Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014M

Leave a Comment

As-salam kepada semua pengunjung blog,

Sempena hari yang penuh kegembiraan ini, Abang Long nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada anda semua yang melawat ke blog saya.

Setelah sebulan berpuasa dan melakukan pelbagai ibadah bagi menambah sebanyak mungkin ganjaran dari ALLAH SWT, kini tibanya saat untuk kita meraikan kemenangan.

Pesan saya; berhati-hati di ketika memandu, jaga makan dan minum sebaiknya dan jangan lupa pada mereka yang sudah tiada.

Semoga anda semua bergembira di hari yang bermakna ini.


Liverpool FC US Tour 2014

Leave a Comment

Sekali lagi buat kali ke-2 dalam masa 3 tahun, Liverpool terbang ke Amerika Syarikat bagi melakukan siri perlawanan persahabatan awal musim. Esok akan bermula perlawanan pertama dari sejumlah 4 perlawanan yang diaturkan dengan pertemuan dengan AS Roma di Boston.

Selepas bertemu AS Roma, Liverpool akan bertemu 3 lagi pasukan (Olympiakos - 27 Julai, Manchester City - 30 Julai & AC Milan - 2 Ogos), di mana ini sebahagian dari pertandingan Guiness International Champions Cup 2014, yang membariskan 8 pasukan terbaik Eropah. 

Jika Liverpool FC juara dalam kumpulannya, mereka akan bertemu juara dari satu lagi kumpulan pada 4 Ogos nanti. Kumpulan kedua ini diwakili oleh pasukan Real Madrid, Manchester United, Inter Milan dan AS Roma.

Tak dinafikan yang tour tahun ini adalah sebahagian dari kempen promosi bagi club brand di benua Amerika. Ini adalah peluang bagi kelab meluaskan pengaruh dan menambahkan fanbase peminat.

Bagi pemain, bukan ini peluang mereka meraikan peminat mereka, tapi yang penting adalah mereka melakukan persediaan yang terbaik untuk musim baru. Tak guna jalan jauh-jauh tapi penat bila balik ke tempat sendiri nanti. Biar tour kali mencapai semua matlamat yang disasarkan, yang paling penting bagi saya adalah mencapai kecergasan maksimum bagi perlawanan pertama pada 16 Ogos nanti.

Di bawah adalah senarai penuh pemain yang ikut serta ke US tour 2014. Mungkin kumpulan pemain ini akan disertai oleh 2-3 pemain baru yang dijangka bakal dibeli (Loic Remy, Dejan Lovren & Divock Origi?).

kredit semua pic: LFC tour official website.
YNWA!!

Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine

Leave a Comment

Saya menerima berita gempak dan sedih ini ketika sedang membeli makanan untuk sahur. First reaction saya adalah macam tak percaya dan amat-amat terkejut. Tak sangka lagi satu trajedi kapal terbang menimpa syarikat milik Malaysia, selepas MH370.

Masya-Allah!! Hanya pada-Mu kami berserah dan bergantung hidup.
 
Al-Fatihah dan ucapan takziah pada semua waris penumpang MH17. Semoga anda semua diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. AMIN.

Saya berharap tak ada sesiapa yang menyebarkan berita-berita yang tak sahih di media-media sosial. Janganlah ada yang cuba menaikkan api kemarahan, sentimen kebencian dan apa-apa sahaja yang negatif dengan tragedi ini.
Fahamilah perasaan waris penumpang.

Simpan sahaja komen-komen kurang bijak anda itu, tak ada "award" pun bagi komentar paling teruk dalam internet. Anda cuma akan memperbodohkan diri sendiri.

#Pray4MH17. 
 

LFC: Markovic, Suarez & Pre-season

Leave a Comment

Piala dunia dahpun habis, walaupun demamnya masih terasa, kini kita kembali semula ke bolasepak kelab. Yeahh, tak sabar rasanya nak tunggu musim baru tak lama lagi.

Okeh, ini sedikit latest update untuk my favret team; LIVERPOOL FC, menjelang musim 2014/15 ini. Here we go..

Lazar Markovic

Liverpool FC telah melengkapkan perpindahan ke-4 untuk awal musim dengan pembelian Lazar Markovic. Pemain forward berusia 20 tahun dari Benfica ini dibeli dengan harga sekitar 20 juta pound.

Dengan adanya Markovic, barisan depan Liverpool nampak lebih mantap dan lebih banyak option. Kelebihan Markovic yang boleh bermain di mana-mana posisi bahagian depan menambahkan peluang untuk pengurus, Brendan Rodgers, mempelbagaikan taktik dan formasinya.

Markovic bagaimanapun mempunyai banyak saingan untuk tempat di kesebelasan utama, antara dari Raheem Sterling, Phillipe Coutinho, Adam Lallana dan juga mungkin Fabio Borini.

So, welcome to LFC, 'Lazzer' Markovic.


