Barclay EPL musim 2013/14 setakat ini terus menerus memberi
kegembiraan dan kejutan kepada penyokong Liverpool FC.
Apatah lagi buat kali pertama dalam 5 tahun, Liverpool kini berada
di persada teratas liga memasuki musim Krismas. Kalau tak silap, 4 juara liga yang
terakhir, juga berada di kedudukan teratas pada menjelang musim Krismas.
Mungkinkah musim kali ini Liverpool akan meneruskan tradisi (atau kebetulan)
ini.
Semestinya semua orang nak Liverpool jadi juara musim ini,
bukan?
Apapun, perjalanan liga masih panjang dan berliku, banyak
lagi perlawanan perlu dilalui (21 perlawanan lagi secara tepatnya). Kalau nak
jadi juara, pemain-pemain perlu konsisten dalam setiap perlawanan dan menang
sebahagian besar perlawanan.
Hakikatnya cakap dan merancang memang mudah, tapi realitinya
atas padang adalah satu cabaran yang sukar buat Liverpool berdasarkan kekuatan pasukan
sekarang. Setakat 17 perlawanan ini, serta diambil kira faktor luaran dan
konsistensi pasukan lain, jika ini berterusan, tak mustahil Liverpool boleh
jadi JUARA.
Sebagai gambaran terdekat, dua perlawanan berikutnya boleh
dijadikan kayu ukur kemampuan Liverpool
meneruskan cabaran untuk berada di tangga teratas liga. Manchester City
dan Chelsea adalah lawan Liverpool seterusnya semasa musim Krismas ini, ditambah
pula bermain di tempat lawan.
Setakat ini kedua-dua pasukan kini berada di kelompok 4
teratas liga dan mempunyai rekod cemerlang di stadium sendiri. Manchester City
(tempat ke-3) paling hebat, menang semua 8 perlawanan di Etihad setakat ini,
dengan menjaringkan 35 gol (average 4.3 gol). Chelsea (di tempat ke-4) pula
menang 7 dan seri sekali di Stamford Bridge.
Adakah Liverpool akan tersungkur di kedua-dua stadium ini
nanti?
Hanya pemain-pemain yang akan member jawapan sebenarnya
nanti dengan aksi mereka. Kalau yang turun bermain bermain dengan yakin dan
tanpa rasa gentar, pastinya mereka layak dapat keputusan yang baik.
Jika dilihat dalam 4 perlawanan terakhir Liverpool,
pemain-pemain kesebelasan utama kini berada dalam tahap keyakinan yang tinggi
dan bermain dengan sepenuh hati. Mereka hanya perlu bermain seperti biasa dan
paling penting mengikut strategi yang betul. Dua pasukan ini bukan
calang-calang pasukan, kesilapan bakal dihukum dengan gol.
Andainya selepas 2 perlawanan ini Liverpool masih berada di tempat pertama liga, ini adalah hadiah hari jadi saya dan tahun baru 2014 yang amat bermakna!! hehehe...
Apapun, sementara Liverpool di kedudukan pertama ini, enjoy
and rejoice yourself while it last.
HAPPY HOLIDAY FOLKS.