*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.
Salam sejahtera dan apa khabar semua.
Pertama sekali saya nak ucap terima kasih kepada pengunjung blog yang untuk sering kali datang dan rujuk kepada tips-tips (dan juga bonus code) dari saya. Saya amat hargai segala komen dan perhatian anda untuk blog ini. Blog peribadi saya ini entry-nya kini dah lebih kepada fantasy football nampaknya. Mungkin untuk musim baru nanti saya akan buat blog khas untuk subjek bola sahaja.
Kembali kepada Liga Perdana Barclay kita.
Minggu ke-29 menandakan tinggal 10 perlawanan sahaja lagi untuk mengakhiri musim 2014/2015. Calon-calon juara dan juga 3 pasukan yang bakal tersingkir semakin jelas. Tak lupa juga untuk saingan merebut baki 3 tempat teratas (top 4) untuk mengiringi juara liga layak ke Liga Juara-Juara Eropah.
Apa prediksi anda untuk pasukan yang bakal juara, top 4 dan juga yang tersingkir nanti?
Juara saya yakin Chelsea tak ada masalah nak kekalkan posisi sekarang ini hingga ke akhir musim. Pencabar tunggal mereka, Manchester City, prestasi tak berapa konsisten. Dengan jurang mata agak lebar (7 mata) dan Chelsea hanya ada saingan liga untuk tumpuan mereka, paling kurang pun mereka akan mengekalkan jurang mata sedia ada ini.
Dua lagi pasukan untuk ke Liga Juara-Juara? Saya ramal Arsenal dan LIVERPOOL (yes) bakal layak. Tapi persaingan dan confirmation saya agak hanya akan terjadi hingga 1-2 perlawanan terakhir liga. Tiga pasukan tercorot, saya ramal Leicester City, Burnley dan Aston Villa.
Bagi liga fantasi, saya akui sukar nak ramal perlawanan mana kita harus tumpu yang akan sumbang mata terbaik. Seringkali kita teka pasukan itu menang besar, alih-alih hanya menang 1-0, takpun kadang-kadang seri sahaja atau tewas mengejut.
Paling penting sekarang untuk kita tumpu kepada pemain-pemain dan pasukan yang on-form dan sedang dalam momentum baik prestasi mereka. Pasukan yang on-form boleh saya tengok adalah Liverpool, Tottenham dan Arsenal. Chelsea dan Manchester City akan mantap dan boleh diharap juga walaupun margin kemenangan yang agak kecil. Southampton pula sukar nak jaring gol ketika ini, tapi pertahanan mereka paling 'kedekut' lepas gol. Manchester Utd dan West Ham tak menentu keputusannya, namun ada beberapa pemain dua pasukan ini sedang dalam form terbaik.
Jika anda nak pilih pemain luar dari top 7, untuk jimatkan kos pasukan dan pemain murah, kita kena perhatikan sequence perlawanan pasukan pemain yang nak kita pilih. Jika kena gayanya, kita tak perlu tukar pemain ini untuk 2-3 gameweek.