Luis Suarez

Liverpool FC telah mengesahkan yang persetujuan telah dicapai dengan Barcelona FC mengenai perpindahan pemain Luis Suarez. Bayaran yang perlu dibayar mungkin mencecah 75 juta pound.

Tak dinafikan, Suarez adalah antara pemain terbaik dunia, kehilangannya bakal dirasai dan sukar untuk diganti. Dengan bayaran besar yang diterima, Liverpool perlu bijak dalam membelanjakannya untuk pemain baru. Pengurus, Brendan Rodgers, saya rasa bakal membuat pertukaran taktikal untuk musim baru ini dengan pemain yang sedia ada, dan juga pemain baru yang bakal dibeli.

Saya agak kecewa dengan ketiadaan Suarez untuk musim baru (dan juga seidikit risau). Namun percaya LFC akan terus bergerak ke hadapan dan melakukan yang lebih baik. Kerjasama berpasukan harus dikukuhkan dan buktikan LFC bukan "one-man team".

Thanks & farewall to Suarez.


Pre-season

Liverpool FC telah memulakan persedian awal musim untuk musim baru 2014/2015 nanti. Pemain-pemain yang tidak terlibat dengan Piala Dunia telah pun melapur diri untuk latihan awal sejak minggu lepas (termasuklah pemain baru Emre Can).

Minggu ini, persediaan pasukan diteruskan dengan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari liga Denmark, Bronby FC, pada 16 Julai. Ini adalah perlawanan pertama dari siri perlawanan awal musim yang diatur.

Banyak persoalan yang perlu dijawab dari siri persediaan awal musim ini: bagaimana Liverpool akan sesuaikan diri dengan ketiadaan Suarez? Adakah Adam Lallana akan diintergrasikan dalam sistem permainan pengurus, Brendan Rodgers? Siapakah pemain muda yang bakal menurut jejak langkah Raheem Sterling untuk terpilih dalam skuad utama?

Kempen persedian awal musim LFC perlu serba sedikit menjawab persoalan di atas. Berikut adalah senarai penuh semua perlawanan persahabatan awal musim Liverpool FC untuk kali ini:

16 July – Brondby (Copenhagen) – 5pm. UKT
19 July – Preston North End (Deepdale) – 3pm. BST
23 July – AS Roma (Fenway Park, Boston) – 7:30pm. EST
27 July – Olympiacos (Soldier Field, Chicago)– 5pm. CST
30 July – Manchester City (Yankee Stadium, New York) – 7pm. EST
2 August – AC Milan (Charlotte, North Carolina) – 6:30pm. EST
10 August – Borussia Dortmund (Anfield) – 12:15pm. BST

Jerman Juara Piala Dunia FIFA 2014!!

Leave a Comment


Jerman vs Argentina
World Cup Final
Ahad, 13 Julai 2014 (Isnin 4.00 am MYT)
Estádio Maracanã, Rio de Janeiro.

Result: 1-0 (M. Goetze 113min)

Tahniah buat pemain-pemain skuad Jerman atas kejayaan mereka merangkul kejuaraan Piala Dunia bagi edisi tahun 2014. Ini adalah kejuaraan ke-4 bagi Jerman sepanjang terlibat dalam pusingan akhir Piala Dunia.

Saya memang tak sempat nak buat preview untuk perlawanan Final ini. Jadi tak ada prediction yang sahih saya buat, tapi saya memang menjangkakan Jerman bakal juara dari analisis saya. Jerman ada banyak kelebihan berbanding Argentina.

Namun begitu, Argentina bukan lawan yangmudah juga. Terbukti dalam perlawanan itu, Argentina ada beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol awal, tapi penyudah yang lemah menyebabkan peluang itu terlepas. Peluang terbaik adalah pada separuh masa pertama, hasil kesilapan Toni Kroos yang menanduk bola ke belakang untuk penjaga gol mungkin, tapi tandukannya itu pendek dan bola jatuh tepat pada Higuain. Higuain yang hanya berhadapan dengan penjaga gol tidak dapat menyudahkan peluang itu.

Di samping itu Messi juga mencipta beberapa gerakan berbahaya dan mencipta peluang yang baik, walaupun persembahannya masih kurang menyerlah sepenuhnya. Secara keseluruhan, Argentina mencabar tapi sedikit kelekaan di barisan pertahanan di minit 113 perlawanan menyebabkan mereka berputih mata.

Persembahan Jerman juga baik, walaupun tak sebaik aksi di separuh akhir, menguasai bola lebih banyak dan mencipta beberapa gerakan berbahaya. Kredit kepada pertahanan Argentina, Jerman tidak dapat merobek gawang di 90 minit awal perlawanan. 

Perlawanan berlangsung agak sengit dan menarik, bagi saya still the entertaining game if not the best game. Penuh dengan detik suspens dan gerakan menyerang yang baik. Kedua-dua pasukan menyelaraskan taktik mereka berdasarkan kekuatan pasukan masing-masing. Dilihat Jerman lebih banyak mengawal bola dan Argentina mengunakan serangan balas pantas.

