Hari ini telah diisytiharkan sebagai hari berkabung negara sempena mengenang jenazah mangsa yang akan dibawa pulang ke tanahair. Seramai 16 jenazah akan diterbangkan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur melalui penerbangan khas jam 10 pagi ini.
Sebelum itu, saya ingin memberi ucapan takziah kepada ahli keluarga dan teman terdekat mangsa MH17 yang telah dikenalpasti dan bakal pulang hari ini. Semoga anda semua kuat semangat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Sudah pasti kehilangan ahli keluarga anda ini sukar untuk anda lupakan.
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya juga terkesan dengan peristiwa ini. Rasa sedih saya adalah tak terhingga, walaupun bukan ahli keluarga saya yang terlibat. Wajib untuk seluruh rakyat di negara ini, memberi ruang di hari Jumaat yang berkat ini untuk memberi penghormatan dan berdoa untuk kesejahteraan mangsa dan keluarga mereka.
Berikut adalah peraturan Hari Berkabung Malaysia hari ini:
- Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
- Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan.
- Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
- Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
P.S: Al-fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.
0 comments:
Post a Comment