Prediction untuk EPL Season 2015/16

Leave a Comment


HERE WE GO AGAIN!!!

Hujung minggu ini akan  bermula kembali musim Barclay English Premier League (BEPL) untuk musim yang baru. Mungkin ada yang tak sabar nak tunggu perlawanan pertama kan?

Tahun ini dijangka persaingan akan bertambah menarik. Faktor utamanya saya nampak adalah kerana kesemua pasukan dalam EPL bertambah kukuh kewangan mereka oleh kerana kontrak media EPL yang baru. Biasanya kita boleh nampak pasukan besar berbelanja besar, namun pasukan lebih kecil dan bawahan juga mampu beli pemain dengan bayaran perpindahan yang agak besar.

Empat pasukan teratas musim lepas dijangka akan terus memonopoli kelompok 4 tempat teratas. Cuma siapa yang bakal menang liga bakal lebih sengit, kerana jurang dan kekuatan pasukan yang semakin kecil. Jika tahun lepas kebanyakan orang tepat dalam ramalan mereka yang Chelsea bakal juara, namun Chelsea, walaupun masih favorite, tapi Arsenal, Man United dan Man City dijangka ada peluang untuk merebut kejuaraan.

Liverpool, Tottenham dan Southampton adalah satu kelompok selepas kelompok empat teratas ini. Jurang mereka dengan 4 pasukan ini adalah lebar dan peluang untuk pasukan ini mencelah masuk ke top 4 elit ini adalah agak kecil.

Berikutnya pasukan seperti Everton, Stoke City, Swansea dan Crystal Palace, yang saya jangka bersaing untuk melengkapkan top-half liga. Stoke City paling menarik tumpuan dengan pembelian pemain baru yang dijangkakan menambah kekuatan pasukan. Pasukan ini mempunyai peluang untuk saya ramal pasukan yang bakal buat kejutan (season’s surprise team).

Selebihnya, West Brom, West Ham, Aston Villa, Sunderland, Newcastle dan Leicester City; akan berjuang untuk berada paling atas dalam saingan bottom-half liga. Saya jangka salah satu dari pasukan ini akan tersingkir ke liga bawahan dan satu pasukan mencabar untuk berada di kelompok atas liga.

Pasukan baru musim ini, Bournemouth, Norwich City dan Watford, pastinya calon favourite untuk tersingkir (relegation). Bagi saya, Bournemouth akan terselamat dan pasukan kedua yang saya ramal selepas Stoke City yang bakal mengejutkan ramai pihak dengan prestasi mereka.

Kesimpulan utama, saya rasa musim ini akan lebih menarik dari musim lepas. Lebih banyak pasukan bakal bersaing untuk merebut kejuaraan liga dan mutu saingan akan bertambah baik. Jangan anggap bila lawan pasukan bawahan pasukan boleh menang yea!!!

Berikut adalah ringkasan prediction saya untuk EPL musim 2015/16:
  1. Chelsea
  2. Arsenal
  3. Manchester United
  4. Manchester City
  5. Liverpool
  6. Southampton
  7. Tottenham Hotspurs
  8. Stoke City
  9. Crystal Palace
  10. West Brom
  11. Everton
  12. Swansea City
  13. West Ham
  14. Newcastle
  15. Aston Villa
  16. Bournemouth
  17. Sunderland
  18. Leicester City
  19. Watford
  20. Norwich City

Apa ramalan anda pula??

Jangan malu, jangan segan, sila tulis di ruangan komen. Bila habis liga nanti kita tengok kembali dan bandingkan siapa yang paling tepat dan siapa yang tidak. Jom ramai-ramai!!

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com