Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman

Leave a Comment


As-Salam dan selamat pagi.
Semoga hari Jumaat anda dilimpahi dengan rahmat dari tuhan seperti biasa. Topik pagi ini hanya nak mengajak anda semua memulakan hari anda dengan senyuman.

Apa pentingnya senyuman ini?

Walaupun hidup kita ini dipenuhi seribu satu masalah dan dugaan, percayalah tidak ada satu pun yang tidak boleh diselesaikan, bila ia diikuti dengan usaha yang kuat dan tawakkal kepada tuhan. Sebagai tanda kita pasrah dan redha dengan apa yang dilalui, termasuklah dalam menikmati kesenangan hidup, kita haruslah sentiasa berasa syukur dan berterima kasih.

Walaupun kita dalam kebahagiaan ataupun kesusahan, apa kata kita selalu tersenyum. Dengan ini semua orang takkan tahu kita sedang menghadapi masalah, serta sedikit sebanyak berkongsi kebahagiaan yang kita kecapi.

Jom kita sentiasa senyum, insya-allah anda akan mendapat kelebihan yang banyak antaranya:

  • Lebih diberkati tuhan – bila sampai hujung hari, rezeki akan bertambah, masalah akan berkurang, dan lain-lain lagi.
  • Awet muda – siapa tak nak nampak sentiasa muda? Dengan senyum, anda akan lebih ceria, dan orang yang ceria akan nampak sentiasa muda.
  • Memotivasikan diri dan orang sekeliling – nak buat keje macam mana kalau mood takda, jadi dengan sikit senyuman, kita bagi diri kita motivasi nak teruskan kerja. Orang lain sekeliling kita tengok pun rasa gembira.
  • Jadi positif – ini penting dalam apa jua aspek, bila positif kita boleh jumpa jalan penyelesaiannya.
  • Kurangkan stres – buat apa nak “moody” sampai pecah kepala, kita senyum aja sedikit, harap-harap ringan sikit batu dalam kepala tu.

INSYA-ALLAH.
BE POSITIVE ALWAYS.

P/S: banyak lagi kelebihan senyum ni, anda boleh cuba dan lihat sendiri kesannya.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com