BPL: End of the season 2012/2013 – Liverpool FC review

Leave a Comment
  

Berakhirnya perlawanan ke-38 semalam, maka berakhir sudah Barclay Premier League (EPL) untuk musim 2012/2013. Liverpool menamatkan aksi musim kali ini dengan mengalahkan QPR 1-0 melalui jaringan Phillipe Coutinho.

Dah agak lama Abang Long tak menulis tentang pasukan fevret ni. Sebabnya mungkin moral sikit kurang selepas tengok prestasi yang tak konsisten pasukan Liverpool. Tambah pula kedudukan “keramat”  tempat ke-4 dalam liga awal-awal lagi dah terkubur.

Buat pertama kalinya, Abang Long tergerak untuk buat review akhir musim pasukan Liverpool FC untuk musim 2012/2013. Apapun, ini cuma kongsian pandangan tak seberapa, daripada kaca mata seorang pemerhati bolasepak dari Malaysia. 


Pencapaian musim 2012/13:

Liverpool FC, dilatih oleh pengurus baru Brendan Rodgers, memulakan musim dengan kekalahan mengejut di WBA, dan seterusnya hanya mengutip 2 mata dalam 4 perlawanan berikutnya (2D 3L). Faktor prestasi lemah awal musim boleh dikaitan dengan jadual awal perlawanan Liverpool yang mana bertemu dengan 3 pasukan teratas dari musim lepas, disamping pemain belum serasi dengan sistem permainan baru. 

Liverpool kemudian menunjukkan peningkatan yang menyaksikan pasukan tidak tewas dalam 8 perlawanan berikutnya (3W 5D). Seterusnya pada bulan Disember, Liverpool mencatat 4 kemenangan dari 6 perlawanan dalam bulan itu. Tapi ekalahan dalam 2 perlawanan lagi, telah mendapat kritikan apabila Liverpool menunjukkan persembahan yang kurang baik.

Memasuki tahun 2013 telah menyaksikan persembahan Liverpool menjadi lebih mantap, dibantu dengan 2 pemain baru yang dibeli semasa musim perpindahan pemain Januari. Dari 11 perlawanan dalam sehingga Mac, Liverpool mengutip 3 mata penuh dalam 6 perlawanan dan tewas hanya 3 perlawanan.

Yang lebih memberangsangkan dan memberi sedikit harapan kepada peminat untuk musim akan datang, Liverpool mengakhiri musim tanpa tewas dalam 7 perlawanan (3W 4D). Secara keseluruhan, Liverpool berjaya menduduki tempat ke-7 dalam liga dengan mengutip 61 mata.


Review prestasi pasukan:

Pasukan Liverpool kelihatan kurang serasi dalam persembahan mereka awal musim, dengan pengurus baru cuba menerapkan system baru kepada pasukan. Dari masa ke semasa, setelah sedikit perubahan dilakukan untuk menyesuaikan sistem permainan dengan kebolehan pemain yang ada, Liverpool menunjukkan persembahan yang lebih mantap terutama dalam bahagian menyerang. Ini dibuktikan dengan beberapa kemenangan besar (menjaringkan 4 gol atau lebih) dalam 6 perlawanan.

Bagaimanapun, kelemahan serius dapat dilihat dalam bahagian pertahanan. Pemain pertahan agak kerap melakukan kesilapan mudah pada awal musim yang menyumbang kepada kehilangan mata dalam beberapa perlawanan. Liverpool juga dilihat gugup ketika bertahan dalam situasi set-piece.


Review pemain:

Luis Suarez, pemain yang telah menimbulkan banyak pandangan yang kritikal dari senua orang tak kira peminat dan pemerhati. Suarez telah terbukti pemain terpenting Liverpool musim ini. Dia mengetuai barisan serangan berseorangan pada awal hingga pertengahan musim dan merupakan penjaring terbanyak dalam liga dengan 21 gol. Suarez mencetuskan kontroversi lagi musim ini apabila dia mengigit seorang pemain Chelsea, yang mengakibatkan dia digantung 10 perlawanan.

Selain Suarez, pemain lain yang menyerlah adalah ketua pasukan, Steven Gerrard dan 2 pemain baru dibeli semasa perpindahan Januari, Phillipe Coutinho dan Daniel Strurigde. Manakala Steward Downing dan Stephen Henderson pula sedikit sebanyak membaiki reputasi mereka dengan prestasi yang jauh lebih baik dari musim lepas.


Berita akhir musim penting:


Jamie Carragher telah mengumumkan persaraannya pada Mac lalu dan menamatkan karier Liverpoolnya selepas 737 perlawanan. Carragher, yang tidak pernah beraksi dengan pasukan lain selain Liverpool, telah diangkat sebagai salah seorang lagenda dalam sejarah pasukan Liverpool.

Selain itu, Sir Alex Fergusen juga telah bersara dari menjadi pengurus pasukan Manchester United setelah melalui karier pengurusan selama 26 tahun yang berjaya. Pengurus Everton, David Moyes bakal mengantikannya pada musim depan.


Impian musim panas:

Untuk Abang Long, Liverpool sudah pasti perlu membeli pemain pertahanan tengah baru untuk menggantikan Jamie Carragher yang telah bersara. Selain itu, pemain bek kiri baru juga mungkin perlu untuk memberi option dan support lebih baik selain Jose Enrique. Diharapkan juga penjaga utama gol Pepe Reina tidak akan berpindah ke pasukan Barcelona.

Walaupun bahagian midfield tengah nampak cukup mantap, Liverpool mungkin boleh menambah pemain baru yang bertindak sebagai playmaker. Kalau jumpa pemain sayap baru yang berbakat macam Coutinho pun baik juga.

Bahagian serangan, dengan tanda tanya masa depan Luis Suarez dalam pasukan, ada baiknya Liverpool tambah seorang lain penyerang yang proven. Ini bukan saja nak tampung jika ada kecederaan kepada Suarez dan Sturridge, tapi ianya adalah satu keperluan untuk memiliki 3 atau 4 pemain penyerang utama untuk mencabar kedudukan teratas dalam liga.



Harapan musim 2013/14:

Mengambil kira prestasi akhir musim dan senarai pemain yang sedia ada, Liverpool boleh menjadi antara 6 pasukan terbaik musim depan yang memberi saingan untuk merebut 4 tempat terbaik. Faktor lain yang bakal menambah rating saingan Liverpool musim depan adalah bergantung kepada urusan perpindahan pemain Liverpool.

Bagi Abang Long, sudah tiba masanya Liverpool untuk mencabar kedudukan teratas dengan lebih serius. Sepatutnya, musim depan bakal meletakkan kembali Liverpool sebagai satu pasukan yang disegani semula. Walaubagaimanapun, Abang Long rasa Liverpool bukan pasukan pilihan untuk menjuarai liga bagi musim 2013/2014 nanti.  

  
p/s: ini adalah post blog ke-100!! :)  
  
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com