Sebulan lebih dah berlalu selepas post saya yang terakhir, nampaknya susah juga nak maintain blog ni. Tambah pula masih baru nak jadi seorang blogger ni, masih tercari-cari ‘rentak’ dan identiti sendiri.Bagi saya, penting untuk ada identity sendiri, barulah blog kita ini jadi unik dan ada tarikannya, buat apa kita nak jadi klon. Seperti saya cakap dalam post awal saya dulu, saya nak jadikan blog ini sebagai presentasi diri saya di dunia maya ini.
Mungkin lepas ini lebih banyak post yang melibatkan bolasepak dalam blog ini, seperti yang dah di-post sebelum ini. Selain itu, akan ada post yang berkait dengan perkara-perkara yang dekat dan menarik perhatian saya. Semoga kita sama-sama dapat manafaat yang berguna dari apa yang dikongsi di blog ini.
Baiklah, jom terus berusaha, doakan saya lebih berjaya dan terus bertahan dalam ber-blog ni.
0 comments:
Post a Comment