Sukan Olimpik: Badminton SF - Lee Chong Wei vs Chen Long

Leave a Comment


Prospek emas negara akan diketahui di gelanggang badminton, harap-harapnya hari ini (pukul 8.00 malam waktu Malaysia) akan bertambah cerah.
Pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei akan turun menentang pemain dari China, Chen Long, dalam pusingan separuh akhir.

Chong Wei yang baru pulih dari kecederaan kaki sejak dua bulan dahulu, berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir apabila berjaya menumpaskan P. Kashyap, dari India, dengan keputusan 21-19,21-11 dalam masa 49 minit.

Dengan prestasi yang semakin baik, diharap Chong Wei dapat menewaskan Chen Long dan mara ke pusingan akhir. Kemungkinan besar di perlawanan akhir nanti, pemenang dijangka akan bertemu pemain utama China, Lin Dan.

Rekod pertemuan Chong Wei-Chen Long memihak kepada pemain negara 6-4, dengan pertemuan terakhir antara mereka January lalu, dimenangi oleh Chong Wei. Chen Long semestinya bakal memberi tentangan yang lebih sengit, dengan peluang 50-50 antara kedua pemain ini.

Jom ramai-ramai berdoa dan memberi sokongan (walaupun hanya dari kaca TV anda) kepada DATUK LEE CHONG WEI.

**Keputusan perlawanan: Chong Wei menang 21-13, 21-14.




P/S: Chong Wei boleh!!!!!!!! Jangan bagi China menang emas!!!



Info Kesihatan - Jangkitan Mata (Eye Infection)

9 comments
  
Sempena tengah pulih dari jangkitan mata sejak dua hari ini, saya luangkan sikit masa cari info tentang penyakit ini. Ya lah, dapat juga berkongsi dengan semua pembaca blog saya ini. 

Rasanya semua dah biasa kena sakit mata, tapi mungkin tak tahu apa sebab dan akibatnya. Paling penting adalah untuk mengelak daripada penyakit ini dari berjangkit kepada orang lain.

Maklumlah jangkitan mata ini adalah penyakit boleh berjangkit.Kalau pergi kerja pun sure bos halau balik nanti, sebab takut berjangkit kepada orang lain.

Apakah itu "jangkitan mata"?

Jangkitan mata adalah satu penyakit mata yang disebabkan oleh bakteria, viral atau agen fungal. Ada beberapa jenis jangkitan mata, akibat dari sebab-sebab berlainan dan setiapnya memerlukan rawatan yang berbeza. Jangkitan boleh berlaku di mana-mana bahagian mata, sama ada  sebelah mata atau di kedua-dua belah mata. Ianya juga boleh berjangkit dengan semua  orang tak kira berapa usia mereka.

Jenis-jenis Jangkitan mata:
  • Pink Eye (conjunctivitis)
  • Stye
  • Blepharitis
  • Cellulitis
  • Keratitis
  • Corneal Ulcer
  • Trachoma
  • Virus Herpes Simplex
  • Herpes Zoster (shingles)
Tanda-tanda Jangkita mata:
  • Kemerahan mata
  • Rasa gatal di bahagian mata
  • Rasa tidak selesa
  • Penglihatan jadi kabur
  • Air mata berlebihan
  • Sakit mata
  • Bengkak di kelopak dan bahagian sekitar mata
  • Pengulasan di kelopak mata
Rawatan jangkitan mata:

Perkara paling penting bila kena jangkitan mata, adalah untuk pergi jumpa doktor untuk pemerikasaan dan diskripsi rawatan yang betul. Dapatkan nasihat dari doktor tentang punca penyakit dan cara untuk mengelak penyakit ini berjangkit kepada orang terdekat.

Antara perskripsi rawatan mata yang biasa termasuklah pelindung mata, air titis mata, krim dan antibiotik. Rawatan adalah berbeza mengikut jenis-jenis jangkitan mata yang berlaku, ada yang mungkin perlukan perhatian segera dan khusus dari doctor. Anda mungkin dinasihtkan supaya menjauhi tempat yang ramai orang, memakai pelindung mata dan menyapu krim anti-jangkitan.

Masa untuk pulih juga bergantung kepada sebab dan jenis jangkitan, ada yang memerlukan beberapa hari, dan ada sampai berminggu. Kalau penyakit masih tak sembuh malah semakin teruk, lebih baik anda berjumpa dengan pakat mata dengan segera.


Bagaimana mengelak jangkitan mata:

Terdapat jenis-jenis jangkitan mata yang lebih mudah untuk berjangkit. Jika anda mempunyai jangkitan mata atau berada dekat dengan seseorang yang terkena jangkitan mata (seperti  suami, anak, ataupun rakan sekerja), gunakan tip-tip berikut untuk mengelak jangkitan merebak:
  • Kerap membasuh tangan, dan dengan cara yang betul (cara terbaik dan efektif).
  • Elakkan dari menyentuh muka dan mata.
  • Elakkan alat solekan mata, jangan kongsi alat solekan mata.
  • Jangan kongsi tuala, bantal, dan lain-lain pakaian. Gunakan pakaian bersih setiap hari.
  • Jika terkena jangkitan, elakkan memakai kanta lekap.
  • Jangan kogsi ubat rawatan mata, dapatkan nasihat dari doktor.
  • Sentiasa jaga mata dalam keadaan berangin, panas, berhabuk dan keadaan cuaca yang teruk.
  • Pakai cermin mata keselamatan ketika dekat dengan bahan kimia.
  • Basuh tangan sebelum dan selepas, jika menyentuh mata orang lain.
  • Laporkan dan jumpa segera doktor terdapat tanda-tanda jangkitan mata.

JAGALAH KESIHATAN ANDA, HIDUP SECARA SIHAT.

Sumber:  
EyeHealthWeb - http://www.eyehealthweb.com/conditions/eye-infections/
ALL About Vision - http://www.allaboutvision.com/conditions/eye-infections.htm



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com