EURO 2012 – Final: Sepanyol vs Itali

Leave a Comment


Setelah berakhir pusingan separuh akhir EURO 2012 semalam, confirm sudah dua pasukan yang akan bertemu di Final di Kyiv, Ukraine pada 1 Julai nanti: SEPANYOL dan ITALI.



Kedua-dua pasukan melalui laluan yang berbeza dalam perlawanan separuh akhir masing-masing. Tapi yang pasti, Itali adalah pasukan yang mendapat lebih pujian dan perhatian dalam kemenangan mereka. Manakala Sepanyol menepati ramalan dan jangkaan ramai peminat dan pengkritik untuk layak ke Final.

Tahniah kepada pemain-pemain kedua pasukan, namun usaha masih belum berakhir lagi. Semoga pasukan terbaik muncul JUARA pada perlawanan akhir nanti.
  
  
 P/S: pasukan pilihan saya di Final - Spain!!!
  

EURO 2012 – Quarter Final Review

Leave a Comment


Akhirnya dengan penyingkiran England, lengkap sudah 4 pasukan yang akan meneruskan aksi di peringkat Semi Final nanti. 4 pasukan itu adalah Portugal, Jerman, Sepanyol dan Itali.

Ternyata semua pasukan yang layak pada pendapat saya adalah 4 pasukan tebaik kejohanan kali ini. Pada awal sebelum perlawanan pertama bermula, saya jangkakan Belanda dan Russia boleh mara ke Semi Final, tapi kedua pasukan telah menunjukkan aksi yang mengecewakan, terutamanya pasukan Belanda.

England – pasukan favourite ramai orang di Malaysia yang lebih banyak menonton dan mengikuti aksi EPL, boleh dikatakan melepasi jangkaan awal ramai pengkritik yang menjangkakan akan sukar ke peringkat kalah mati. Tapi malangnya, persembahan yang baik di peringkat kumpulan gagal dipersembahkan ketika menentang Itali di Suku Akhir semalam. Kesudahannya – England tewas melalui penentuan sepakan penalty 4-2.

Dari 4 pasukan ini, Sepanyol sekali lagi menjadi pasukan tumpuan dan jangkaan ramai untuk muncul juara, kemungkinan besar bertemu Jerman di perlawanan akhir. Pasukan Jerman menunjukkan betapa skuad mereka memiliki kekuatan pemain simpanan yang hebat, apabila mampu merehatkan 3 pemain utama ketika menundukkan Greece. Jika dua pasukan ini layak ke akhir, ini adalah “Dream Final” untuk semua peminat bola di seluruh dunia.

Namun begitu, Portugal dan Itali memiliki senjata tersendiri untuk mengejutkan dua pasukan pilihan itu. Portugal dengan Cristiano Ronaldo-nya dan Itali dengan pertahanan kentalnya. Pastinya taktik utama kedua pasukan ini di Semi Final nanti adalah bertahan dan menyerang balas melalui counter-attack.

Siapakah yang akan jadi Juara tahun ini? Kita tunggu Final pada 1 Julai nanti..


 
P/S: Euro tahun ni tak dapat tahan nak tengok game awal pagi, sebab terlalu penat yang amat… :(
 

Euro 2012 - Pusingan Suku Akhir

Leave a Comment
 
As-Salam,

Dah lama tak post apa-apa, hari ini saja dah post 2 kali ek. (hehehe…)

OK-lah, sempena musim bola EURO 2012, blog ini tak ketinggalan (walaupun dah ketinggalan sebenarnya, ni yang kali pertama) untuk komen tentang pertandingan ini.

Malam ini dah masuk perlawanan kedua dalam pusingan suku akhir. Kelmarin Portugal telah muncul sebagai pasukan pertama yang layak ke separuh akhir EURO 2012 apabila menewaskan Czech Republik dengan jaringan 1-0. Cristiano Ronaldo menjadi wira Portugal dengan menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Portugal.

Berikut adalah 3 lagi perlawan suku akhir yang akan berlangsung selepas ini.

kredit pic: BeritaHarian online
 
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan ini, terbaik di Saluran HD ASTRO 845.

Prediction for tonight game: Germany 2 Greece 0

P/S: Rumah dah ada saluran HD, barulah best tengok EURO 2012… ;) 
  

Update pertama untuk bulan Jun

Leave a Comment


Sebulan lebih dah berlalu selepas post saya yang terakhir, nampaknya susah juga nak maintain blog ni. Tambah pula masih baru nak jadi seorang blogger ni, masih tercari-cari ‘rentak’ dan identiti sendiri.Bagi saya, penting untuk ada identity sendiri, barulah blog kita ini jadi unik dan ada tarikannya, buat apa kita nak jadi klon. Seperti saya cakap dalam post awal saya dulu, saya nak jadikan blog ini sebagai presentasi diri saya di dunia maya ini.

Mungkin lepas ini lebih banyak post yang melibatkan bolasepak dalam blog ini, seperti yang dah di-post sebelum ini. Selain itu, akan ada post yang berkait dengan perkara-perkara yang dekat dan menarik perhatian saya. Semoga kita sama-sama dapat manafaat yang berguna dari apa yang dikongsi di blog ini.

Baiklah, jom terus berusaha, doakan saya lebih berjaya dan terus bertahan dalam ber-blog ni.

   

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com