Hari ini akan berlangsung separuh akhir pertama Piala FA Inggeris antara Liverpool dan Everton (jam 7.25 malam waktu Malaysia). Perlawanan ini dijangka akan menarik kerana kedua pasukan ini adalah musuh tradisi setempat, apatah lagi setiap pertemuan kedua pasukan ini dipanggil “Merseyside derby” kerana kedua pasukan ini berasal dari bandar yang sama – Liverpool.
Kalau nak dilihat dari prestasi semasa, Everton nampak jauh lebih baik dari Liverpool. Everton telah menang dalam 5 perlawanan terakhir liga mereka, manakala Liverpool hanya menang 2 kali dari 9 perlawanan liga terakhir mereka. Everton juga telah berjaya memintas Liverpool dalam kedudukan liga dalam 2 perlawanan terakhir, kini mendahului 1 mata di hadapan dengan menduduki tempat ke-7.
Sudah tentu tekanan yang lebih besar pasti dilihat lebih kepada pasukan Liverpool, dengan pemain diharap dapat memperbaiki persembahan hambar dan tidak konsisten mereka sejak akhir-akhir ini. Tapi oleh sebab keputusan dalam pertandingan kalah mati ini sukar untuk diduga, pemerhati lebih menjangkakan Liverpool akan berjaya layak ke perlawanan akhir untuk kali kedua musim ini.
Saya juga mengharapkan Liverpool dapat member persembahan bersungguh-sungguh dalam perlawanan separuh akhir ini, untuk peminat mereka seluruh dunia. Ini juga untuk membuktikan kemenangan League Cup bulan Mac lalu tidak sekadar nasib sahaja. Dan sudah pasti Piala FA ini adalah lebih besar berbanding dengan Piala Liga yang dimenangi sebelum ini.
Liverpool akan kehilangan 2 penjaga gol utama mereka dalam perlawanan ini, jadi Brad Jones akan diturunkan. Selain kecederaan kepada Lucas dan Charlie Adam, Martin Kelly mungkin masih belum pulih sepenuhnya. Gerrand, Suarez dan beberapa pemain lain yang direhatkan dalam perlawanan dengan Blackburn, dijangka akan diturunkan semula.
Barisan Kemungkinan LIVERPOOL FC : Jones, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Spearing, Gerrard, Henderson, Downing, Kuyt, Suarez. Sub: Gulacsi, Coates, Shelvey, Maxi, Aurelio, Carragher, Carroll.
My Prediction: Liverpool 2 Everton 1
Untuk ESPN preview boleh klik di sini.
0 comments:
Post a Comment