BPL GW27 Fantasy Football Tips Dan Preview

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Apa khabar dan salam sejahtera!

Kembali lagi saya untuk preview dan tips untuk GW27.

Last week di GW26, kita dapat saksikan Chelsea dan Man. Utd menerima kejutan. Kedua-dua pasukan mendapat keputusan yang kurang baik dalam perlawanan masing-masing. Ini beri peluang kepada pasukan Man City, Arsenal dan Liverpool memperbaiki kedudukan liga masing-masing. Ketiga-tiga pasukan paling on-form ketika ini menang dengan "bergaya" dengan lawan masing. Yea, memang Arsenal sedikit goyah dan hampir seri kalau tak palang gol selamatkan mereka di minit-minit akhir perlawanan.

Minggu ini, sepertimana yang saya beritahu dalam review minggu lepas, ada dua perlawanan melibatkan finalis Piala Liga Inggeris (Chelsea vs Tottenham) ditangguhkan. Jadi jika anda ada mana-mana pemain dari pasukan ini (dan juga lawan mereka untuk minggu ini - QPR dan Leicester City) confirm tidak dapat apa-apa mata. 

Jadi terpulang kini kepada anda sebagai pengurus pasukan masing-masing jika nak tukar pemain dari 4 pasukan ini. Harap diingat yang kuota transfer kekal dua (2) sahaja, tak termasuk bonus transfer.

Yea, satu lagi, akan ada perlawanan pertengahan minggu (Mac 3-4) untuk GW28. Saya nasihatkan anda buat perancangan terbaik untuk maksimumkan mata pemain yang dipilih. Pemain yang dipilih minggu ini juga harus ada peluang terbaik untuk kutip mata pada perlawanan GW28.

Untuk makluman juga, 2 perlawanan yang tertangguh untuk GW27 ini akan dilangsungkan semula pada Mac 7 (untuk QPR vs Tottenham) dan April 30 (untuk Leicester vs Chelsea). 

Perlawanan yang paling saya tunggu minggu ini semestinya Liverpool vs Man City di Anfield. Dua pasukan ini adalah 2 pasukan paling on form dalam 3 gameweek terakhir. Dan saya jangkakan perlawanan bakal sengit dan 'open', dengan prediction 3-4 gol bakal terhasil.

Lain-lain perlawanan yang saya jangka lubuk mata fantasi adalah West Ham vs Crystal Palace dan Man Utd vs Sunderland. Anda boleh check pemain yang saya syorkan dalam senarai pasukan pilihan mingguan saya di bawah nanti.

Hati-hati dengan pasukan-pasukan yang ada perlawanan Piala Juara-Juara Eropah dan Piala Europa tengah minggu lepas, mungkin pengurus akan buat rotation untuk sesetengah pemain.

OK, berikut adalah senarai semua perlawanan untuk GW27:
[termasuk kedudukan terkini, rekod perlawanan semasa dan waktu perlawanan]

Jumaat (27 Februari)
Bundesliga: [1] Bayern Munich (17-4-1) vs [13] FC Koln (6-7-9) 3.30am

Sabtu (28 Februari)
[8] West Ham (10-9-7) vs [13] Crystal Palace (6-9-11) 8.45pm
[4] Manchester United (13-8-5) vs [16] Sunderland (4-13-9) 11.00pm
[10] Stoke City (10-6-10) vs [15] Hull City (6-8-12) 11.00pm
[18] Burnley (4-10-12) vs [9] Swansea City (10-7-9) 11.00pm
[14] West Brom (6-9-11) vs [5] Southampton (14-4-8) 11.00pm
[11] Newcastle (8-8-10) vs [19] Aston Villa (5-7-14) 11.00pm
La Liga: [19] Granada (3-10-11) vs [2] Barcelona (18-2-4) 11.00pm
Bundesliga: [12] B. Dortmund (7-4-11) vs [4] Schalke 04 (10-5-7) 10.30pm

Ahad (1 Mac)
[6] Liverpool (13-6-7) vs [2] Manchester City (16-7-3) 8.00pm
[3] Arsenal (14-6-6) vs [12] Everton (6-10-10) 10.05pm
La Liga: [5] Sevilla (14-3-7) vs [3] Atletico Madrid (17-2-5) 2.00am
La Liga: [1] Real Madrid (20-0-4) vs [6] Villarreal (13-5-6) 4.00am 
Serie A: [10] Torino (8-9-7) vs [3] Napoli (13-6-5) 3.45am

Isnin (2 Mac)
Serie A: [2] AS Roma (13-9-2) vs [1] Juventus (17-6-1) 3.45am

TIPS UNTUK GW27

Pemain on form ketika ini:
Sergio Aguero, Man City (3 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
David Silva, Man City (2 gol dan 1 assist dalam GW26, menjadikan 3 gol dan 1 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Samir Nasri, Man City (2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir) 
Edin Dzeko, Man City (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Olivier Giroud, Arsenal (3 gol dan 2 assist dalam 5 perlawanan terakhir) 
Santi Cazorla, Arsenal (3 gol dan 3 assist dalam 5 perlawanan terakhir)
Branislav Ivanovic, Chelsea (3 gol untuk tahun 2015 setakat ini) 
Raheem Sterling, Liverpool (2 gol dan 1 assist dalam 4 perlawanan terakhir) 
Harry Kane, Man City (7 gol dan dalam 9 perlawanan terakhir) 
Nikica Jelavic, Hull (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir) 
Ben Foster, West Brom (2 cleansheet dalam 2 perlawanan terakhir) 
Dame N'Doye, Hull (2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir) 


Awas, untuk perhatian:
Wayne Rooney, Man Utd (terus dalam kemarau jaringan dalam 8 perlawanan terakhir walaupun dalam GW26 bermain sebagai penyerang)

Graziano Pelle, Southampton (sudah 9 perlawanan liga berturut-turut tak dapat nak jaring gol atau buat assist.


Pasukan pilihan untuk GW27 (untuk pemain EPL sahaja): Formasi 1-3-4-3

Penjaga Gol: David de Gea (David Forster)
Pertahanan: Aaron Cresswell, Kieran Trippier, Nacho Monreal (Martin Skrtel)
Midfield: David Silva, Phillipe Coutinho, Angel di Maria, Stewart Downing (Mezut Ozil)
Penyerang: Alexis Sanchez, Saido Berahino, Diafra Sakho (Dame N'Doye)
Kapten disyorkan: Alexis Sanchez, David Silva, Sergio Aguero, Danny Ings.

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!!

**Sila share pandangan dan pendapat anda jika ada di ruangan komen. 

P/S: Bonus transfer code untuk GW27 adalah JORD14LBA dan euro code adalah 99M0DR1C.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com