Setiap kali ini lah isunya.. hehehe… macam mana nak jadi
blogger tersohor kalau macam ni.
Apapun, mood rajin saya dalam macam ombak, kejap ada kejap
takda, kejap tinggi kejap surut, begitulah adanya.
Oleh yang demikian, sempena hari cuti Keputeraan Sultan
Selangor hari ini, terluang sedikit masa nak tulis subjek kosong. Coretan untuk
melepaskan rindu pada blog sendiri. hehehe..
Dalam waktu menyepi ini, saya terdetik untuk membuat satu
perubahan kepada blog saya ini. Antara yang terfikir sekarang ini adalah untuk
beli hosting sendiri untuk blog. Tujuannya, bila dah keluar duit untuk blog,
adalah “push” untuk “make thing happen or at least make it moving”.
Dalam survey, memang banyak kena tahu dan belajar untuk mula
bertapak di hosting sendiri ini. Idea dan halatuju dah ada, sekarang nak kena
mula ambil tindakan pertama untuk menjayakannya.
Apapun, ini adalah salah satu “projek” saya untuk tahun 2014,
moga berjaya dan membawa hasil yang memuaskan.
Tersebut pasal tahun 2014 pula, sedar-sedar tinggal dalam 3
minggu saja lagi nak tiba tahun baru. Tak payahlah nak tanya soalan cliché “dah
tertunai ke azam tahun ni?” sebab jawapannya biar sendiri yang tahu. Baik kita renung
dan rancang untuk tahun depan pula.
Jadi, apa azam dan matlamat anda tahun 2014 ini?
t.i.p.s: nak berjaya mesti ada motivasi dan sedikit "PUSH"!
0 comments:
Post a Comment