BPL 2015/16: Game Week 03 Preview

Leave a Comment

Apa khabar & hola bola!!!

OK, bertemu lagi untuk preview untuk EPL minggu ke-3 (GW03).

Minggu ini, La Liga dan Serie A akan memulakan perlawanan liga pertama mereka. Bundesliga actually dah pun mula last week (saya terlepas pandang yang ini). Jadi, bagi mereka yang belum menggunakan Euro code mereka, ada peluang pilih satu pemain dari 3 liga utama ini.

Musim kali ini lebih menarik, sebabnya 2 pemain terbaik dunia – Lionel Messi dan Cristano Ronaldo, telah diletakkkan antara pemain yang boleh dipilih. Musim lepas, kedua pemain ini tak ada, walaupun saya pasti ramai yang request pihak penganjur masukkan dua pemain ini.

Walaupun saya tak berapa gemar ‘feature’ ini dalam liga fantasi MYEG Stadium Astro ini, tapi bila dah ada dan dibenarkan pilih, buat apa nak lepaskan peluang kan? Dua pemain ini saya rasa pasti akan jadi pilihan utama ramai ‘manager’ dalam team mereka dan jadi kapten. Maklumlah, lubuk mata besar.

Kembali kita ke liga EPL. Minggu ini saya buat review lebih ringkas sikit.

Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini dan prediction keputusan perlawanan:

Sabtu (22 Ogos)

Manchester United vs Nescastle (7.45pm) Prediction: ManU 3 Newc 1
West Ham vs Bournemouth (10pm) Prediction: WesH 1 Bour 1
Sunderland vs Swansea City (10pm) Prediction: Sund 0 SwaC 1
Norwich City vs Stoke City (10pm) Prediction: NorC 1 StoC 2
Leicester City vs Tottenham (10pm) Prediction: LeiC 2 Toth 2
Crystal Palace vs Aston Villa (10pm) Prediction: CPal 2 AstV 1

Ahad (23 Ogos)

West Brom vs Chelsea (8.30pm) Prediction: WesB 0 Chel 2
Watford vs Southampton (11pm) Prediction: Watf 1 Sout 2
Everton vs Manchester City (11pm) Prediction: Ever 1 ManC 1

Isnin (24 Ogos)

Arsenal vs Liverpool (3am Selasa) Prediction: Arse 0 Livp 0


Fantasy team pick of Gameweek 3 (formation 3-4-3):

Goalkeeper: Alex McCarthy
Defender: Vincent Kompany, Cedric Kouyate, Chris Smalling.
Midfield: Memphis Depay, Davis Silva, Yohan Cabaye, Dimitri Payet.
Striker: Sergio Aguero, Harry Kane, Befetembi Gomis.
Substitute: Sergio Romero, Kyle Noughton, Ross Barkley, Diafra Sakho.
Euro Code pick: Lionel Messi, Cristiano Ronaldo.


**Ada sebarang komen dan pandangan, sila share yer!!

P/S: Bonus code dan Euro Code untuk minggu ini adalah SANCHEZ65 dan LUKAKU38.

BPL 2015/16: Game Week 02 Preview

Leave a Comment
Apa khabar semua!!

Minggu kedua dah masuk. Nampaknya ramalan saya minggu lepas ada yang kena dan ada yang tak tepak langsung. Saya harap anda tak tengok ramalan jaringannya, sebab memang tak ada yang tepat. At least ramalan saya siapa yang bakal menang dan perlawanan yang seri ada yang betul juga.

Ini terus membuktikan liga EPL musim ini bakal meneruskan pola "unpredictibility"nya sepertimana musim lepas. Ada yang kita jangka akan menang mudah, alih-alih seri atau takpun kalah mengejut (see Arsenal-West Ham).

Untuk minggu ini pula, semalam sebenarnya ada satu perlawanan, yang mana Manchester United telah menewaskan Aston Villa dengan 1-0 (jaringan Adnan Januzaj, assist oleh Juan Mata). Saya agak tak ramai yang dapat mata besar dengan pilih dua pemain itu. Betul tak?

Jangan risau, Man United belum dapat rentak lagi tu. 

Berikut adalah prebiu dan ramalan saya untuk minggu kedua ini:

Sabtu (15 Ogos 2015)

Southampton vs Everton (7.45pm)
Kedua pasukan saya boleh katakan dikejutkan dan mengecewakan minggu lepas. Saya jangka boleh menang dengan lawan masing-masing, tapi seri saja. Minggu ini boleh saya jangka seri juga. Everton dijangka akan tanpa Leighton Baines untuk 3 bulan.
Prediction: Southampton 2 Everton 2
Fantasy Team Pick: Graziano Pelle, Cedric Soares, Dusan Tadic, Seamus Coleman, Ross Barkley.