OK, itu sahaja tips untuk minggu ini, berikut adalah senarai perlawanan minggu ini:
[termasuk kedudukan terkini, rekod perlawanan semasa dan waktu perlawanan]
Sabtu (14 Mac)
[8] Crystal Palace (6-9-11) vs [13] QPR (6-9-11) 8.45pm
[4] Sunderland (4-13-9) vs [16] Aston Villa (5-7-14) 11.00pm
[10] West Brom (6-9-11) vs [15] Stoke City (10-6-10) 11.00pm
[20] Leicester City (4-10-12) vs [9] Hull City (6-8-12) 11.00pm
[3] Arsenal (6-9-11) vs [9] West Ham (14-4-8) 11.00pm
[19] Burnley (4-10-12) vs [2] Manchester City (5-7-14) 1.30am
La Liga: [10] Espanyol (9-5-12) vs [3] Atletico Madrid (17-4-5) 11.00pm
La Liga: [14] Eibar (7-6-13) vs [1] Barcelona (20-2-4) 1.00am
Serie A: [11] Palermo (8-11-7) vs [1] Juventus (18-7-1) 1.00am
Bundesliga: [8] Werder Bremen (9-6-9) vs [1] Bayern Munich (19-4-1) 10.30pm
Bundesliga: [10] B. Dortmund (8-5-11) vs [11] FC Koln (7-7-10) 1.30pm
Ahad (15 Mac)
[1] Chelsea (13-6-7) vs [7] Southampton (14-4-8) 9.30pm
[3] Everton (6-10-10) vs [12] Newcastle (6-10-10) 12.00am
[4] Manchester United (13-8-5) vs [6] Tottenham (4-13-9) 12.00am
La Liga: [2] Real Madrid (20-1-5) vs [17] Levante (6-7-13) 4.00am
Serie A: [15] Verona (7-8-11) vs [4] Napoli (13-7-6) 1.00am
Isnin (16 Mac)
[6] Swansea City (13-6-7) vs [5] Liverpool (15-6-7) 4.00am
TIPS UNTUK GW29:
Pemain on form ketika ini:
David Silva, Man City (3 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
James Milner, Man City (3 gol dalam 4 perlawanan terakhir)
Joe Hart, Man Utd (2 cleansheet dalam 3 perlawanan terakhir)
David de Gea, Man Utd (2 cleansheet dalam 2 perlawanan terakhir)
Eden Hazard, Chelsea (2 gol dan 2 assist dalam 5 perlawanan terakhir)
Olivier Giroud, Arsenal (sudah menjaringkan 10 gol dalam 17 perlawanan)
Saido Berahino, West Brom (3 gol dalam 4 perlawanan terakhir)
Jordan Henderson, Liverpool (2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Simon Mignolet, Liverpool (6 cleansheet dalam 8 perlawanan terakhir)
Harry Kane, Man City (8 gol dan dalam 7 perlawanan terakhir)
Charlie Austin, Hull (sudah menjaringkan 15 gol musim ini)
David de Gea, Man Utd (2 cleansheet dalam 2 perlawanan terakhir)
Ki Sung-yeung, Swansea (3 gol dalam 5 perlawanan terakhir)
Mame Biram Diouf, Stoke (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Victor Moses, Stoke (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Dame N'Doye, Hull (3 gol dalam 4 perlawanan terakhir)
Awas, untuk perhatian:
Diego Costa, Chelsea (kemarau jaringan sejak Jan 11 yang mana dalam waktu itu dikenakan pergantungan 3 perlawanan)
Yaya Toure, Man City (juga kemarau jaringan sejak Jan 1 selepas pulang dari African Cup of Nation)
Angel Di Maria, Man Utd (Tak menjaringkan gol sejak Oct 5 dalam liga dengan prestasi yang tak menentu)
Romelu Lukaku, Everton (setakat ini berada dalam kemarau jaringand untuk 5 perlawanan terakhir)
Graziano Pelle, Southampton (sudah 11 perlawanan liga berturut-turut tak dapat nak jaring gol atau buat assist)
Pasukan pilihan untuk GW29 (untuk pemain EPL sahaja): Formasi 1-3-4-3
Penjaga Gol: Julian Speroni (Mark Schwarzer)
Pertahanan: Branislav Ivanovic, Martin Skrtel, Nacho Monreal (Gael Clichy)
Midfield: David Silva, Phillipe Coutinho, Jason Puncheon, Eden Hazard (Harry Kane)
Penyerang: Alexis Sanchez, Sergio Aguero, Dame N'Doye (Christian Benteke)
Kapten disyorkan: Alexis Sanchez, Olivier Giroud, David Silva, Sergio Aguero, Eden Hazard, Diego Costa, Harry Kane.
GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!!
**Sila share pandangan dan pendapat anda jika ada di ruangan komen. Nak tanya apa-apa pun boleh.
P/S: Bonus transfer code untuk GW29 adalah MANUELNEUER842 dan euro code adalah 1CAS1LLAS1.