Setelah berakhir pusingan separuh akhir EURO 2012 semalam, confirm sudah dua pasukan yang akan bertemu di Final di Kyiv, Ukraine pada 1 Julai nanti: SEPANYOL dan ITALI.
Kedua-dua pasukan melalui laluan yang berbeza dalam perlawanan separuh akhir masing-masing. Tapi yang pasti, Itali adalah pasukan yang mendapat lebih pujian dan perhatian dalam kemenangan mereka. Manakala Sepanyol menepati ramalan dan jangkaan ramai peminat dan pengkritik untuk layak ke Final.
Tahniah kepada pemain-pemain kedua pasukan, namun usaha masih belum berakhir lagi. Semoga pasukan terbaik muncul JUARA pada perlawanan akhir nanti.
P/S: pasukan pilihan saya di Final - Spain!!!