Dah lama tak tulis tentang bola ni, dan juga tentang pasukan fevret saya- Liverpool FC. Kini saya kembali.. hehe.. anyway it's my passion.
Setakat ini sudah 10 perlawanan, pasukan Liverpool boleh saya kata mengejutkan ramai pemerhati dan juga peminat bola bila berada di ke-3 liga (20 mata), di belakang Arsenal (25 mata) dan Chelsea (20 mata).
Itu pada pandangan saya-lah, sebab saya expect saingan hebat dari pasukan lebih kuat; seperti Manchester United, Manchester City dan Tottenham Hotspurs. Disebabkan kombinasi masalah antaranya penyesuaian pengurus baru, permulaan perlahan, tak konsisten; tiga pasukan ini berada di bawah Liverpool. Mengejutkan ramai juga adalah kedudukan Everton (ke-6) dan Southamton (ke-7), bila ramai tak menjangka pasukan ini boleh mencabar kedudukan teratas dalam liga. Buat masa sekarang, kedua-dua pasukan ini hanya 1 mata sahaja di belakang Chelsea dan Liverpool.
Selepas ini, bilamana setiap pasukan dah mula "panas badan" dan stabil, saingan untuk mengekalkan kedudukan akan lebih mencabar. Arsenal kelihatan sangat kuat ketika ini (pilihan saya untuk juara musim ini), 2 kelab Manchester pun dah mula stabil dan dapat form, Chelsea ada Jose Mourinho walaupun sekali-sekala tersungkur juga, Tottenham memiliki skuad yang mantap "dibina" dari wang jualan Gareth Bale. Everton dan Southamton memiliki semangat berpasukan yang jitu menjadikan mereka liat untuk dikalahkan.
Liverpool pula? Boleh saya katakan mereka ada di kedudukan sekarang disebabkan kemenangan dalam 3 perlawanan pertama (semua dengan 1-0). Form Liverpool selepas itu (3-2-2) dilihat tak konsisten, tanpa sebarang clean-sheet. Tewas di tangan Southamton di Anfield adalah kekalahan yang mengejutkan. Manakala kekalahan di Emirates baru-baru ini, menampakkan banyak kekurangan dalam pasukan.
Kembalinya Luis Suarez dari pengantungan, form yang hebat dari penjaring terbanyak liga Sturridge, memberi impak besar dan boleh dikatakan mereka penyumbang terbesar dalam pasukan. Mana tidaknya, 14 gol liga Liverpool dari keseluruhan 17 gol, dijaringkan oleh 2 penyerang ini. Tanpa mereka, Liverpool mungkin tiada sengat di bahagian serangan.
Minggu ini Liverpool akan melawan Fulham di Anfield. Perlawanan yang boleh menang, kalau tidak pun bagi saya wajib menang. Kekalahan kepada Arsenal telah mengecewakan ramai peminat. Nasib baik tak sempat tengok game itu (atas sebab tak dapat dielakkan), lagi frust-lah saya.
Antara faktor utama yang menjadikan perlawanan dengan Fulham wajib menang:
1. Liverpool boleh menurunkan 11 pemain terbaik mereka dalam perlawanan ini, buat kali pertama (Jose Enrique sedikit doubtful untuk game ini).
2. Bermain dihadapan penyokong sendiri, dan perlu menang untuk menebus kekecewaan peminat. Kemenangan juga penting untuk terus kekal di kedudukan ke-3 liga.
3. Fulham pula berada dalam keadaan tak menentu, away form yang tak menentu, di tambah tekanan hebat kepada pengurus disebabkan kedudukan terkini liga (ke-16, 10 mata). Liverpool perlu mengambil peluang ini.
Saya menjangkakan Liverpool akan menang dan berpeluang menambah beza jaringan gol yang lebih besar dalam perlawanan ini. Gol awal dan jika jaring sebanyak mungkin (3 gol sekurangnya) sebelum halftime adalah penting. Saya mengharapkan gandingan "SAS" menjaringkan 3 atau 4 gol, supaya dapat memberi mata yang lebih untuk fantasy team saya.
Barisan Kemungkinan: (4-3-3) Mignolet, Enrique, Johnson, Agger, Toure, Lucas, Gerrard, Henderson, Coutinho, Suarez, Sturridge. Simpanan: Jones, Skrtel, Cissokho, Sakho, Allen, Sterling, Moses.
Prediction: 4-0