Mencari idea dan mood untuk berblogging

Leave a Comment
  

Setiap kali ini lah isunya.. hehehe… macam mana nak jadi blogger tersohor kalau macam ni.

Apapun, mood rajin saya dalam macam ombak, kejap ada kejap takda, kejap tinggi kejap surut, begitulah adanya.

Oleh yang demikian, sempena hari cuti Keputeraan Sultan Selangor hari ini, terluang sedikit masa nak tulis subjek kosong. Coretan untuk melepaskan rindu pada blog sendiri. hehehe..

Dalam waktu menyepi ini, saya terdetik untuk membuat satu perubahan kepada blog saya ini. Antara yang terfikir sekarang ini adalah untuk beli hosting sendiri untuk blog. Tujuannya, bila dah keluar duit untuk blog, adalah “push” untuk “make thing happen or at least make it moving”.

Dalam survey, memang banyak kena tahu dan belajar untuk mula bertapak di hosting sendiri ini. Idea dan halatuju dah ada, sekarang nak kena mula ambil tindakan pertama untuk menjayakannya.

Apapun, ini adalah salah satu “projek” saya untuk tahun 2014, moga berjaya dan membawa hasil yang memuaskan.

Tersebut pasal tahun 2014 pula, sedar-sedar tinggal dalam 3 minggu saja lagi nak tiba tahun baru. Tak payahlah nak tanya soalan cliché “dah tertunai ke azam tahun ni?” sebab jawapannya biar sendiri yang tahu. Baik kita renung dan rancang untuk tahun depan pula.

Jadi, apa azam dan matlamat anda tahun 2014 ini?
  
  
t.i.p.s: nak berjaya mesti ada motivasi dan sedikit "PUSH"! 
  
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com