Watford vs West Brom (10.00pm)
Perlawanan ini mungkin tidak menarik perhatian ramai peminat EPL. Watford bermain baik untuk seri dengan Everton minggu lepas manakala West Brom tewas kepada Man City. Jadi perlawanan ini sesuai untuk sesiapa yang nak pilih pilih pemain bajet rendah yang berpotensi sumbang mata baik.
Prediction: Watford 2 West Brom 1
Fantasy Team Pick: Allan Nyom, Miguel Layun, Troy Deeney, Rickie Lambert, Chris Brunt, James Morrison.

Sunderland vs Norwich (10.00pm)
Satu lagi perlawanan kurang tumpuan, sesuai untuk masukkan beberapa pemain bajet dalam pasukan anda. Sunderland berpeluang besar kutip mata pertama musim ini.
Prediction: Sunderland 3 Norwich 1
Fantasy Team Pick: Jermain Defoe, Jeremain Lens, Nathan Redmond, Alan Tettey.

Tottenham vs Stoke City (10.00pm)
Dua pasukan yang beraksi baik minggu lepas tapi tak dapat apa-apa. Saya jangka minggu ini salah satu pasukan akan putih mata juga. Stoke berpotensi melakukan kejutan minggu ini.
Prediction: Tottenham 2 Stoke 3
Fantasy Team Pick: Harry Kane, Christian  Eriksen, Danny Rose, Glen Johnson, Mame Biram Diouf, Charlie Adam.

West Ham vs Leicester City (10.00pm)
Perlawanan ini pula akan membabitkan 2 pasukan yang melakukan kejutan terbesar di GW01. West Ham terbaik dengan menewaskan Arsenal di tempat lawan, Leicester pula menang dengan dengan jaringan besar. Kali ini saya jangka West Ham akan teruskan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos.
Prediction: West Ham 2 Leicester 0
Fantasy Team Pick: Dimitri Payet, Carl Jenkinson, Cedric Kouyate, Adrian, Riyad Mahrez, Mark Abrighton.

Swansea City vs Newcastle United (10.00pm)
Kedua pasukan ini akan meneruskan rentak low profile mereka dan bermain dengan baik untuk sekurangnya satu mata lagi minggu ini. Masing-masing baik di bahagian serangan dan ada sedikit goyah di bahagian pertahanan. Siapa yang buat kesilapan bakal terima nasib buruk.
Perdiction: Swansea 1 Newcastle 1
Fantasy Team Pick: Befetembi Gomis, Jonjo Shelvey, Gylfi Sigurdsson, Giorginio Wijnaldum, Daryl Janmaat.

Ahad (16 Ogos 2015)

Crystal Palace vs Arsenal (8.30pm)
Arsenal bakal diuji lagi dengan ujian pasukan yang sukar dijangka. Palace kebal di tempat sendiri dengan pertahanan yang baik. Barisan serangan Palace juga banyak improve dengan adanya Johan Cabaye. Alexis Sanchez pula tak dapat nak rehat lebih dan perlu turun untuk menyelamatkan Arsenal daripada dimalukan lagi. 
Prediction: Crystal Palace 1 Arsenal 1
Fantasy Team Pick: Yohan Cabaye, Jason Puncheon, Alexis Sanchez, Thoe Walcott

Manchester City vs Chelsea (11.00pm)
'BIG GAME' minggu ini!!! Semua saya pasti akan tengok perlawanan ini. Seperti yang saya jangka, Chelsea masih struggle nak cari rentak permainan. Man City pula agak mantap dalam perlawanan pertama. Dijangka Man City bakal beri Chelsea kekalahan pertama musim ini.
Prediction: Man City 2 Chelsea 1
Fantasy Team Pick: Yaya Toure, Davis Silva, Sergio Aguero, Cesc Fabregas, Eden Hazard.

Isnin (17 Ogos 2015)

Liverpool vs Bournemouth (3.00am *pagi Selasa)
Liverpool kena menang perlawanan ini untuk cover perlawanan akan datang yang akan sukar. Masih tercari barisan terbaik namun ada sikit hint dari last 25 minit dari perlawanan minggu lepas. Bournemouth tak diberikan harapan besar, tapi jangan pandang rendah sangat, takut nanti dapat kejutan besar.
Prediction: Liverpool 3 Bournemouth 0
Fantasy Team Pick: Phillippe Coutinho, Roberto Firmino, Joe Gomez, Matt Ritchie, Max Gradel.

