BPL Fantasy Football Review: GW22

2 comments

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola!  

Apa khabar sekali lagi dan semoga anda sihat selalu ya. 

Weekend ini adalah perlawanan untuk minggu ke-22, selepas seminggu berehat. Harap maklum bahawa ada beberapa pasukan dari EPL beraksi di tengah minggu untuk perlawanan ulangan pusingan ke-3 Piala FA. Kita harap mungkin pemain yang beraksi di tengah minggu dapat menyumbang mata yang 'sihat' dalam GW ini.

Kini juga telah masuk hari ke-17 'tingkap' perpindahan pertengahan musim bagi liga-liga di Eropah. Saya rasa ramai mengharap pasukan sokongan mereka membeli pemain bagi memantapkan lagi pasukan. Tapi yang pasti, kita tak tahu apa sebenarnya perancangan pasukan, adakah mereka ada plan nak beli atau tak.

Ikut-ikut saya, tak banyak pemain yang dah confirm berpindah setakat ini. Bagi pasukan besar-besar EPL, cuma Manchester City yang membeli (Wilfred Bony). Tapi si Bony ni selepas habis ANC (African Nation Cup) baru boleh main dengan Man. City.

Maka dengan itu, kebanyakan pasukan akan bermain minggu dengan pemain-pemain yang sama. Kita dapat lihat dalam minggu lepas, pasukan yang lantik pengurus baru (West Brom dan Crystal Palace) macam ada semangat baru. Dua-dua pasukan ini menang game masing-masing dan jangkaan saya masih mempunyai momentum 'pengurus baru' untuk catat lagi kemenangan untuk minggu ini (dan mungkin beberapa minggu lagi).

Jom kita tengok senarai perlawanan untuk GW22 (termasuk info kedudukan, rekod semasa pasukan dan masa perlawanan):

Sabtu (17 Januari) 
[13] Aston Villa (5-7-9) vs [8] Liverpool (9-5-7) 11.00pm
[17] Burnley (4-8-9) vs [15] Crystal Palace (4-8-9) 11.00pm
[20] Leicester City (4-5-12) vs [11] Stoke City (7-5-9) 11.00pm
[19] QPR (5-4-12) vs [4] Manchester United (10-7-4) 11.00pm
[9] Swansea City (8-6-7) vs [1] Chelsea (15-4-2) 11.00pm
[6] Tottenham (10-4-7) vs [16] Sunderland (3-11-7) 11.00pm
[10] Newcastle (7-6-8) vs [3] Southampton (12-3-6) 1.30am

Ahad (18 Januari) 
[7] West Ham (9-6-6) vs [18] Hull City (4-7-10) 9.30pm
[3] Manchester City (14-5-2) vs [5] Arsenal (10-6-5) 12am 
Serie A: [3] Lazio (9-4-5) vs [4] Napoli (8-6-4) 7.30pm
Serie A: [1] Juventus (13-4-1) vs [13] Verona (5-6-7) 3.45am 
La Liga: [14] Getafe CF (4-5-9) vs [1] Real Madrid (14-0-3) 7.00pm
La Liga: [3] Atletico Madrid (12-2-4) vs [20] Granada (2-8-8) 12.00am
La Liga: [16] Deportivo (4-5-9) vs [2] Barcelona (13-2-3) 2.00am 

Isnin(19 Januari) 
[12] Everton (5-7-9) vs [14] West Brom (5-6-10) 4.00am 


Tips untuk GW22

Pemain On Form ketika ini:
Alexis Sanchez, Arsenal (2 gol dan 1 assist dalam perlawanan terakhir)
Diego Costa, Chelsea (4 gol dan 1 assist dalam 6 perlawanan terakhir)  
Charlie Austin, QPR (5 gol dalam 5 perlawanan terakhir)  
Nacer Chadli, Tottenham (1 gol dan 4 assist dalam 4 perlawanan terahkir)
Saido Berahino, West Brom (2 gol dalam 2 perlawanan terahir)
Dusan Tadic, Southampton (2 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
Fenandinho, Man City (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Danny Ings, Burnley (2 gol and 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir) 

Harry Kane, Tottenham (3 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir)

Awas, untuk perhatian:
Pasukan Aston Villa (Pasukan paling kurang menjaringkan gol, 11 gol dalam 21 perlawanan. Lagipun pasukan ini berada dalam form yang paling buruk ketika ini dengan next 3 game menentang Liverpool, Arsenal dan Chelsea)


Wayne Rooney dan Robin van Persie, Man United (kedua-duanya tidak menjaringkan sebarang gol dalam 3 perlawanan terakhir. Van Persie pula dikeluarkan dalam perlawanan terakhir akibat kecederaan buku lali)

Raheem Sterling, Liverpool - (harap-harap tidak ada kejutan lagi minggu ini dan diturunkan menentang pasukan off form Aston Villa minggu ini)

Pemain-pemain ini mungkin menyerlah minggu ini:
Sergio Aguero, Man City (kembali dari keceraan)
Enner Valencia, West Ham (menggantikan Diafra Sakho)
Oscar, Chelsea (jaringkan 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan terakhir)

Pasukan pilihan untuk GW22 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Hugo Lloris (Simon Mignolet) 
Pertahanan: Aaron Cresswell, Branislav Ivanovic, Steven Caulker (Kyle Walker) 
Midfield: Raheem Sterling, Stewart Downing, Harry Kane, Cesc Fabregas (Dusan Tadic) 
Penyerang: Enner Valencia, Danny Ings, Diego Costa (Sergio Aguero)
Kapten disyorkan: Diego Costa, Cesc Fabregas, Stewart Downing, Harry Kane, Saido Berahino. 

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!! 


P/S: Bonus transfer code untuk GW22 adalah 8C4N4LES8 dan Euro code SC4Z0RLA66. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. macam mana nak ambil player dari liga lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je, first, awak kena masukkan euro code ke dalam game. Lepas masukkan kod awak akan nampak satu lambang kat bawah kanan di main menu menandakan euro scout 'active'.

      Bila dah ada icon tu, maknanya awak dah boleh pilih seorang pemain luar EPL bila awak tukar pemain.

      Delete

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com