Liverpool meneruskan persembahan baik dalam pertandingan kalah mati, kali ini dengan melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir Piala FA Inggeris dengan mengalahkan Stoke City 2-1. Gol-gol Liverpool dijaringkan oleh penyerang sensasi Luis Suarez dan Stewart Downing. Semantara bekas pemain Liverpool, Peter Crouch menjaringkan gol tunggal untuk Stoke.
Walaupun kedudukan di dalam liga kurang memuaskan dan mengecewakan, tapi penyokong Liverpool dapat mengubati kekecewaan dengan aksi menarik dan bersemangat dalam pertandingan kalah mati untuk musim 2011/2012 ini. Dengan League Cup dah dalam tangan, tumpuan minggu ini adalah untuk memastikan satu lagi piala menjadi milik Liverpool – FA CUP.
Selepas perlawanan malam tadi impian final masih diteruskan, dengan musuh tradisi setempat Everton atau Sunderland mungkin menjadi lawan di peringkat Separuh Akhir bulan depan di Stadium Wembley. Chelsea atau Tothenham Hotspur/Bolton pula adalah lawan bagi satu lagi perlawanan separuh akhir, dan pemenang menjadi halangan terakhir untuk menjulang piala FA di Final nanti.
Namun begitu, aksi suku akhir minggu ini suram dan dikejutkan dengan berita pemain Bolton Wanderer, Fabrice Muamba (23 tahun), rebah dan mengalami masalah jantung ketika beraksi bertemu Tothenham di Stadium White Hart Line. Perlawanan suku akhir ini dibatalkan setelah 41 minit perlawanan berlangsung akibat peristiwa tak terduga ini. Muamba ketika ini dalam keadaan kritikal dan semoga beliau akan selamat dan pulih nanti.
Lineup vs Stoke City: Reina, Kelly (Coartes), Carragher, Skrtel, Enrique, Spearing, Gerrard [C], Maxi (Kuyt), Downing, Suarez (Henderson), Carroll.