutkan ramai pemerhati dan peminat bolasepak, mereka juga menunjukkan betapa kejayaan boleh dicapai dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi. Tidak dinafikan, Costa Rica memiliki pemain yang baik, dan ada beberapa pemain sekarang ini telah menarik perhatian banyak kelab. Pasti ada antara pemain yang bakal dipancing oleh kelab-kelab besar selepas kejohanan nanti.

Adakah Costa Rica mampu melakukan sejarah dalam perlawanan ini?
Peluangnya mungkin tipis tapi, apa pun boleh berlaku dalam perlawanan bolasepak di pusingan kalah mati ini. Di mana tag favourite bukan lagi jaminan untuk sesuatu pesukan itu menang mudah.

Pilihan Abang Long: Belanda (3-0).

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com