Berikut adalah pemenang beberapa anugerah lain yang diberi selepas perlawanan:

Bola Emas (Golden Ball): Lionel Messi (Argentina)
Sarungtangan Emas (Golden Glove): Manuel Neuer (Jerman)
Penjaring Terbanyak: James Rodriguez (Colombia) 6 gol.

Apapun, detik kemuncak akhir Piala Dunia dahpun berakhir. Sekarang kena tunggu 4 tahun lagi untuk edisi seterusnya di Russia pula. Satu tempat dan lokasi baru dan bakal memberikan situasi berlainan untuk bermain bola. Yeahh!
STAY TUNE UNTIL NEXT WORLD CUP, ADIOS!!

Argentina Layak ke Final Piala Dunia 2014

Leave a Comment


Argentina akan bertemu Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Belanda dalam penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas 120 minit perlawanan.

Perlawanan separuh akhir kedua ini amat berbeza dengan perlawanan separuh akhir pertama semalam. Berbanding dengan pesta gol dalam perlawanan pertama, kita disajikan dengan taktik berhati-hati oleh kedua-dua pasukan. Ini menghasilkan hanya sedikit percubaan tepat ke arah gol, selain peluang jaringan yang terhad.

Ramai yang memberi komen yang negatif tentang keputusan perlawanan. "Kehilangan" gol amat-amat dirasai, yang mana saya berpendapat jika mana-mana satu pasukan dapat jaring gol, pasti aksi akan lebih terbuka dan rancak.

Saya tertarik dengan satu artikel dari laman ESPN yang mengumpul reaksi orang ramai sepanjang perlawanan ini. Sila tekan link ini untuk membaca artikel tersebut.

Sedikit fakta: Argentina dan Jerman bertemu 2 kali di Final Piala Dunia iaitu pada tahun 1986 dan 1990. Argentina menang pada tahun 1986 manakala Jerman menang pada tahun 1990.


Analisis ringkas perlawanan separuh akhir kedua ini:

1. Dua tonggak utama kedua-dua pasukan; Lionel Messi dan Arjen Robben, berjaya dikunci dengan baik di sepanjang perlawanan. Terutama di separuh masa pertama, kedua-dua pemain hanya dapat sentuh bola beberapa kali sahaja. Di separun masa kedua, Robben lebih banyak mendapat bola, dan hasilnya 2 kali dia mencipta peluang gol untuk Belanda.

2. Lionel Messi pula memberikan aksi yang paling buruk setakat ini. Dijangkakan dikawal ketat, pemain sebaik Messi sepatutnya menaikkan lagi permainannya untuk membebaskan diri dari cengkaman marker-nya. Sebaliknya dia kelihatan semakin tenggelam semakin lama perlawanan berlangsung. Faktor keletihan mungkin juga penyebab persembahan buruknya ini.

3. Pujian harus diberikan kepada persembahan benteng pertahanan kedua-dua pasukan. Dengan kedua-dua jurulatih pasukan mengutamakan pendekatan "safety-first", pemain pertahanan berjaya menyekat penyerang daripada mendapat bola serta secara efektif mematahkan setiap gerakan serangan.

4. Jurulatih kedua-dua pasukan; Alejandro Sabella dan Loius vian Gaal, kali ini tidak mampu untuk melakukan petukaran pemain yang dapat mengubah keputusan perlawanan. Dilihat dari perlawanan sebelum ini, van Gaal terbukti menggunakan pertukaran pemain sebagai satu cara untuk menang dalam perlawanan tapi kali ini dia kelihatan kekeringan idea.

5. Pemain terbaik perlawanan kedua pasukan: Javier Mascherano bagi Argentina dan Ron Vlaar bagi Belanda.

Belanda vs Argentina: Semi Final 2

Leave a Comment

Selepas kejutan dalam perlawanan pertama semalam ke atas Brazil, sehingga masa kini masih terkesan bagi kebanyakan rakyat negara tuan rumah, Belanda dan Argentina turun di stadium Arena Corinthians, Sao Paulo, bagi menentukan siapa lawan Jerman di Final Ahad ini.

Perlawanan kedua ini sedikit sebanyak dibayangi mood sedih penyokong dari rakyat Brazil yang datang menonton, tapi bagi penyokong kedua-dua negara ini, mereka tetap merasa kehangatan dan debaran aksi perlawanan ini nanti.

Belanda dan Argentina pernah bertemu 4 kali di Piala Dunia. Yang paling diingati adalah pertemuan di Final 1978, yang mana dimenangi Argentina dengan 2-1 dalam masa tambahan. Itu ialah kejuaraan pertama Argentina di Piala Dunia dari 2 kali juara. Belanda pula pernah ke Final 3 kali (1974, 1978 & 2010), tapi tewas dalam semua perlawanan. Jika layak ke Final, ini adalah kali kedua berturut-turut Belanda ke Final selepas edisi 2010 lalu.

