Hari dinantikan telah tiba akhirnya.. Dah lebih 2 bulan "cuti" tengok bola, sekarang dah dapat semula "demam bola" seperti selalu.
Yup, musim baru Barclays English premier League (EPL) 2013/2014 sudah bermula pada Sabtu lepas. Yang menariknya, Anfield adalah venue untuk perlawanan pertama musim baru ini!
Kalau anda perasan, banyak jugalah event untuk sambut perlawanan pertama musim ini. Jadi secara tak langsung Liverpool menjadi tumpuan semua peminat EPL, walaupun mungkin bukan semua yang tengok perlawanan Liverpool vs Stoke City hari tu.
Review: Liverpool vs Stoke City
Tidak mengecewakan (walaupun hampir-hampir frust jugaklah), Liverpool menunjukkan aksi yang cemerlang untuk menang perlawanan pertama dengan kemenangan tipis 1-0. Daniel Sturridge menjaringkan gol kemenangan dan sekaligus penjaring gol pertama untuk musim baru ini.
Keseluruhannya, Liverpool bermain baik dan menguasai perlawanan. Banyak peluang untuk menjaringkan gol telah dilakukan, tapi hanya satu gol saja yang berjaya dihasilkan. Dalam pemerhatian saya, faktor penyudah dan nasib (2 kali kena tiang gol) sedikit sebanyak menyumbang kepada kegagalan untuk menjaring lebih gol.
Stoke menunjukkan aksi yang baik juga, menggunakan kelebihan fizikal pemain-pemain mereka untuk memberi tekanan kepada pemain Liverpool, terutamanya ketika set-piece. Seperti yang diketahui dari musim lepas, pertahanan Liverpool masih lagi gugup bila dalam set-piece, lebih-lebih lagi diasak oleh pemain yang tinggi dan lebih kuat fizikal.
Dari situasi set-piece inilah juga, Stoke hampir menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan, dan juga hampir menjaring gol awal, tapi dihalang oleh palang gol.
Saat penting perlawanan berlaku 2 minit sebelum tamat perlawanan, bila Daniel Agger tertampan bola dengan tangan (juga dari keadaan set-piece) dan pengadil telah memberi sepakan penalti kepada Stoke. Nasib baik menyebelahi Liverpool kali ini, penjaga gol Simon Mignolet berjaya menyelamat penalti dan percubaan susulan selepas itu.
Dengan kemenangan dalam perlawanan ini, dapatlah memberi semangat dan keyakinan untuk perlawanan berikutnya. Liverpool harus membina momentum dari kemenangan ini untuk membaiki persembahan. Beberapa aspek permainan perlu dibaiki dan dimantapkan, harap-harap ada pemain baru yang berjaya dibeli Liverpool.
Star Online EPL Fantasy Football
Memang ada banyak game atau pertandingan fantasy football kat dalam internet, tapi yang ini lain sikit sebab asalnya dari negara sendiri. Rasanya ini adalah kali pertama The Star buat pertandingan macam ini dengan kerjasama syarikat SenQ. Hadiah pun boleh tahan juga.
Untuk saya, hadiah bukan perkara pertama untuk join permainan ini, tapi lebih kepada semangat dan untuk lebih memeriahkan musim EPL. Taklah sekadar tengok bola saja hujung minggu, tapi kali ini boleh rancang dan atur pemain pilihan yang kita jangka akan menyerlah untuk perlawanan berikutnya.
Kalau dapat tempat atau ranking teratas boleh bangga sikit dengan pengetahuan bola kita selama ini kan. Minggu pertama ini, pasukan saya bermula dengan baik jugalah, dapat 36 mata, sekarang ini ada di tangga 553 dari 3725 pasukan.
OKlah, jom sama-sama sertai pertandingan "The Star Online - SenQ Fantasy Premier League".
P/S: sapa-sapa nak jemput untuk pasukan saya join mini league dia, dipersilakan, kalau berani.. hehehe..
0 comments:
Post a Comment