Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru 1436 Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh Malaysia dari Abang Long.
Hari ini pada sesetengah orang juga dinamakan sebagai 'Awal Muharram', iaitu sempena nama hari pertama di bulan pertamanya, bulan Muharram. Di hari ini menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar Islam, yang mempunyai sejarah dan peristiwa besar iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.
Sebagai umat Islam masa kini, peristiwa hijrah nabi harus kita dijadikan ikhtibar. Ikhtibarnya, kita perlu melakukan hijrah (atau dengan kata lain - perubahan) dalam pelbagai aspek kehidupan kita jika kita hendak mencapai kecemerlangan dalam hidup.
In Sya Alllah, saya juga bakal melakukan beberapa perubahan dalam hidup saya dalam masa terdekat ini. Nak terus maju kenalah buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan hasil yang lebih memberangsangkan. Betul tak?
Di negara kita, biasanya pada pagi hari pertama tahun baru, kerajaan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan. Pada Majlis ini selain dari acara memperingati tahun baru Islam, diadakan juga penganugerahan Tokoh Maal Hijrah kepada 2 tokoh yang berjasa besar dalam dunia Islam. Seorang akan dipilih dari tokoh tempatan dan seorang lagi untuk tokoh antarabangsa.
Tahun ini sambutan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 8.00 pagi. Jika kelapangan bolehlah semua hadir sama di majlis ini. Tema sambutannya pula adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".
Salam Maal Hijrah 2014.
0 comments:
Post a Comment