Formasi: Belanda

Dijangkakan Belanda akan menggunakan formasi 3-4-1-2 dalam perlawanan kali ini. Walaupun begitu, jurulatihnya Luis van Gaal, gemar menukar-nukar taktik mengikut lawan yang mereka hadapi. Setakat 5 perlawanan ini, dia telah menggunakan 4 formasi berbeza. Selain itu, van Gaal juga mampu untuk menukar formasi taktikal ketika perlawanan berlangsung jika formasi awal tidak berkesan.

Dalam perlawanan ini, Belanda kehilangan Nigel de Jong akibat kecederaan. Robin van Persie pula dikatakan sedikit kurang cergas akibat masalah kesihatan.

Senarai pemain kemungkinan: Cillessen, De Vrij, Martins Indi, Vlaar, Kuyt, Blind, Wijnaldum, Sneijder, Depay, Robben, van Persie.

Formasi: Argentina

Belanda kehilangan Angel di Maria dalam perlawanan ini. Selain itu, Marcos Rojo kembali dari pergantungan dan Sergio Aguero pula semakin pulih dari kecederaan. Kedua-dua pemain ini, terutamanya Rojo, mungkin akan dipilih untuk kesebelasan utama. 

Walau siapa pun dipilih, fokus dan misi utama jurulatih Alejandro Sabella adalah untuk memberi bantuan sebaik mungkin kepada Lionel Messi untuk mencari kemenangan. Tanpa sokongan semua pemain, sukar untuk Messi seorang menggalas cabaran Argentina ke Final. Formasi kemungkinan digunakan oleh jurulatih Argentina dalam perlawanan ini adalah 4-3-1-2.

Senarai pemain kemungkinan:Romero, Demichelis, Garay, Zabaleta, Rojo, Mascherano, Perez, Biglia, Messi, Higuain, Aguero.


Penentu perlawanan


1. Arjen Robben vs Lionel Messi.  

Dua bintang utama dan top-performer kedua-dua pasukan setakat pusingan suku akhir. Siapakah yang akan beraksi paling baik dan menjadi penentu kemenangan. Dari segi taktikal, kedua-dua pasukan sudah pasti menugaskan seorang atau dua pemain menjadi marker untuk 2 pemain ini.

2. Serang atau bertahan.

Belanda sebelum ini berjaya dengan taktik counter-attack semasa bertemu Sepanyol, di mana mereka banyak bermain secara bertahan menunggu masa sesuai untuk menyerang balas. Dalam perlawanan ini, dijangka Belanda bakal membiarkan Argentina menguasai bola, dan menggunakan kepantasan barisan depannya untuk melakukan serangan kilat.

Argentina pula perlu menyekat pemain lipas kudung pasukan Belanda ini. Cabaran besar menunggu 2 pemain pertahanan tengah mereka, yang mana mereka ini tidak memiliki kepantasan yang setanding.


PREDICTION: ARGENTINA 3 NETHERLANDS 2 (Extra time win).

Review Video:

(kredit video: blecherreport.com)

Jerman Gah; Brazil Malu Besar

Leave a Comment


Apa lagi nak dikata, dan siapa yang menjangkakan keputusan ini!!!

Perlawanan separuh akhir pertama ini menghasilkan 8 GOL; jauh dari jangkaan saya. Prediction pemenang saya juga tak tepat, walaupun dalam hati kecil terdetik Jerman lebih berpeluang menang daripada analisis sendiri saya.
Jerman gah dengan mengejutkan ramai membolosi gawang Brazil 7 kali.

Hanya 29 minit saja Jerman telah mengesahkan tempat ke Final. Mungkin lebih awal dari itu (5 minit lebih awal) sebab dalam 29 minit ini Jerman telah menjaringkan 5 gol. Pemain Brazil seperti berada dalam kejutan, apatah lagi penyokong mereka. Bagai tak percaya dengan apa yang mereka lihat dan ada yang menangis.

Brazil sebenarnya bermula dengan baik. Dari wisel mula, pemain mereka terus melancarkan gerakan ke arah pintu gol Jerman, manakala pemain Jerman masih menyesuaikan diri. Setelah 10 minit, Jerman telah mampu menyerap asakan awal Brazil dan mula melakukan serangan. Dari satu serangan, Jerman mendapat sepakan penjuru, dan hasil dari pertahanan yang longgar, Thomas Muller yang tidak dikawal menanduk masuk hantaran Toni Kroos dengan mudah.

Pertahanan Brazil memang dijangka bakal goyah tanpa kapten mereka, Thiago Silva, yang digantung dalam perlawanan ini. Sepanjang kejohanan, Silva adalah pengatur dan perancang di benteng pertahanan Brazil. Dia banyak menolong gandingannya David Luiz, yang gemar naik ke kawasan lawan, dari keadaan bahaya apabila Brazil kehilangan bola dan menghadapi counter-attack. Namun dalam perlawanan ini, penggantinya Dante tidak dapat memberi servis yang sama. Akibatnya, barisan pertahanan Brazil tampak kucar-kacir, tiada disiplin dan mudah panik.