**Ada sebarang komen dan pandangan, sila share yer!!

P/S: Bonus code dan Euro Code untuk minggu ini adalah ROONEY99 dan LUKAKU38.

BPL 2015/16: Game Week 01

3 comments



Ola Bola!!

Selamat kembali para peminat bola English Premier League (EPL)!!

Sudah lama bercuti dan recharge your battery untuk musim baru??

Musim baru dan coverage untuk game week akan diteruskan di blog Abang Long. Cuma mungkin dengan format yang berlainan, lebih ringkas tapi senang diikuti. Harap-harap dapat memberi sedikit info dan tips kepada peminat bola sekalian.

Jom tengok senarai perlawanan pada minggu ini dan fakta menarik berkenaan perlawanan itu:

Sabtu (8 Ogos 2015)

Manchester United vs Totthenham Hotspurs (7.45pm)
Perlawanan pertama musim ini, permulaan yang menarik. Harry Kane vs Wayne Rooney, siapa yang boleh menjaringkan gol?
Prediction: Man Utd 3 Spurs 1
Fantasy team pick: Memphis Depay, Wayne Rooney, Ashley Young, Harry Kane.

Everton vs Watford (10.00pm)
Persediaan Everton agak sederhana untuk musim baru, kesebelasan hampir sama berbanding musim lepas. Watford memperkuatkan barisan utama menghadapi pasukan yang kekal di liga. Persoalan mampukah pemain baru, dan jurulatih baru, menyesuaikan diri dengan pantas.
Prediction: Everton 2 Watford 0
Fantasy team pick: Romelu Lukaku, Seamus Coleman, Leighton Baines, Ross Barkley, Troy Deeney

Bournemouth vs Aston Villa (10.00pm)
Aksi pertama untuk juara liga Championship dinantikan kerana ramai yang menjangkakan mereka antara pasukan yang mempunyai corak permainan menarik. Aston Villa kehilangan dua tonggak utama dan penggantinya kurang memberangsangkan penyokong mereka. Perlu menang untuk mengelakkan konfiden pemain dari terjejas.
Prediction: Bournemouth 1 Aston Villa 1
Fantasy team pick: Tyrone Ming, Matt Ritchie, Callum Wilson, Jordan Ayew.

Leicester City vs Sunderland (10.00pm)
Perlawanan paling kurang diberi perhatian ramai saya jangka. Kedua-dua pasukan favourite untuk relegation musim ini. Perlu dapatkan keputusan positif.
Prediction: Leicester 0 Sunderland 0
Fantasy team pick: Leonardo Ulloa, Jeffry Schlupp, Jermain Defoe, Jeremains Lens, Patrick van Aanholt.

Norwich City vs Crystal Palace (10.00pm)
Pasukan baru, dengan pengurus muda dan barisan pemain yang paling lemah dalam liga. Palace jadi lebih mantap selepas mengambil Alan Pardew sebagai pengurus. Musim ini barisan depan akan lebih kuat dengan adanya Yohan Cabaye.
Prediction: Norwich 0 Palace 2
Fantasy team pick: Nathan Redmond, Robbie Brady, Yohan Cabaye, Jason Puncheon, Yannick Bolasie, Joel Ward.

Chelsea vs Swansea City (12.30am)
Juara bertahan mulakan musim agak tempang tanpa Diego Costa. Beberapa pemain utama yang lain juga masih belum jumpa form untuk perlawanan pertama ini. Swansea tak kuatkan sangat barisan pemain musim ini, agak low profile. Sukar untuk jangkakan mereka menang perlawanan ini.
Prediction: Chelsea 1 Swansea 0
Fantasy team pick: Eden Hazard, Cesc Fabregas, Branislav Ivanovic, Thibaut Courtois, Befetembi Gomis.

Ahad (9 Ogos 2015)

Arsenal vs West Ham (8.30pm)
Arsenal dijangka berpeluang besar menang perlawanan pertama ini dengan form dan tahap konfiden pemain ketika ini. Tak ada yang menarik untuk diperkatakan untuk West Ham musim ini. Perlawanan pertama ini akan mengukur bagaimana peluang mereka untuk beberapa perlawanan akan datang.
Prediction: Arsenal 3 West Ham 0
Fantasy team pick: Aaron Ramsey, Mesut Ozil, Theo Walcott, Hector Bellerin, Peter Cech, Diafra Sakho, Dimirtri Payet, Aaron Cresswell.

