Piala Malaysia: JDT bertemu Pahang Di Final

Leave a Comment
Apa yang pasti, pada perlawanan separuh akhir kedua hujung minggu lepas pasukan JDT dan Pahang membuktikan mereka jauh lebih hebat apabila pemain-pemain utama mereka diturunkan dari sepak mula.

Di tambah kelebihan bermain di tempat sendiri dan di hadapan penyokong sendiri, ternampak nyata jurang lebar kehebatan kedua pasukan ini dari Kedah dan Felda United ketika pusingan separuh akhir pertama.

Pahang berjaya dengan mudah menewaskan Kedah dengan 5-0, sekaligus menang 6-3 secara aggegat. JDT pula kalahkan pasukan kelab Felda United 3-1 dan menang 6-5 secara aggregat.

Saya memang kecewa dengan kekalahan Kedah (saya penyokong Kedah dari kecil), nasib baik tak ada kesempatan nak tengok perlawanan live malam tu, kalau tidak bertambah frust rasanya.

Namun begitu saya dah jangka kekurangan Kedah dan pasukan ini belum berada di tahap pasukan-pasukan Liga Super. Kemenangan dengan Kelantan di suku akhir kedua tempoh hari hanya sekadar 'one-off performance'. Lagipun bila bermain di luar stadium sendiri, pemain membuktikan mereka belum ada mental yang mantap menghadapi tekanan dari penyokong lawan.

Pertemuan JDT-Felda lebih seimbang, dan Felda United yang dilatih jurulatih berpengalaman dan mempunyai pemain import dan tempatan yang berkualiti, saya lihat lebih berkemampuan memberi saingan kepada pasukan JDT, yang pasukan dibina dengan tahap kewangan yang lebih mewah.

Kelebihan tahap kewangan JDT terbukti dengan kemampuan mereka memiliki 2 pemain import yang jauh berkualiti dan berpengaruh. Jangan lupa banyak pemain negara bermain di pasukan ini. Apapun tanpa usaha takkan berjaya juga, tahniah saya ucapkan kepada pemain JDT yang membuktikan kewibawaan mereka.

Perlawanan akhir nanti saya jangka bakal hebat dan akan menyajikan persembahan berkualiti untuk penyokong dan juga peminat bolasepak tempatan. Rugilah kalau lepaskan aksi final, cuma yang saya harap tidak akan ada berita-berita negatif dalam build-up dan juga ketika perlawanan akhir nanti.
Anda tahu apa yang maksudkan ini kan.

Tahniah kepada JDTdan Pahang.


Fantasy Football Preview: GW9

Leave a Comment



Hari ini agak lewat sikit nak buat preview, so saya just buat yang ringkas sahaja. Anyway, ini adalah dari pandangan saya sebagai pengikut tegar perkembangan liga EPL.

Minggu perlawanan ke-9 untuk musim 2014/15 seperti biasa akan ada 10 perlawanan. Berikut adalah ringkasan perlawanan minggu ini mengikut hari:

Sabtu (25 Oktober)

West Ham (4-1-3) vs Manchester City (5-2-1)
Saouthampton (5-1-2) vs Stoke City (3-2-3)
WBA (2-3-3) vs Crystal Palace (2-2-4)
Liverpool (4-1-3) vs Hull City (2-4-2)
Sunderland (1-5-2) vs Arsenal (2-5-1)
Swansea (3-2-3) vs Leicester City (2-3-3)

Ahad (26 Oktober)

Burnley (0-4-4) vs Everton (2-3-3)
Tothenham (3-2-3) vs Newcastle (1-4-3)
Manchester United (3-3-2) vs Chelsea (7-1-0)

Isnin (27 October)

QPR (1-1-6) vs Aston Villa (3-1-4) 

___________________________________________________________________

Perlawanan tumpuan ramai peminat bola EPL semestinya adalah Man Utd vs Chelsea. Perlawanan ini pastinya akan menarik perhatian dari segi saingan bolanya, tapi bagi saya, mata untuk fantasy football mungkin agak rendah.

Tumpuan pemain liga fantasi saya ramal akan tertumpu pada pasukan seperti Southampton (yang menang besar minggu lepas, dan bermain di tempat sendiri) dan juga Arsenal (yang pasti akan mengambil kesempatan ke atas Sunderland, yang moral agak rendah selepas kalah besar).

Peluang mata juga boleh datang dari pasukan seperti Tothenham dan Everton. Lawan mereka agak kurang konsisten dan jika kena strateginya boleh menang besar.

Pasukan pilihan saya untuk game week 9 (formasi 3-4-3):

Goalkeeper: Hugo Lloris.

Defender: Leighton Baines, Ryan Bertrand, Branislav Ivanovic.


Midfield: Dusan Tadic, Raheem Sterling, Angel di Maria, Cristian Eriksen.

