As-salam dan selamat hari raya kepada pengunjung blog abang long ni!
Pejam celik, tinggal 11 hari aje menjelang musim baru liga EPL yang baru. Berbanding dengan liga-liga lain di Eropah, seperti Liga Sepanyol (atau dikenali sebagai La Liga), Liga Jerman (Bundesliga) atau Liga Itali (Serie A), Liga EPL adalah yang paling diikuti dan popular di Malaysia. Tak Hairanlah sebahagian besar peminat bolasepak di Malaysia lebih meminati pasukan-pasukan dari Liga EPL (termasuklah saya sendiri).
Bagi saya, sejak dari awal 90-an, Liverpool adalah pasukan pilihan saya. Dah lebih 20 tahun setiap perkembangan pasukan ini diikuti dengan rapat. Jatuh bangunnya, naik turunnya dan segala macam cerita. Liverpool FC (LFC) adalah pasukan fevret saya.
Untuk musim baru, saya masih meletakkan harapan tinggi untuk LFC mengulangi prestasi musim lepas, jika boleh lebih baik selangkah lagi, menjadi JUARA. Tetapi realistiknya, berdasarkan keadaan semasa, adalah satu cabaran besar untuk LFC untuk terus berada di kelompok 4 pasukan terbaik EPL.
Persediaan awal musim setakat ini dilihat biasa-biasa saja. Kalau nak diukur dari keputusan 7 perlawanan persahabatan awal musim, saya simpulkan LFC masih belum bersedia sepenuhnya. Beberapa pemain baru diperlukan terutamanya di posisi penyerang,formasi dan taktikal juga perlu diperkemaskan lagi.
Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan sehingga hari ini:
16 Julai – Brondby (Copenhagen) – result: 1-2
19 Julai – Preston North End (Deepdale) – result: 2-1
23 Julai – AS Roma (Fenway Park, Boston) – result: 0-1
27 Julai – Olympiacos (Soldier Field, Chicago) – result: 1-0
30 Julai – Manchester City (Yankee Stadium, New York) – Result 2-2 (pens 3-1)
2 Ogos – AC Milan (Charlotte, North Carolina) – result: 2-0
4 Ogos – Manchester United (Sun Life Stadium, Miami) – result: 1-3
Keseluruhannya 4 kemenangan dan 3 kekalahan, 9 gol dijaringkan dan 9 gol dibolosi. Saya lebih risaukan kekurangan di barisan serangan kerana ketiadaan scare-factor sehebat Luis Suarez. Harap-harap Daniel Sturrigde atau pemain baru jika dibeli nanti menjadi peyumbang gol secara konsisten dalam aksi sebenar liga nanti.
Apapun, saya faham yang perlawanan persahabatan ini adalah medan untuk meningkatkan stamina dan match fitness untuk musim baru. Selain itu ia juga sebagai alat promosi dan penjana hasil komersil untuk brand LFC di benua Amerika.
Pagi tadi Liverpool bertemu seteru utama, Manchester United dalam Final Guiness International Champions Cup 2014 di Miami (perlawanan persahabatan ke-7). Sayang sekali tak ada live di Astro, jadi tak dapatlah nak tengok. Walaupun tewas 1-3, tahniah juga buat LFC yang layak ke Final. Jadi boleh dikatakan tour ke US ini agak berjaya jugalah.
Hanya tinggal satu sahaja perlawanan persahabatan selepas ini. Perlawanan yang paling ditunggu dan yang paling penting. Pertemuan dengan Borussia Dortmund pada 10 Ogos ini hanya 6 hari sebelum perlawanan pertama EPL musim 2014/15. Boleh dikatakan perlawanan ini adalah medan terakhir bagi pemain Liverpool menunjukkan mereka telah bersedia untuk menghadapi musim baru. Pemain yang diturunkan nanti adalah bayangan kepada kesebelasan utama dalam aksi menentang Southampton pada 16 Ogos nanti.
YNWA!!