Azam Baru untuk Tahun 2012

Leave a Comment
Selamat tahun baru 2012 sekali lagi kepada pengunjung blog saya ni. Tiga empat hari ni selepas tahun baru dan balik dari bercuti ni, agak sibuk dengan urusan kerja.

Ok lah, pendek cerita, seperti yang saya cakap hari tu, berikut adalah azam saya untuk tahun 2012:

Memperbaiki diri sendiri – banyak yang perlu diperbaiki dalam diri ini, yang paling utama adalah untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat, serta kepada ibu dan bapa.

Lebih serius ber-bloging – ini projek penting untuk tahun 2012, nak menjayakan dan lebih serius berblog. Harap-harap ramai akan lebih mengenali dan mengikuti perkembangan blog saya ni.

Tambah Anak – memang teringin sangat nak timang anak yang kedua dan rasanya masa pun dah sesuai untuk tambah seorang lagi tahun. Tapi kemungkinan besar mungkin lahir tahun 2013, sebab target confirm dapat hujung tahun ini saja.

Beli rumah sendiri – ini impian saya dan isteri setelah berkahwin, perancangan kami selepas 2 tahun berkahwin, kami nak tinggal di rumah sendiri pula. Lagipun isteri saya pun dah dapat kerja di tempat baru, dan senanglah nak tetapkan lokasi mana nak beli rumah kami. Sekarang ni di tahun 2012 ni, kami kena rancang untuk merealisasikan impian ini.

Ada lagi azam yang lain sebenarnya, tapi yang atas ini adalah yang palingbesar dan paling penting.
Apapun, terima kasih atas sokongan dan perhatian semua kepada diri saya dan juga blog ini. Saya impikan tahun 2012 ini akan jadi tahun yang lebih bermakna buat saya dan serta keluarga. Saya berharap anda semua dapat mendoakan saya berjaya dalam tahun 2012 ini dan saya juga berdoa anda semua mendapat kejayaan dalam apa jua yang anda usahakan dalam tahun 2012. 
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com