Striker: Sergio Aguero, Graziano Pelle, Danny Welbeck.

Subsitute: Lukas Fabianski, Ron Vlaar, Aaron Ramsey, Saido Berahino.


P/S: jangan lupa el clasico malam ini, perlawanan pertama untuk Luis Suarez untuk musim ini!!

Salam Maal Hijrah 1436H/2014M

Leave a Comment

Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru 1436 Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh Malaysia dari Abang Long.

Hari ini pada sesetengah orang juga dinamakan sebagai 'Awal Muharram', iaitu sempena nama hari pertama di bulan pertamanya, bulan Muharram. Di hari ini menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar Islam, yang mempunyai sejarah dan peristiwa besar iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Sebagai umat Islam masa kini, peristiwa hijrah nabi harus kita dijadikan ikhtibar. Ikhtibarnya, kita perlu melakukan hijrah (atau dengan kata lain - perubahan) dalam pelbagai aspek kehidupan kita jika kita hendak mencapai kecemerlangan dalam hidup.

In Sya Alllah, saya juga bakal melakukan beberapa perubahan dalam hidup saya dalam masa terdekat ini. Nak terus maju kenalah buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan hasil yang lebih memberangsangkan. Betul tak?

Di negara kita, biasanya pada pagi hari pertama tahun baru, kerajaan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan. Pada Majlis ini selain dari acara memperingati tahun baru Islam, diadakan juga penganugerahan Tokoh Maal Hijrah kepada 2 tokoh yang berjasa besar dalam dunia Islam. Seorang akan dipilih dari tokoh tempatan dan seorang lagi untuk tokoh antarabangsa.

Tahun ini sambutan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 8.00 pagi. Jika kelapangan bolehlah semua hadir sama di majlis ini. Tema sambutannya pula adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".


Salam Maal Hijrah 2014.

Piala Malaysia: Semi-Final 1 Review

Leave a Comment

Semalam berakhir separuh akhir pertama Piala Malaysia 2014 dengan keputusan berpihak pada 2 pasukan "underdog" di pusingan ini.

Salah satu pasukan itu adalah pasukan local feveret saya - KEDAH. Itulah sebabnya saya excited dan berminat untuk ikut lebih lanjut dalam saingan tahun ini.

Buat beberapa tahun ini, Kedah memang tak berada dalam Liga Super, liga teratas di Malaysia, dan tahun ini masih tak berjaya untuk dapat promotion dari Liga Premier. Tapi prestasi pasukan semakin baik setelah jurulatih baru ambil alih di pertengahan musim. Saya nak ucapkan tahniah dengan usaha keras pemain sehingga layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Kini selepas separuh akhir pertama di tempat sendiri, Kedah berkelebihan dengan menang 3-1.

Saya sebenarnya jarang-jarang buat komen untuk liga tempatan ni. Sebabnya tak sangat ikuti perlawanan kecuali ada game melibatkan pasukan terbaik dalam Liga Super, seperti Kelantan, JDT dan Pahang. Tapi Piala Malaysia tetap ada signifikan dalam tumpuan saya dalam saingan bolasepak tempatan. Siapa boleh menafikan yang Piala Malaysia mempunyai sejarah yang hebat dan persaingan merebut piala ini seringkali menyaksikan aksi dan drama terbaik dari pasukan yang layak bertanding.

Dua pasukan meneruskan tradisi dengan memberikan aksi yang hebat dan menafikan jangkaan awal pemerhati dan peminat bolasepak. Kedah dan Felda United, berjaya menewaskan dua pasukan pilihan utama iaitu JDT dan Pahang.

Felda United, hampir dikecewakan dengan dengan gol penyamaan di minit akhir perlawanan oleh JDT, berjaya menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan. Sekaligus ada juga bekalan kelebihan satu gol, dengan menang 4-3.

Kedah pula, pasukan yang dikatakan paling lemah antara 4 pasukan, mengejutkan Pahang dengan kemenangan lebih selesa. Namun Pahang tetap pulang dengan kelebihan tersendiri, kerana ada satu gol jaringan di tempat lawan. Jadi kalau mereka menang 2-0 dah cukup untuk layak ke Final.

Buat pengetahuan anda, yang mana belum tahu, perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini (24 & 25 November). Pahang-Kedah bertemu hari Jumaat dan JDT-Felda United pula hari Sabtu.

Harap-harap 'Helang Merah' akan layak ke Final dan jadi Juara Piala Malaysia buat kali ke-5!!!


Fantasy Football Preview: GW8

Leave a Comment

OK, kita dah rehat 2 minggu untuk bolasepak antarabangsa, kali kembali ke kancah bolasepak kelab. 

