Akhirnya dengan penyingkiran England, lengkap sudah 4 pasukan yang akan meneruskan aksi di peringkat Semi Final nanti. 4 pasukan itu adalah Portugal, Jerman, Sepanyol dan Itali.
Ternyata semua pasukan yang layak pada pendapat saya adalah 4 pasukan tebaik kejohanan kali ini. Pada awal sebelum perlawanan pertama bermula, saya jangkakan Belanda dan Russia boleh mara ke Semi Final, tapi kedua pasukan telah menunjukkan aksi yang mengecewakan, terutamanya pasukan Belanda.
England – pasukan favourite ramai orang di Malaysia yang lebih banyak menonton dan mengikuti aksi EPL, boleh dikatakan melepasi jangkaan awal ramai pengkritik yang menjangkakan akan sukar ke peringkat kalah mati. Tapi malangnya, persembahan yang baik di peringkat kumpulan gagal dipersembahkan ketika menentang Itali di Suku Akhir semalam. Kesudahannya – England tewas melalui penentuan sepakan penalty 4-2.
Dari 4 pasukan ini, Sepanyol sekali lagi menjadi pasukan tumpuan dan jangkaan ramai untuk muncul juara, kemungkinan besar bertemu Jerman di perlawanan akhir. Pasukan Jerman menunjukkan betapa skuad mereka memiliki kekuatan pemain simpanan yang hebat, apabila mampu merehatkan 3 pemain utama ketika menundukkan Greece. Jika dua pasukan ini layak ke akhir, ini adalah “Dream Final” untuk semua peminat bola di seluruh dunia.
Namun begitu, Portugal dan Itali memiliki senjata tersendiri untuk mengejutkan dua pasukan pilihan itu. Portugal dengan Cristiano Ronaldo-nya dan Itali dengan pertahanan kentalnya. Pastinya taktik utama kedua pasukan ini di Semi Final nanti adalah bertahan dan menyerang balas melalui counter-attack.
Siapakah yang akan jadi Juara tahun ini? Kita tunggu Final pada 1 Julai nanti..
P/S: Euro tahun ni tak dapat tahan nak tengok game awal pagi, sebab terlalu penat yang amat… :(
0 comments:
Post a Comment