BPL GW25 Fantasy Football Tips Dan Review

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Apa khabar semua!

Dah bersedia untuk berjaga malam untuk tengok aksi pasukan anda?

Untuk sesetengah pasukan, bulan Februari ini akan membuatkan anda kena bangun lewat malam (pukul 3.45 pagi lebih tepat lagi) untuk terus setia kepada pasukan anda. Tak kiralah menang atau kalah, betul tak (termasuklah saya).
Dari aksi hujung minggu lepas (GW24), saya ada lihat kebanyakan pasukan menyimpan kekuatan dan buat persediaan untuk perlawanan pertengahan minggu ini. Ini sama ada membuat rotation atau menukar pemain penting mereka awal di separuh masa kedua. Ada juga yang bermain lebih perlahan selepas mendahului satu gol.
Beberapa pasukan seperti Tottenham, Liverpool, Chelsea, Everton dan Manchester City mempunyai jadual perlawanan dua minggu ini yang sukar. Jadi merehatkan pemain dan mempastikan stamina terbaik adalah penting dalam tempoh 80 jam jarak antara kedua-dua perlawanan ini.

Nak tak nak, pasti ada antara pemain dalam pasukan anda nanti akan direhatkan dan ada yang tak diturunkan langsung. Kecewa memang kecewa, harap-harap tak jejas kedudukan ranking pasukan anda dalam saingan pasukan terbaik bulanan.
Berikut adalah senarai perlawanan untuk GW25 (termasuk info kedudukan, rekod semasa pasukan dan masa perlawanan):

Selasa (10 Februari) 
[14] Sunderland (4-12-8) vs [19] QPR (5-4-15) 3.45am
[6] Arsenal (12-6-6) vs [20] Leicester City (4-5-15) 3.45am
[18] Hull City (4-8-12) vs [16] Aston Villa (5-7-12) 3.45am
[7] Liverpool (11-6-7) vs [5] Tottenham (13-4-7) 4.00am

 Rabu (11 Februari) 
[10] Stoke City (9-6-9) vs [2] Manchester City (14-7-3) 3.45am
[4] Manchester United (12-8-4) vs [17] Burnley (4-9-11) 3.45am
[1] Chelsea (17-5-2) vs [12] Everton (6-9-9) 3.45am
[3] Southampton (14-3-7) vs [8] West Ham (10-7-7) 3.45am
[13] Crystal Palace (6-8-10) vs [11] Newcastle (8-7-9) 4.00am
[15] West Brom (5-8-11) vs [9] Swansea City (9-7-8) 4.00am


Tips for GW25:

Pemain On Form ketika ini:
Harry Kane, Tottenham (4 gol dalam 2 perlawanan terakhir, menjadikan jumlah 10 gol dalam 9 perlawanan terakhir)
Danny Ings, Burnley (4 gol dan 1 assist dalam 5 perlawanan terakhir)
Eden Hazard, Chelsea (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir)  
Olivier Giroud, Arsenal (2 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir)  
Mesut Ozil, Arsenal (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)  
Daley Blind, Man Utd (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Jermaine Defoe, Sunderland (2 gol dalam 3 perlawanan terahir)
Jack Colback, Newcastle (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir) 
Cheikhou Kouyate, West Ham (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Simon Mignolet, Liverpool (4 cleansheet dalam 4 perlawanan terakhir)

Awas, untuk perhatian:

Wayne Rooney, Man United (Kapten Man Utd ini tidak menjaringkan gol dalam 6 perlawanan terakhir, bermain lebih jauh di bahagian tengah midfield)

Angel di Maria, Man United (Terus dilanda kemarau sumbangan gol dan assist dalam EPL, kini tidak menjaringkan gol sejak Oct. 5)

Graziano Pelle, Southampton (Berada dalam kemarau gol dan assist dalam 7 perlawanan terakhir)


Pasukan pilihan untuk GW25 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: David Ospina (Costel Pantilimon) 
Pertahanan: Branislav Ivanovic, Patrick van Annholt, Hector Bellerin (Joel Ward)
Midfield: Harry Kane, Jason Pancheon, Santi Cazorla, Eden Hazard (Jordi Gomez) 
Penyerang: Jermain Defoe, Olivier Giroud, Dwight Gayle (van Persie)
Kapten disyorkan: Eden Hazard, Jermain Defoe, Harry Kane, Olivier Giroud, Santi Cazorla, Robin van Persie.

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!! 
**Jika ada sebarang pendapat dan pandangan, jangan segan dan malu untuk tulis di bahagian komen.


P/S: Bonus transfer code untuk GW25 adalah 12SCHWEINSTEIGER34 dan Euro code N4NELK4.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com