Dalam 7 minit, bermula dari minit ke 23, Jerman mendedahkan betapa rapuhnya pertahanan Brazil. Dengan mudah mereka menjaringkan 2 gol pantas dalam masa 2 minit melalui Miroslav Klose (minit-23) dan Toni Kroos (minit-24). Moral pemain Brazil berada dalam keadaan yang rendah dan keyakinan mereke terjejas. Di sini tampak tiada ketua atau sumber inspirasi di atas padang yang mengawal keadaan dan juga menaikkan kembali moral pemain. Ini memberi kesan lebih buruk, berselang 5 minit berikutnya, 2 lagi gol dijaringkan Jerman melalui Toni Kroos (minit-26) dan Sami Khedira (minit-29).

Brazil kini secara belum rasmi dah tamat cabaran mereka di Piala Dunia 2014.

Directionless Brazil terus tanpa haluan selepas gol kelima itu. Nasib baik, Jerman memperlahankan rentak permainan dan tidak menyerang Brazil lebih hebat lagi sepanjang baki separuh masa pertama itu.

Separuh masa kedua bermula dan Brazil, mungkin akibat teguran dan motivasi dari jurulatih mereka, tampil lebih kemas. Mungkin ini dibantu dengan 2 pertukaran di masa rehat dan juga rentak yang lebih perlahan dari pemain Jerman. Dalam 10 minit awal separuh masa kedua, Brazil menghasilkan banyak peluang gol dan hampir membolosi gawang Jerman. Manuel Neuer menunjukkan ketangkasan dengan 3 kali menyelamatkan percubaan Brazil yang amat berbahaya.

Jurulatih Jerman, Joachim Leow, nampak kurang gemar dengan keadaan ini dan memasukkan Andre Schurrle pada minit 58. Pasukan Jerman selepas itu bermain lebih baik dan mula menyerang balas. Hasilnya Schurrle menambah lagi 2 gol pada minit 69 dan 79. Brazil mendapat gol saguhati melalu Oscar pada minit-minit akhir perlawanan. Keputusan akhir - Brazil 1 Jerman 7.


5 analisis ringkas tentang impak keseluruhan perlawanan:

1.  Jerman menunjukkan credential sebagai bakal juara. Mereka cukup tajam dan berbahaya di bahagian serangan. Cuma bahagian pertahanan masih lagi dilihat titik kelemahan pasukan. Di pintu gol, Manuel Neuer membuktikan dia penjaga gol berkelas dunia.

2. Thiago Silva, ketiadaannya memberi impak lebih besar berbanding Neymar. Organisasi bahagian pertahanan Brazil hancur tanpanya.

3. Fred bakal dijadikan antara kambing hitam faktor kekalahan Brazil. Betapa useless-nya dia dalam perlawanan ini, hampir tiada sumbangan langsung. Tidak hairanlah petukarannya di separuh masa kedua disambut dengan sorakan boo yang paling kuat.

4. Ini adalah skuad Brazil yang lemah berbanding kesemua edisi kejohanan Piala Dunia yang lepas. Kumpulan pemain dipilih kali ini kurang kualiti untuk memenangi kejohanan ini. Hanya semangat berpasukan dan motivasi hebat dari jurulatih telah membawa Brazil sejauh ini.

5. Miroslav Klose meletakkan dirinya sebagai pemegang rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia, dengan keseluruhan 16 gol dari 4 edisi kejohanan. Dia memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh lagenda Brazil, Ronaldo.


Brazil vs Germany: Semi Final 1

Leave a Comment
Piala dunia dah sampai ke peringkat separuh akhir. Jadi 2 perlawanan di peringkat ini menemukan 4 pasukan terbaik dalam kejohanan kali ini. Dan kita tidak dihampakan, yang layak pun adalah 4 pasukan gergasi bolasepak dunia.

Jadi kali ini kita preview perlawanan pertama separuh akhir: Brazil lawan Jerman. Dua pasukan dari benua berbeza tapi kaya dengan sejarah dalam Piala Dunia.

Kelebihan: BRAZIL

Juara 5 kali, Brazil, ada kelebihan besar iaitu tak lain tak bukan bermain di tempat sendiri. Sudah pasti penyokong mereka bakal menguasai sebahagian besar tempat duduk stadium di Belo Horizonte ini. Sorakan mereka boleh membuatkan pemain-pemain Jerman nervous, mungkin ada yang dapat stage-fright.

Brazil juga ada jurulatih yang amat-amat berpengalaman dan juga pernah menang piala dunia pada tahun 2002 lalu, dengan pasukan yang sama. Dia ialah Luiz Felipe Scolari, jurulatih yang telah terbukti seorang "winner". Pemain amat menghormati beliau dan mendengar setiap perintah dan taktik yang diberikannya. Beliau juga pakar dalam memberi motivasi kepada pemain.