Newcastle United vs Southampton (8.30pm)
Adakah jurulatih baru Newcastle, Steve McLaren mampu membawa pasukan ini beraksi lebih baik dari musim lepas? Kita tengok malam ini. Southampton seperti musim lepas, kehilangan beberapa lagi pemain utama, tapi seperti musim lepas juga, mereka menggantinya dengan pemain yang sama baik.
Prediction: Newcastle 1 Southampton 2
Fantasy team pick: Graziano Pelle

Stoke City vs Liverpool (11.00pm)
Stoke adalah salah satu pasukan bogey Liverpool. Rekod Liverpool dengan Stoke biasanya mixed. Ironinya perlawanan pertama adalah bersinambungan dari perlawanan terakhir musim lepas yang Liverpool kalah teruk dan dimalukan. Liverpool “baru” ini pastinya nak balas dendam!!
Prediction: Stoke 1 Liverpool 2
Fantasy team pick: Christian Benteke

Isnin (10 Ogos 2015)

West Brom vs Manchester City (3.00am)
Dua bekas penyerang Liverpool (Sterling dan Lambert) pasti rancang jaringkan gol dalam debut. Jangkaan peluang mereka melakukannya adalah tinggi.
Prediction: West Brom 2 Man City 2
Fantasy team pick: Rickie Lambert, Raheem Sterling, David Silva.

**SILA SHARE KOMEN ANDA UNTUK PERLAWANAN MINGGU INI!!
 

Prediction untuk EPL Season 2015/16

Leave a Comment


HERE WE GO AGAIN!!!

Hujung minggu ini akan  bermula kembali musim Barclay English Premier League (BEPL) untuk musim yang baru. Mungkin ada yang tak sabar nak tunggu perlawanan pertama kan?

Tahun ini dijangka persaingan akan bertambah menarik. Faktor utamanya saya nampak adalah kerana kesemua pasukan dalam EPL bertambah kukuh kewangan mereka oleh kerana kontrak media EPL yang baru. Biasanya kita boleh nampak pasukan besar berbelanja besar, namun pasukan lebih kecil dan bawahan juga mampu beli pemain dengan bayaran perpindahan yang agak besar.

Empat pasukan teratas musim lepas dijangka akan terus memonopoli kelompok 4 tempat teratas. Cuma siapa yang bakal menang liga bakal lebih sengit, kerana jurang dan kekuatan pasukan yang semakin kecil. Jika tahun lepas kebanyakan orang tepat dalam ramalan mereka yang Chelsea bakal juara, namun Chelsea, walaupun masih favorite, tapi Arsenal, Man United dan Man City dijangka ada peluang untuk merebut kejuaraan.

Liverpool, Tottenham dan Southampton adalah satu kelompok selepas kelompok empat teratas ini. Jurang mereka dengan 4 pasukan ini adalah lebar dan peluang untuk pasukan ini mencelah masuk ke top 4 elit ini adalah agak kecil.

Berikutnya pasukan seperti Everton, Stoke City, Swansea dan Crystal Palace, yang saya jangka bersaing untuk melengkapkan top-half liga. Stoke City paling menarik tumpuan dengan pembelian pemain baru yang dijangkakan menambah kekuatan pasukan. Pasukan ini mempunyai peluang untuk saya ramal pasukan yang bakal buat kejutan (season’s surprise team).

Selebihnya, West Brom, West Ham, Aston Villa, Sunderland, Newcastle dan Leicester City; akan berjuang untuk berada paling atas dalam saingan bottom-half liga. Saya jangka salah satu dari pasukan ini akan tersingkir ke liga bawahan dan satu pasukan mencabar untuk berada di kelompok atas liga.

Pasukan baru musim ini, Bournemouth, Norwich City dan Watford, pastinya calon favourite untuk tersingkir (relegation). Bagi saya, Bournemouth akan terselamat dan pasukan kedua yang saya ramal selepas Stoke City yang bakal mengejutkan ramai pihak dengan prestasi mereka.

Kesimpulan utama, saya rasa musim ini akan lebih menarik dari musim lepas. Lebih banyak pasukan bakal bersaing untuk merebut kejuaraan liga dan mutu saingan akan bertambah baik. Jangan anggap bila lawan pasukan bawahan pasukan boleh menang yea!!!