Untuk minggu ini, julung kalinya saya nak mula buat preview untuk fantasy football. Sebelum ini tak pernah buat, tapi setakat lebih 2 tahun join liga fantasy tempatan dan puluhan tahun ikuti EPL secara rapat, jadi rasanya ada sikit sebanyak pengetahuan untuk predict keputusan dan nilai prestasi pemain.

Kalau yang pernah tengok post saya sebelum ini, saya ada beritahu yang saya dah join ASTRO BPL Fantasy Football. Oleh itu, preview saya buat ini adalah mainly untuk competition ini. Nak guna untuk liga fantasi lain pun boleh, sesuaikan untuk keperluan anda.

Sabtu (18 Oktober)

Manchester City (4-2-1) vs Tothenham Hotspur (3-2-2)

Prediksi:  2-0 kepada Man City.
Prospek disyorkan: Sergio Aguero, Frank Lampard, David Silva, Nacer Chadli. 
Nota khas: Yaya Toure (mungkin direhatkan atas faktor baru pulang dari perjalanan jauh) Aguero (rekod form yang baik, tapi juga baru pulang dari Asia untuk persahabatan antarabangsa).

Burnley (0-4-3) vs West Ham (3-1-3) 

Prediksi:  1-3 kepada West Ham
Prospek disyorkan: Diafra Sakho, Stewart Downing, Adrian (clean sheet)  
Nota khas: Burnley pasukan paling rendah jaringan dalam EPL (3 gol).
 
Everton (1-3-3) vs Aston Villa (3-1-3)

Prediksi:  2-0 kepada Everton.
Prospek disyorkan: Leighton Baines, Steven Naismith, Gabriel Agbonlahor. 
Nota khas: Christian Benteke (baru pulih dari kecederaan, boleh cuba pemain ini).Pertahanan tak menentu Everton beri peluang Villa dapat satu mata.

Southampton (4-1-2) vs Sunderland (1-5-1)

Prediksi:  3-0 kepada Southampton.
Prospek disyorkan: Graziano Pelle, Ryan Bertrand, Dusan Tadic, Steven Fletcher.
Nota khas: Sunderland peluang tipis untuk peluang, tapi dengan Fletcher temui sentuhan gol game lepas (dan beri Sunderland kemenangan pertama liga), mungkin Southampton kena hati-hati sikit. 

Arsenal (2-4-1) vs Hull (2-3-2)

Prediksi:  4-1 kepada Arsenal.
Prospek disyorkan: Danny Welbeck, Alex Oxlade-Chamberlain, Nikica Jelavic. 
Nota khas: Pertahanan Arsenal terjejas kerana kecederaan, Hector Bellerin dan Nacho Monreal akan bermula dalam game ini. Hull jika ambil peluang untuk lebih menyerang, prospek mata lebih untuk pemain mereka. 

Crystal Palace (2-2-3) vs Chelsea (6-1-0)

Prediksi:  0-1 kepada Chelsea.
Prospek disyorkan: Diego Costa, Cesc Fabregas, Eden Hazard. 
Nota khas: Ramalan adalah game yang low scoring, tapi jika barisan depan Chelsea dapat form, peluang gol lebih banyak adalah cerah.

Newcastle United (0-4-3) vs Leicester City (2-3-2)

Prediksi:  2-1 kepada Newcastle.
Prospek disyorkan: Papiss Cisse, Momo Sissoko, Orlando Ulloa. 
Nota khas: Peluang menang kali pertama untuk Nescastle.


Ahad (19 Oktober)

QPR (1-1-5) vs Liverpool (3-1-3)

Prediksi:  1-3 kepada Liverpool.
Prospek disyorkan: Raheem Sterling, Adam Lallana, Mario Ballotelli (hopefully). 
Nota khas: Liverpool kehilangan Daniel Sturrigde lagi untuk 2-4 minggu. Prospek untuk Rahim Sterling jaring gol adalah baik.

Stoke City (2-2-3) vs Swansea City (3-2-2) 

Prediksi:  1-1.
Prospek disyorkan: Peter Crouch, Gylfi Siggurdson, Nathan Dyer, Wilfred Bony. 
Nota khas: Saya jangka seri, tapi Swansea ada sikit peluang untuk menang.


Isnin (20 Oktober)

WBA (2-2-3) vs Manchester United (3-2-2)

Prediksi:  1-2 kepada Man United.
Prospek disyorkan: Saido Berahino, Angel di Maria, Falcao. 
Nota khas: Wayne Rooney masih lagi digantung permainan. saya jangka Robin van Persie sumbang sesuatu dalam perlawanan ini. Sedikit perasaan yang WBA akan dapat satu mata.

Kapten disyorkan: Costa, Di Maria, Pelle, Cisse, Hazard, Aguero.

Apa pendapat anda pula? Sila komen jika ada!