Dari segi barisan pemain, Brazil mempunyai ramai pemain yang boleh menjadi match-winner dalam perlawanan ini. Antaranya seperti David Luiz, Oscar dan Hulk. Sudah pasti kehilangan 2 pemain utama (ulasan lebih lagi nanti) amat dirasai, tapi pemain-pemain ini perlu menggalas tugasan lebih besar dan berat untuk memberi kemenangan kepada Brazil.

Kekurangan: BRAZIL

Neymar dan Thiago Silva. Dua nama ini adalah tonggak utama dan penggerak utama dalam pasukan Brazil sehingga perinkat suku akhir, tapi mereka sudah sah akan terlepas aksi di separuh akhir ini atas sebab-sebab berbeza. Neymar dengan infamous injury-nya dan Silva digantung satu perlawanan disebabkan 2 kad kuning. Pengganti mereka sudah pasti perlu memberi persembahan yang sebaik mungkin dengan harapan besar rakyat Brazil terletak ke atas mereka sekarang.

Bila bermain di depan penyokong sendiri, sudah pasti tekanan pun tinggi juga. Expectation dari seluruh peminat Brazil pastinya inginkan Brazil juara di tempat sendiri. Saya percaya, semakin hampir ke peringkat Final, semakin besarlah tekanan buat pemain Brazil untuk mengekal tahap permainan. Kini bergantung kepada bagaimana kesebelasan utama yang akan turun dapat mengawal emosi dan tekanan. Jika mereka berjaya, sudah tentu mudah bagi Brazil ke FINAL.


Kelebihan: Jerman

Kehilangan Neymar memberi kelebihan besar pada Jerman. Brazil seperti one-man team dalam kejohanan kali ini, dengan Neymar sebagai inspirasi utama bagi keseluruhan skuad. Dialah pengerak pasukan dan dialah juga yang memberi jalan untuk Brazil menang dalam perlawanan. Selain Neymar, Brazil juga bakal kehilangan kapten, Thiago Silva, pemain yang menjadi tonggak utama pertahanan. Dengan ketiadaan Silva, benteng Brazil bakal lebih goyah lebih-lebih lagi tanpa seorang pengatur sepertinya.

Jerman berbanding Brazil mempunyai barisan skuad yang lebih mantap, terutama di bahagian tengah dan serangan. Thomas Muller adalah tunggak utama di bahagian serangan dan juga penjaring terbanyak pasukan (4 gol). Dengan Ozil, Goetze, Kross dan Schweisteiger, barisan midfield Jerman tampak lebih ramai penggerak kreativiti bagi menghasil peluang gol.

Kekurangan: Jerman

Konsistensi dan taktik pasukan bakal menentukan bagaimana Jerman boleh menang dalam perlawanan ini. Dengan Perancis, Jerman mendapat gol awal dan mereka terus bermain secara bertahan dan kurang adventurous untuk menambah jaringan. Prestasi pasukan juga turun naik, tidak seperti perlawanan awal yang mana mereka menang dengan jaringan besar. dengan pasukan Brazil yang kekurangan 2 pemain utama, Jerman perlu bermain dengan lebih aggresif.

Mereka akan bermain di hadapan penyokong tuan rumah yang sudah pasti akan melakukan pelbagai cara untuk mempengaruhi permainan pemain Jerman. Bagaimana kalau sebilangan pemain tak dapat mengawal tekanan dan melakukan kesilapan? Jerman bakal berhadapan dengan tugas berat jika ketinggalan di belakang Brazil.

PREDICTION: BRAZIL 2 JERMAN 1.

Preview video:


(kredit video: blecherreport.com)

World Cup 2014: Review Suku Akhir

Leave a Comment


Nampaknya ramalan saya untuk 4 pasukan ke separuh akhir adalah tepat: Brazil, Jerman, Belanda dan Argentina. Jangkaan scoreline saya teka tidak tepat, sebabnya saya menjangkakan perlawanan yang lebih banyak gol, tapi sebaliknya berlaku. Keempat-empat perlawanan adalah begitu sengit dan sedikit berhati-hati dari hampir semua pasukan. 3 daripada pemenang hanya ditentukan dengan beza satu gol dan satu perlawanan berakhir dengan penentuan penalti.

