Sudah pasti kini, final Piala FA Inggeris tahun 2011/2012 akan menemukan pasukan Liverpool dan Chelsea. Pertemuan antara dua pasukan gergasi England ini pasti akan menarik perhatian ramai dan sekaligus menepati prestij perlawanan akhir tahun ini.
Tahniah kepada pasukan Liverpool yang layak ke perlawanan akhir dengan mengalahkan pasukan musuh setemmpat Everton dengan jaringan 2-1 (seperti yang diduga oleh saya dalam preview). Manakala Chelsea pula menewaskan pasukan Tothenham dengan jaringan besar 5-1 (dibantu oleh gol hantu).
Dalam perlawanan separuh akhir hari Sabtu itu, Liverpool tak menunjukkan persembahan yang menyakinkan pada separuh masa pertama, dan ketinggalan dengan jaringan Nikica Jelavic pada minit ke 24. Gol yang dijaringkan hasil kesilapan pertahanan Liverpool yang pada mulanya teragak-agak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Namun Everton melakukan kesilapan tersendiri, apabila pemain pertahanannya, Sylvian Distin melakukan hantaran belakang yang pendek dan sekaligus disambar oleh Luis Suarez untuk menjaringkan gol penyamaan. dari gol itu Liverpool mendapat rentak dan berjaya menjaringkan gol kemenangan hasil tandukan Andy Carroll 4 minit sebelum tamat perlawanan.
Pastinya cabaran lebih besar menanti Liverpool untuk melengkapkan "cup double" tahun ini. Chelsea pastinya memberikan tentangan yang lebih sengit berbanding Everton di perlawanan akhir nanti.
Apapun, Liverpool beraksi di luar jangkaan pada pertandingan kalah mati tahun ini, harapan masih ada dan dari segi kemampuan memang Liverpool mampu meraih piala ini dengan usaha sendiri dan bukan nasib.
0 comments:
Post a Comment