Hujung minggu yang lepas, dengan rasminya saya dah boleh ber-internet kat rumah. Untuk tujuan berbisnes, saya membuat keputusan melanggan perkhidmatan Streamyx dari TM. Kenapa Streamyx je? Sebab bajet yang tak mengizinkan untuk saya ambil pakej UNIFI.
Apapun, selepas selesai pasang, apabila test tengok line, tak ada complain sangatlah. Walaupun tidak sehebat pakej UNIFI, tapi kelajuan dia memang memuaskan, untuk setakat dua hari ini. Harap-harap tak ada masalah besar selepas ini.
Terima kasih pada technician TM yang dengan jayanya memasang talian di rumah saya. Hargai sangat-sangat kerjasama dan jasa baik beliau untuk datang servis waktu hujung minggu, sebab kami tak dapat ada pada waktu kerja.
Bolehlah selepas ini buat “projek” yang dirancangkan dan diimpikan selama ini.
0 comments:
Post a Comment