Berikut adalah ringkasan keputusan peringkat suku akhir:
---------------------------------------------------------------------------------
Jerman vs France Result: 1-0 (Hummels 6th min).
Brazil vs Colombia Result: 2-1 (T. Silva 7th min, D. Luiz 69th min, J. Rodriguez 80th Min[Pen]).
Argentina vs Belgium Result: 1-0 (Higuain 8th min).
Belanda vs Costa Rica Result 0-0 FT 4-3 PEN.
---------------------------------------------------------------------------------
Untuk separuh akhir, 2 perlawanan hebat antara 4 pasukan besar bolasepak dunia ini akan berlangsung:

Separuh Akhir 1 - Belo Horizonte
BRAZIL vs JERMAN
8 July (4am MYT 9 July)

Separuh Akhir 2 -Sao Paulo
BELANDA vs ARGENTINA
9 July (4am MYT 10 July)

Apapun, hanya 3 perlawanan saja lagi untuk JUARA bakal ditentukan. Pastikan anda sempat berjaga untuk 2 perlawanan separuh akhir yang hebat ini.
(Ya, sebenarnya ada 1 lagi perlawanan, 3rd-4th place game, tapi mungkin perlawanan ini sekadar pelengkap jadual, zero interest game).

OLA BOLA!!!

Emre Can: Kini Sah Pemain Liverpool FC

Leave a Comment

 WELCOME TO LIVERPOOL FC EMRE CAN!!

Kini dah sah Emre Can dah jadi pemain LFC semalam, setelah perjanjian prinsipal dibuat dengan kelab Bayer Laverkusen bulan lepas untuk membelinya. Anggaran bayaran perpindahan adalah dalam lingkungan 10 juta pound, satu nilai yang wajar bagi saya. Ini kerana Emre hanya baru berusia 20 tahun dan antara pemain yang berbakat serta berpotensi menjadi sebagai pemain yang hebat.

Dengan ini, Emre menjadi pemain ke-3 dibeli oleh LFC dalam perpindahan musim panas ini. Sebelum itu, 2 pemain dari kelab Southampton FC telah dibeli oleh LFC: Rickie Lambert dan Adam Lallana.

Laporan pengesahan perpindahan Emre boleh didapati di laman rasmi kelab.

Tahun lepas ketika bersama kelab Bayer Leverkusen, Emre beraksi 29 kali di dalam perlawanan liga Bundesliga (dari jumlah keseluruhan 34 perlawanan) dengan menjaringkan 3 gol. Dia juga beraksi 7 kali dalam perlawanan Liga Juara-Juara bersama kelab lamanya.

Saya menjangkakan Emre adalah pemain yang dicongak bakal mengambil alih posisi defensive midfielder dari kapten Steven Gerrard dalam 1-2 tahun lagi. Namun, jika Emre membuktikan kemampuannya dalam musim ini, tak mustahil dia boleh menjadi pemain utama dalam pasukan Liverpool. Dia dijangka bakal bersaing dengan pemain midfield tengah LFC yang lain, seperti Henderson, Lucas, untuk tempat di kesebelasan utama untuk musim 2014/2015.

Semoga anda berjaya Emre.
 

World Cup 2014: Info dan Ramalan Pusingan Suku Akhir

Leave a Comment

Hanya 8 pasukan daripada 32 pasukan yang tinggal, yang boleh kita anggap 8 pasukan terbaik bagi kejohanan kali ini. Adakah anda perasan, kesemua 8 pasukan yang layak ke suku akhir adalah JUARA di peringkat kumpulan masing-masing?

Berikut adalah info dan ramalan mengenai setiap perlawanan suku akhir yang bakal berlangsung pada pagi Sabtu dan Ahad nanti.

Game 1: Jerman vs Perancis (July 4 - Rio De Janeiro)

Perlawanan yang dijangka paling menarik dan diingati dalam piala dunia kali ini (harap-haraplah), walaupun ia bergantung kepada taktik and approach dari jurulatih kedua-dua pasukan. Jika mereka main secara terbuka, maka satu perlawanan "klasik" bakal kita tonton antara dua gergasi Eropah ini. 

Sayang sekali kedua-dua pasukan ini terpaksa bertemu di peringkat suku akhir ini, sebab dari kekuatan atas kertas dan keputusan setakat ini, keduanya menunjukkan prestasi yang mantap untuk layak ke Final. Boleh dikatakan kedua-dua pasukan mampu jadi juara jika beraksi di Final nanti.

Pilihan Abang Long: Jerman (1-1, Penalti)


Game 2: Brazil vs Colombia (July 4 - Fortaleza)

Cabaran lebih besar menanti tuan rumah Brazil kali ini, selepas mengatasi cabaran paling sengit setakat ini di pusingan kedua lepas. Pasukan Chile telah menunjukkan bahawa Brazil perlu meningkatkan lagi mutu persembahan jika ingin bergelar juara di laman sendiri kali ini.

Colombia boleh dikatakan pasukan yang kedua mengejutkan ramai yang layak ke suku akhir (selepas Costa Rica). Awalnya diramal bakal hadapi laluan sukar selepas kecederaan pemain utama mereka, Radamel Falcao. Colombia mengatasi ramalan ramai dengan beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan dan mara sejauh ini. Bintang paling menyerlah dan beraksi cemerlang ialah James Rodriguez, dengan setakat ini menjaringkan 5 gol dalam 4 perlawanan (penjaring terbanyak kejohanan).

