Akhirnya sudah sah pemain berasal dari Itali ini menjadi pemain pertama yang dibeli oleh Liverpool untuk musim 2012/13 akan datang ini. Borini juga menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh pengurus baru Liverpool, Brendan Rodgers.
Secara jelasnya, Rodgers mengambil langkah selamat dengan membeli pemain yang pemain dia pernah latih dan tahu corak persembahannya sebelum ini. Borini telah 2 kali bermain untuk untuk Rodgers di dalam pasukan simpanan Chelsea dan juga pasukan Swansea (secara pinjaman).
Rodgers melahirkan rasa gembira setelah berjaya memperoleh pemain ini secara sah, dan menjangkakan Borini bakal menjadi pemain yang bakal menyinarikan Anfield untuk musim baru ini. Begitulah yang diharapkan, kerana ramai dapat lihat Rodgers mencari pemain yang sesuai dengan taktik dan corak permainan yang ingin diperkenalkan dalam pasukan Liverpool.
Borini akan memakai jersi number 29 dalam pasukan Liverpool dan dijangka akan bergandingan dengan Luis Suarez di barisan hadapan. Dengan kehadiran Borini, kini tanda tanya terarah pada Andy Carroll, yang dikhabarkan telah menarik minat beberapa pasukan lain. Ini kerana Carroll dijangka mungkin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama berdasarkan taktikal kegemaran pungurus baru Liverpool itu.
0 comments:
Post a Comment