BPL GW23 Fantasy Football Tips Dan Review

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola!  

Bundesliga is back this week!!

Bagi yang belum tahu, saya nak beritahu yang liga Jerman kembali minggu ini, dan ia juga akan ada midweek game. Ini bermakna untuk pemain-pemain dari pasukan Bayern Munich dan Borussia Dortmund, ada peluang untuk raih mata 2 kali minggu ini.

Bagi liga-liga lain, seperti biasa, hanya satu perlawanan minggu ini. Selepas FA Cup gameweek minggu lepas, liga EPL bersambung semula dengan saingan paling menarik minggu ini adalah perlawanan 'top of the table clash' antara Chelsea vs Manchester City.

Perlawanan menarik, tapi untuk peluang nak kutip mata dari perlawanan ini, ianya akan bergantung kepada taktik yang digunakan oleh pengurus pasukan itu. Harap-harap perlawanan 'open' dan kedua pasukan banyak menyerang, jadi ada harapan ada jaringan yang banyak.

Saya rasa perlawanan untuk Arsenal dan Southampton ada peluang untuk dapat mata yang baik, sebab lawan mereka adalah pasukan yang tengah off-form dan bermasalah ketika ini. Boleh intai-intai perlawanan untuk Liverpool dan tengok sama ada Daniel Sturrigde diturunkan atau tidak. Jika diturunkan, mungkin prospek dia jaringkan gol adalah tinggi. liverpool adalah pasukan on-form ketika ini.

Jom kita tengok senarai perlawanan untuk GW23 (termasuk info kedudukan, rekod semasa pasukan dan masa perlawanan):

Jumaat (31 Januari) 
Bundesliga: [2] Wolfsburg (10-4-3) vs [1] Bayern Munich (14-3-0) 3.45am

Sabtu (1 Februari) 
[18] Hull City (4-7-11) vs [11] Newcastle (7-6-9) 8.45pm
[16] Sunderland (3-11-8) vs [17] Burnley (4-8-10) 11.00pm
[10] Stoke City (8-5-9) vs [19] QPR (5-4-13) 11.00pm
[4] Manchester United (11-7-4) vs [20] Leicester City (4-5-13) 11.00pm
[13] Crystal Palace (5-8-9) vs [12] Everton (5-8-9) 11.00pm
[8] Liverpool (10-5-7) vs [7] West Ham (10-6-6) 11.00pm
[14] West Brom (5-7-10) vs [6] Tottenham (11-4-7) 11.00pm
[1] Chelsea (16-4-2) vs [2] Manchester City (14-5-3) 1.30am
La Liga: [1] Real Madrid (16-0-3) vs [11] Real Sociedad (5-7-8) 11.00pm
La Liga: [8] Eibar (7-6-7) vs [3] Atletico Madrid (14-2-4) 1.00am
Bundesliga: [3] Bayer Leverkusen (7-7-3) vs [17] B. Dortmund (4-3-10) 1.30am

Ahad (2 Februari) 
[5] Arsenal (11-6-5) vs [15] Aston Villa (5-7-10) 9.30pm
[3] Southampton (13-3-6) vs [9] Swansea City (8-6-8) 12am 
Serie A: [18] Chievo (4-6-10) vs [4] Napoli (10-6-4) 10.00pm
Serie A: [9] Udinese (7-6-7) vs [1] Juventus (15-4-1) 10.00pm
La Liga: [2] Barcelona (15-2-3) vs [6] Villarreal (11-5-4) 4.00am  


Tips untuk GW23

Pemain On Form ketika ini:
Cesc Fabregas, Chelsea (1 assist dalam perlawanan terakhir, keseluruhan 15 assist dan 3 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Diego Costa, Chelsea (2 gol dan 1 assist dalam perlawanan terakhir, keseluruhan 17 gol dalam 19 perlawanan liga)  
Oscar, Chelsea (3 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir)  
Branislav Ivanovic, Chelsea (2 assist dalam 2 perlawanan terakhir)  
Stewart Downing, West Ham (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terahkir)
Andy Carroll, West Ham (2 gol dalam 2 perlawanan terahir)
Dwight Gayle, Crystal Palace (3 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
David Ospina, Arsenal (2 cleansheet dalam 2 perlawanan terakhir)
Ben Foster, West Brom (2 cleansheet dalam 2 perlawanan terakhir)
Danny Ings, Burnley (3 gol and 1 assist dalam 4 perlawanan terakhir) 
Harry Kane, Tottenham (3 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir)

Awas, untuk perhatian:
Pasukan Swansea dan WBA (Kedua-dua pasukan tidak melakukan satu pun percubaan tepat dalam perlawanan GW22. Prospek ini akan terus berlaku adalah tinggi minggu ini)


Wayne Rooney, Man United (kapten Man Utd ini tidak menjaringkan gol dalam 4 perlawanan terakhir, dengan hanya satu percubaan sahaja dilakukannya dalam 2 perlawanan terakhir)

Juan Mata, Man United (6 perlawanan terakhir tanpa sebarang gol, perlawanan terakhir pula ditukarkan pada separuh masa pertama, harap-harap dia akan bangkit kembali minggu ini)

Graziano Pelle, Southampton (Berada dalam kemarau gol dan assist dalam 5 perlawanan terakhir)

Lukasz Fabianski, Swansea (melepaskan 11 gol dalam 4 perlawanan terakhir, form pasukannya agak teruk ketika ini)


Pasukan pilihan untuk GW23 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Costel Pantilimon (David Ospina) 
Pertahanan: Branislav Ivanovic, Lauren Koscielny Ryan Bertrand (Andre Wisdom) 
Midfield: Dusan Tadic, Santi Cazorla, Cristian Eriksen, Eden Hazard (Juan Mata) 
Penyerang: Alexis Sanchez, Danny Ings, Diego Costa (Wayne Rooney)
Kapten disyorkan: Diego Costa, Eden Hazard, Cristian Eriksen, Dusan Tadic, Alexis Sanchez.

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!! 

P/S: Bonus transfer code untuk GW23 adalah 66LLORENTE77 dan Euro code L4MP4RD56.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com