Pilihan Abang Long: Brazil (3-2).


Game 3: Argentina vs Belgium (July 5 - Brasillia)

Kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi yang hampir sama dalam 4 perlawanan sebelum ini. Atas kertas, kekuatan keseluruhan pasukan masing-masing adalah lebih kuat berbanding lawan-lawan (seperti Iran, Algeria & Ghana), tapi sebagai pilhan utama dalam kumpulan, kedua pasukan terpaksa berhempas-pulas untuk menang.

Untuk perlawanan ini, Argentina dilihat ada kelebihan berbanding Belgium untuk menang. Ini semua adalah sebab seorang pemain terbaik dunia - Lionel Messi. Messi tidak dinafikan menjadi teras utama dalam menentukan kemenangan untuk pasukan Argentina. Tanpanya Argentina sukar untuk mencipta peluang. Belgium pula walaupun memiliki pemain yang hebat (seperti Hazard contohnya), masih belum nampak serasi sepenuhnya (seperti juga Argentina) dalam persembahan berpasukan.

Jangkaan saya, pemenang perlawanan ini nanti akan ditentukan oleh pemain-pemain utama pasukan masing-masing dan juga pasukan mana yang dapat meminimakan kesilapan di barisan pertahanan.

Pilihan Abang Long: Argentina (2-1 ET).



Game 4: Belanda vs Costa Rica (July 5 - Salvador)

Pastinya Belanda adalah pilihan ramai untuk menang perlawanan ini. Ini kerana bukan sekadar mempunyai ramai pemain bertaraf dunia (Van Persie, Sneider & Robben) dan juga Jurulatih yang berpengalaman (Louis Van Gaal), prestasi semasa juga memihak untuk ramai memilih Belanda. Lawannya pula adalah pasukan kerdil yang ramai juga tak menjangkakan untuk layak sejauh ini.

Costa Rica, bukan hanya sekadar mengejutkan ramai pemerhati dan peminat bolasepak, mereka juga menunjukkan betapa kejayaan boleh dicapai dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi. Tidak dinafikan, Costa Rica memiliki pemain yang baik, dan ada beberapa pemain sekarang ini telah menarik perhatian banyak kelab. Pasti ada antara pemain yang bakal dipancing oleh kelab-kelab besar selepas kejohanan nanti.

Adakah Costa Rica mampu melakukan sejarah dalam perlawanan ini?
Peluangnya mungkin tipis tapi, apa pun boleh berlaku dalam perlawanan bolasepak di pusingan kalah mati ini. Di mana tag favourite bukan lagi jaminan untuk sesuatu pesukan itu menang mudah.

Pilihan Abang Long: Belanda (3-0).

Liverpool FC: Adam Lallana sertai the Reds

Leave a Comment



Liverpool FC semalam telah mengumumkan berjaya melengkapkan perpindahan seorang lagi pemain baru iaitu Adam Lallana. Pemain ini telah dibeli dengan harga 25 juta pound dari kelab Southampton FC (atau digelar juga The Saint). 

Ini adalah pemain ketiga secara sah ditandatangi oleh Liverpool FC dan kedua datangnya dari The Saint selepas Rickie Lambert. Satu lagi pemain ialah Emre Can, tapi pemain ini masih belum tiba di Anfield namun persetujuan awal pembelian telah dipersetujui dengan pasukan Bayer Leverkusen.

Berikut adalah biodata ringkas tentang Adam Lallana:

Nama Penuh      : Adam David Lallana
Tarikh Lahir       : May 10, 1988
Tempat Lahir     : St. Albans
Umur                : 26 tahun
Ketinggian         : 1.73m
Warganegara     : England
Posisi               : Midfield kiri (utama) Midfield tengah & kanan (kedua)
Kebolehan         : Kedua belah kaki
Skuad No.         : 20
Bekas Pasukan   : Southampton (2006 - 2014); Bournemouth (Nov 2007 - Pinjaman)

Komen saya: 

- Pemain tengah kedua yang dibeli setakat ini, dan mungkin akan menjadi pemain utama dalam musim 2014/15 nanti. Rodgers amat meminati pemain ini dan telah menjadikannya sasaran utama untuk pemain baru. Jika dilihat dari posisi yang selalu Lallana bermain, dia bakal menjadi playmaker dalam pasukan Liverpool.

-  Walaupun bayaran perpindahan agak tinggi, tapi saya yakin Lallana akan beraksi dengan baik dan tidak terjejas dengan harga bayaran (price tag). Cuma diharap penyokong memberi kepercayaan dan sokongan tinggi kepadanya pada awal musim nanti.

-  Bahagian tengah Liverpool kini nampak lebih mantap dan ada backup atau "depth" untuk mengharungi Liga Perdana dan juga Liga Juara-Juara. Sekarang kena mantapkan bahagian lainnya terutamanya pertahanan.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com