Berikut adalah ringkasan prediction saya untuk EPL musim 2015/16:
  1. Chelsea
  2. Arsenal
  3. Manchester United
  4. Manchester City
  5. Liverpool
  6. Southampton
  7. Tottenham Hotspurs
  8. Stoke City
  9. Crystal Palace
  10. West Brom
  11. Everton
  12. Swansea City
  13. West Ham
  14. Newcastle
  15. Aston Villa
  16. Bournemouth
  17. Sunderland
  18. Leicester City
  19. Watford
  20. Norwich City

Apa ramalan anda pula??

Jangan malu, jangan segan, sila tulis di ruangan komen. Bila habis liga nanti kita tengok kembali dan bandingkan siapa yang paling tepat dan siapa yang tidak. Jom ramai-ramai!!

Liverpool FC: Ramalan dan Harapan untuk BPL Musim 2015/16

1 comment




Come on the Reds!!!!

Musim baru untuk pasukan Liverpool FC (LFC) akan bermula pada hari Ahad ini bertemu Stoke City di tempat lawan. Masihkan anda ingat perlawanan terakhir yang LFC tewas besar dan dimalukan itu? Yup, itulah lokasi dan lawan yang sama untuk perlawanan pertama. Sungguh ironik.

Ini adalah peluang untuk pemain-pemain, terutamanya yang bermain dalam perlawanan itu, membalas dendam dan membuktikan mereka sudah melupakan pengalaman buruk itu dan memdapat semangat baru.

Dengan sokongan dari 7 pemain baru dan beberapa pemain muda yang meningkat naik, diharap LFC dapat menunjukkan prestasi dan konsistensi yang lebih baik dari musim lepas. Tiada siapa jangka LFC akan bermain dengan buruk dan merosot teruk pada musim lepas. Akibatnya musim ini, ramai yang tidak member harapan yang tinggi untuk pasukan tahun ini.

Senarai beberapa perlawanan awal yang sukar juga bakal menguji pemain dan terutamanya pengurus pasukan, Brendan Rodgers. Terselamat dan terus membimbing pasukan untuk musim ini, dia pastinya berada dalam pemerhatian rapat dari pihak pengurusan dan juga peminat. Silap percaturan alamatnya dia akan kehilangan kerja.

Saya harapkan LFC akan membaiki corak permainan dan bermain lebih baik. Barisan serangan telah ditambahbaik dengan pemain baru seperti Roberto Firmino dan Christian Benteke. Pengganti Steven Gerrard telah ditemui dengan adanya James Milner. Pertahanan bek kanan di-‘naiktaraf’ dengan pembelian Nathaniel Clyne. Pemain seperti Danny Ing dan Divock Origi akan menjadi backup dan option yang lebih baik di bahagian penyerang.

Selain itu, untuk pemain yang sedia ada, Phillipe Coutinho dijangkakan terus meningkat dan semakin baik. Ditambah dengan kemunculan Jordon Ibe, pemain muda dan menguja ramai dengan gelecekan dan corak permainan yang sukar dijangka (unpredictability).

Daniel Sturridge saya doakan cepat pulih dan lebih sukar cedera untuk musim ini. Bayangkan gandingannya dengan Benteke, disokong dengan Firmino dan Coutinho, pastinya barisan depan LFC akan digeruni pasukan lain.

Bahagian pertahanan pula, walaupun musim lepas adalah bahagian yang paling bermasalah, dijangka bertambah baik. Pemain baru seperti Clyne, Adam Bogdan dan Joe Gomez akan mengukuhkan barisan pertahanan. Siapapun yang akan dipilih bergandingan dengan Martin Skrtel, sama ada Dejan Lovren atau Mamadou Sakho, diharap akan lebih berkerjasama baik. Penjaga gol Simon Mignolet perlu mengekal prestasi tahun 2015 untuk member 4 pemain pertahanan di hadapanya lebih keyakinan.

Berikut adalah prediction saya untuk musim 2015/16:

Predicted Finished: Tempat ke-5, walaupun dalam hati jangkakan LFC tamatkan liga di tempat ke-3.

Penjaring terbanyak: Christian Benteke.

Pemain Terbaik Musim: James Milner.

Pemain Baru Terbaik: James Milner. Diharapkan Firmino cepat sesuaikan diri dan jadi pemain terbaik.

Pencapaian yang boleh dianggap memuaskan hati: LFC menunjukkan prestasi baik dan jitu. Jika itu berlaku, pastinya 4 teratas tidak mustahil. Selain itu menang salah satu saingan piala, paling bagus Piala Europa. Secara automatik akan dapat tempat dalam Champion’s League.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com