EBOLA: Info Penyebaran dan Pencegahan

Leave a Comment


**Info serius ini dibawa oleh khas dari Blog Abang Long. Harap-harap perkongsian ini memberi manafaat dan sedikit sebanyak ilmu tentang penyakit berjangkit ini.

EBOLA, adalah satu penyakit berjangkit yang dah pun menular dari luar benua asal penyakit ini mula dikesan. Mulanya, ia hanya di sekitar benua Afrika, dan kini sudah pun banyak kes di banyak negara di bunua-benua lain.

Terbaru penyakit ini dah dikesan di Eropah, bila seorang jururawat di Sepanyol telah terkena jangkitan. Dia difahamkan telah terjangkit ketika memberi rawatan ke atas pesakit yang disyaki mempunyai penyakit Ebola.

Syukur di Malaysia belum ada berita tentang penularan penyakit ini lagi. Dari berita, menteri kesihatan kita dah memberi jaminan yang persediaan telah dibuat dengan yang secukupnya sekiranya ia merebak di negara ini.

Dari segi kepercayaan, memang saya yakin pihak berkuasa dari Jabatan Kesihatan akan cukup kompeten dan boleh menangani keadaan jika Ebola merebak ke negara ini.

Cuma saya harap pihak berkuasa dapat membuat lebih sebaran maklumat tentang penyakit ini kepada orang ramai. Saya percaya jika ditanya tentang Ebola, ramai yang masih belum tahu. 


Jom kita kongsi sikit sebanyak fakta tentang penyebaran dan pengawalan penyakit Ebola ini (berdasarkan info dari WHO - World Health Organization).

Bagaimana infeksi berlaku?
Setiap pesakit yang dijangkiti virus Ebola akan serta merta berpotensi menyebarkan virus kepada orang lain sejurus mereka menunjukkan simptom-simpton penyakit; seperti demam, sakit otot, keletihan, sakit kepala dan sakit tekak.
   Namun begitu, di masa seseorang itu baru dijangkiti, virus tidak akan merebak semasa di dalam fasa inkubasi dalam tubuh pesakit. Jangka masa inkubasi adalah antara 2 hingga 21 hari.

Apakah medium pengantaraan virus?
Medium paling infectious dalam penyebaran virus Ebola adalah darah, tahi dan sisa muntah dari pesakitnya. Tambah lagi, virus juga dikatakan ditemui dalam susu ibu, air kencing dan air mani (boleh bertahan selama 70 hari! pula tu). 
   Di peringkat lanjut jangkitan penyakit ini, virus juga dikatakan bleh ditemui dalam air liur pesakit.

Bagaimana virus ini tersebar?
Virus Ebola memasuki badan manusia melalui themucous membrane, contohnya seperti di dalam mulut dan mata. Luka dan kulit rosak (broken skin) juga boleh menjadi laluan masuk virus ini.
   Selain dari jangkitan terus dari sumber cecair badan manusia, kita juga boleh terjangkit virus Ebola melalui sumber tercemar lain seperti pakaian dan sarung tangan.

Adakah virus Ebola bawaan udara?
Setakat yang diketahui dari wabak jangkitan sebelum ini, tiada jangkitan dari bawaan udara telah direkodkan. Tetapi WHO mengatakan secara teori, jangkitan boleh berlaku dari droplet besar dari jarak yang dekat hasil dari muntah pesakit.

Bagaimana melindungi diri dari jangkitan?
Kalau kita mengembara atau melakukan perjalanan keluar masuk ke negara yang terjejas, risikonya dikatakan rendah untuk mendapat jangkitan. Tapi kenalah berhati-hati supaya tak tersentuh dengan orang yang menunjukkan simptom awal penyakit, lagi-lagilah yang sudah berada dalam peringkat lanjutan jangkitan.
   Oleh itu, jika anda berada dalam situasi ini, rajin-rajin ambil langkah-langkah kebersihan dan pencegahan seperti kerap membasuh tangan dengan alkohol dan sabun.

Untuk pembacaan lanjut, boleh layari website berikut:
 1. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs103/en/
 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Ebola_virus 
 3. http://www.cdc.gov/vhf/ebola/
 

Hello.. i'm back again!!

Leave a Comment


Saya kembali.. Kembali untuk menulis sedikit perkataan-perkataan di alam maya.. chewahhh... :)

Tengok tarikh last post, sudah sebulan lebih tak ada apa-apa update. Sebenarnya, blog ini tak ditinggalkan atau diabaikan langsung tanpa sebarang perhatian. Saya tetap tengok-tengok dan perhatikan perkembangannya, cuma tak ada hati nak menulis saja. 

Maafkan saya jika ada yang rindukan saya ya. (perasan.. hahaha..)

Saya perlukan satu permulaan semula, sesuatu untuk memotivasikan diri untuk mem-blogging. Harap-harap saya menjumpainya dalam masa terdekat. AMIN.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com