*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.
Hola bola!!
Apa khabar semua? Harap anda terus bersemangat nak main liga fantasi. Tak kiralah masuk liga fantasi yang dalam negara atau di luar negara. Untuk saya, pasukan saya dah sedikit menurun ranking atas beberapa faktor. Moga-moga selepas susun balik line-up, dapat kutip point yang banyak seperti minggu-minggu awal dulu.
OK, untuk minggu ini, fokus kita adalah memaksimumkan mata sebanyak mungkin dengan 10 perlawanan yang ada minggu ini. Jika kita pilih pemain yang tepat mengikut prestasi semasa pasukan, sepatutnya team fantasy kita akan kutip mata yang baik.
Minggu ini juga adalah minggu terakhir sebelum liga BPL berehat 2 minggu untuk perlawanan antarabangsa (termasuklah semua liga di Eropah).
Berikut adalah senarai kesemua perlawanan minggu ini (rekod semasa dalam kurungan):
Sabtu (8 November)
Liverpool (4-2-4) vs Chelsea (8-2-0)
Manchester United(3-4-3) vs Crystal Palace (2-3-5)
West Ham (5-3-2) vs Aston Villa (3-1-6)
Burnley (0-4-6) vs Hull City (2-5-3)
Southampton (7-1-2) vs Leicester City (2-3-4)
QPR (2-1-7) vs Manchester City (6-2-2)
Ahad (9 November)
Sunderland (2-5-3) vs Everton (3-4-3)
WBA (3-4-3) vs Newcastle (3-4-3)
Tothenham (4-2-4) vs Stoke City (3-3-4)
Swansea City (4-3-3) vs Arsenal (4-5-1)
Untuk bahagian penjaga gol dan pertahanan, pasukan yang mempunyai rekod defensive yang baik buat masa ini adalah Southampton. Jadi dengan lawan minggu ini adalah Leicester City, peluang untuk satu lagi clean sheet adalah tinggi. Jadi pemain pertahanan seperti Nathaniel Clyne (kos $4.98), Ryan Bertrand ($6.2) dan Jose Fonte ($4.95) boleh jadi pilihan. Penjaga golnya adalah Fraser Forster ($5.85).
Satu lagi faktor dalam memilih pemain pertahanan adalah untuk mencari pemain yang ada rekod yang baik menjaringkan gol atau assist.
Pasukan lain yang saya jangka boleh dapat clean sheet minggu ini adalah Chelsea, WBA dan West Ham. Saya syorkan Branislav Ivanovic ($6.0), Andre Wisdom ($4.55) dan Aaron Cresswell ($3.15). Untuk penjaga gol, Thibaut Courtois ($6.81) dan Adrian ($3.55) adalah pilihan yang baik, buat jangka masa panjang juga.
Lain-lain pemain pertahanan pilihan minggu ini adalah: Leighton Baines ($6.85), Calum Chambers ($4.59) dan Kyle Naughton ($5.22).
Di bahagian midfield, pemain seperti Dusan Tadic ($9.75), Angel di Maria ($11.67), Cesc Fabregas ($11.37), Eden Hazard ($11.64) dan Gylfi Sigurdson ($10.48) adalah pilihan ramai dan kebanyakan dari pemain-pemain ini ada dalam line-up midfield hampir semua pasukan. Adalah baik untuk terus pilih pemain ini selagi pemain ini tak cedera atau hilang form.
Namun ada banyak lagi pemain yang boleh juga dijadikan pilihan, aytas faktor kos yang lebih murah dan form semasa. Antaranya seperti Stewart Downing ($9.76), Victor Wanyama ($9.17), Oscar ($11.26), Mohamed Diame ($9.1) dan Victor Moses ($10.46).
Pemain serangan pula ramai pastinya memilih Sergio Aguero ($14.8) buat masa ini. Selain itu Graziano Pelle ($10.23) juga jadi pilihan dan juga tak lupa Diego Costa ($14.22), jika tak cederalah. Ketiga-tiga pemain ini adalah penjaring terbanyak liga BPL buat masa ini. Alexis Sanchez ($14.23) pula adalah pemain form buat masa kini (3 gol dalam 5 last game).
Jika anda nak cari pemain penyerang yang lebih murah dan boleh sumbang mata yang baik, boleh cari pemain seperti Diafro Sakho ($9.17) dan Saido Berahino ($10.19).
Salah satu feature menarik dalam liga BPL anjuran AIA dan Astro ini ialah kemampuan kita untuk pilih pemain dari liga lain di Eropah dalam pasukan kita. Terdapat beberapa pemain yang boleh dijadikan pilihan walaupun dengan kos yang tinggi. Anda boleh dapat pemain ini dalam senarai pemain ketika memilih pemain.
Bagi saya, feature ini perlu ada had, seperti hanya seorang pemain saja boleh pilih dalam satu pasukan. Buat masa kini, kita boleh lihat ada pasukan pilih sehingga 5-6 pemain dalam satu pasukan. Ini menjejas dan juga mencemar tema permainan ini. Dah namanya Liga Fantasi BPL, patutnya hanya boleh pilih pemain dari BPL sajalah kan?
Apapun, good luck untuk semua minggu ini!!!
P/S: Bonus transfer code untuk GW11 adalah 3MULLER3 dan Euro code YT0URE46.